Bab 53

29.7K 686 6
                                    

Nak marah pun takde guna, semuanya dah berlaku. Apa lagi yang mampu dibuatnya selain memikirkan cara menyelesaikan masalah yang membelenggu diri dia.

Datin Yasmin dan Rasya yang berada di ruang tamu milik lelaki itu hanya memandang Huzair yang sedang memejam matanya itu.

"Along masih tak jumpa Hanis ke?", Soal Datin Yasmin perlahan. Dia takut mahu menyoal lebih lebih.

Huzair hanya menggelengkan kepalanya, sumpah dia serabut ketika itu. Tidak tahu lagi mana nak cari cinta hati yang pergi membawa diri itu.

"Mama dah upah orang cari Hanis, tapi sampai sekarang tak dapat apa apa maklumat lagi. Mungkin jauh kot Hanis pindah.", Dia memandang Rasya yang sedari tadi asyik menunduk memandang lantai.

Huzair tidak membalas, baguslah kalau Datin Yasmin sudah mengupah orang mencari Hanis. Ringanlah sikit kepalanya. Harap haraplah Hanis dapat ditemui dengan cepat, dia tidak sanggup lagi menahan rindu yang semakin sesak dalam dada ni.

"Sya harap along dapat jumpa dengan Hanis dan bawak dia ke sini. Sya banyak sangat salah pada dia, tak terhitung rasanya.", Ujar Rasya.

Huzair hanya mendiamkan diri, langsung tidak memandang adiknya itu.

"Along.. Sya minta maaf lagi sekali. Besar salah Sya pada along dengan Hanis. Sya tak boleh kawal perasaan benci ni, sampai sanggup aniaya along dengan kakak ipar Sya sendiri.", Wajah Huzair dipandang lama.

"Betul tu along.. mama tak tahu kenapa mama sanggup buat macam tu pada rumah tangga anak sendiri. Mama minta maaf, sayang..", ujar Datin Yasmin.

"Takpelah.. benda tu dah lepas. Along dah taknak ingat, lagipun along taknak ulang kesilapan along yang sama pada Sya dan mama pula.", Cukuplah dia membenci Hanis dulu akibat salah faham yang berlaku, dia tak nak perkata itu berlaku kali kedua.

Rasya terasa matanya panas, air matanya yang hendak jatuh pantas disekanya. Tidak mahu menangis lagi, nampaknya Huzair pun sudah mula memaafkan dirinya.

"Terima kasih along bagi peluang kedua pada Sya dengan mama, Sya janji lepasni kita akan jadi keluarga yang bahagia. Sya harap sangat Hanis balik sini semula.. maksud Sya, kak Hanis.", Dia sepatutnya daripada dulu lagi sudah menggelarkan kakak iparnya itu begitu.

"Mama akan cuba jadi mak mertua yang baik untuk menantu pertama mama tu.", Datin Yasmin tersenyum sambil memandang Rasya di sebelah.

Dia nekad dia akan berubah, tidak mahu lagi dia menyimpan dendam dan bersikap kasar dengan menantunya.

Huzair hanya tersenyum hambar sambil matanya merenung ke kucingnya yang berada di ribanya. Dibelainya badan haiwan itu dengan lembut.

Tiba tiba dia diserang dengan sakit kepalanya, berdenyut denyut sehinggakan tak tertahan sakitnya. Berkerut keningnya sambil memejam mata.

Datin Yasmin mula panik melihat keadaan anaknya yang pelik segera mendapatkan Huzair.

"Along.. okay ke ni? Along kenapa ni?", Bahu Huzair dipegang. Rasya sudah bergerak ke hadapan sikit ingin mengetahui apa yang menyebabkan Huzair diserang sakit.

Huzair menggeleng perlahan, dia menyumpah dalam hati.. waktu ni lah sakitnya itu nak datang.

Tekak yang terasa mual ditahannya, dadanya sesak ingin memuntahkan isi. Dia terlupa dia tak makan ubat lagi pagi ni.

Akibat dia tak dapat menahan mual, laju dia berlari menuju ke singki dapur, terus dia memuntahkan isi perutnya. Perit yang dirasakan ketika itu telah membuatkan dia semakin tak berdaya. Air yang mengalir laju dibiarkan, sesekali dia kumur.

Datin Yasmin mula risau melihat anaknya itu muntah muntah, sebelum ni takde pun.

"Along tak sihat ke? Muntah muntah semua ni. Jomlah kita ke klinik.", Pantas Huzair menggeleng, dia tidak mahu rahsia penyakitnya terbongkar.

Datin Yasmin berdecit, dia memimpin anaknya itu ke sofa semula. Nampak lemah rupanya.

"Marilah ke klinik. Biar doktor tengok along sakit apa, nanti lagi melarat macam mana?", Pujuk Datin Yasmin lagi. Dia mengeluh berat melihat gelengan Huzair. Anak sulungnya itu memang keras kepala, degilnya itu tak boleh bawak bincang.

"Mama tengok along asyik sakit kepala je, ada migrain ke? Teruk mama tengok ni.", Sewaktu dia di hospital menemani Rasya pun dia terperasan Huzair memegang kepalanya seperti sakit kepala.

"Tak apela ma. Along okay je, sikit je ni. Biasalah, badan along senang masuk angin. Kerja dekat ofis pun berlambak, tu yang stress sampai naik kat kepala tu.", Alasan itu sahaja yang terlintas di kepala Huzair. Dia tidak mahu Datin Yasmin tahu tentang kanser yang dihadapinya.

"Mama risau along sakit, dahlah kamu duduk sorang sorang dekat sini. Kalau jadi apa apa macam mana?", Soal Datin Yasmin. Rasya di sebelah sudah terangguk angguk.

"Yelah along. Apa kata, along duduk dengan kitaorang la buat sementara ni. Biar along betul betul sihat dulu baru along balik sini.", Ujar Rasya.

Huzair mendiamkan diri, bibirnya diketap. Tak mahulah dia nak menyusahkan keluarganya pula. Lagipun, dia lagi selesa tanggung sakitnya seorang diri di bilik.

"Insha Allah okay je. Mama dengan Sya tak payahlah risau, along tak apa apa.", Datin Yasmin mengeluh perlahan.

"Mama dengan Sya pergilah balik, along nak rehat kejap.. petang ni ada hal.", Pinta Huzair. Petang ni sebenarnya dia ada temu janji bersama doktor untuk membuat rawatan kemoterapi. Stok ubatnya pun dah nak habis, bolehlah dia mengambil ubat lain di hospital nanti.

"Betul taknak mama teman?", Huzair hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia tidak berdaya lagi untuk berkata kata, dalam kepalanya sekarang hanya terbayang katil sahaja. Mahu merehatkan kepala yang berdenyut denyut itu.

"Kalau macam tu, mama balik dululah. Kalau ada apa apa, cepat cepat call mama tau.", Pesan Datin Yasmin. Dia mula menolak kerusi roda Rasya ke arah pintu selepas bersalaman dengan anaknya itu.

Lega dia melihat mereka berdua sudah pulang ke rumah, bolehlah dia nak berehat di atas.

***

Selepas rawatan kemoterapi dia terus membuat keputusan untuk pulang ke rumah, langkahnya perlahan. Tidak berdaya dia. Penat dia melakukan rawatan itu selalu, macam manalah dia mahu menanggungnya seorang diri.

Baru sahaja dia mahu menghidupkan enjin, telefonnya bergetar di dalam poketnya. Tadi telefonnya silent kerana berada di bilik rawatan.

Ada satu mesej tertera daripada Lisa, Huzair berkerut dahi sebentar. Dia terus menekan mesej itu mahu membaca apa yang gadis itu hantar padanya.

' Hanis sekarang ada kat Batu Pahat, Johor. Tapi alamat rumah Lisa tak tahu, tak ingat. '

Mata Huzair bercahaya membaca mesej gadis tersebut. Batu Pahat! Ya, dia pernah dengar Hanis beritahu tentang tempat dia menetap dulu. Macam manalah dia boleh terlupa.

' tapi dengan satu syarat! Kalau along sakitkan hati Hanis lagi, tiada maaf bagimu! '

Huzair tergelak kecil membaca mesej yang baru diterima itu. Dia menyimpan amaran itu di dalam kepalanya. Janjinya takkan pernah lukai hati isterinya lagi.

Terus dia memecut laju keretanya pulang ke rumah, dia mahu mengemaskan baju bajunya untuk dibawa ke Batu Pahat.

Sayang.. tunggu abang datang..

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now