Bab 33

17.9K 548 23
                                    

Berita kemasukan Tiara ke pusat kesihatan mental itu diketahuinya tengah hari tadi yang disampaikan oleh Tuan Marzuki.

Lelaki itu memberitahu tentang penyakit Tiara yang membuatkan dia berperangai pelik.

"Dia jadi macam tu sebab aku ke?", Bisik Huzair.

Dia akui Tiara terlalu obses dengan dirinya. Dia tidak dapat terima yang Huzair mahu memutuskan hubungan dengannya.

Huzair terkenang kembali saat dia mahu memutuskan hubungan dengan Tiara.

Flashback

Huzair menjeling ke arah Tiara yang sedang menuju ke mejanya sewaktu di restoran. Entah bagaimanalah perempuan itu tahu keberadaan dia di restoran itu.

Sudah lama dia larikan diri dari gadis itu sejak kes percutian dia bersama lelaki lain.

"Hai Huzair.", Sapa Tiara. Bag tangannya jenama Gucci diletakkan di atas kerusi sebelah.

Tiara memandang Huzair. Keruh wajah itu membuatkan hatinya rasa berdebar debar. Dia tahu Huzair ada di sini pun daripada Amar.

"You sihat?", Soal Tiara. Dia menegakkan tubuhnya menghadap Huzair. Tangannya diletakkan bersebelahan dengan tangan Huzair. Niatnya mahu menyentuh tangan lelaki itu tetapi apabila melihat reaksi dingin Huzair niatnya hanya tinggal niat.

"Okey je.." selamba Huzair membalas.

Dia melambai tangan pada pelayan yang sedang mengemas meja di sebelahnya yang baru ditinggalkan pelanggan.

"Tolong bagi saya bil.", Pinta Huzair. Dia mengeluarkan dompetnya.

Air muka Tiara berubah. Fikirnya Huzair mahu membuat pesanan untuknya.

Huzair yang selesai membuat bayaran bangun dari duduknya tapi ditahan Tiara.

"You tunggulah kejap! I kan baru sampai ni.", Ujar Tiara.

"Lantak you lah.", Huzair terus melangkah dari meja tersebut.

Tiara menarik tangan Huzair dengan kuat.

"Apa masalah you ni ha?", Soal Huzair, keras.

"You tu yang kenapa? I call banyak kali tak jawab Huzair! You pulak asyik lari daripada I.", Ujar Tiara.

Penat dia mahu mencari lelaki itu. Merajuk tak bertempat!

"Wah pura pura ya sekarang? Tak ingat ke apa yang you buat hari tu? Hilang ingatan ke?", Perli Huzair.

"I buat apa?" Tiara masih lagi tidak mahu mengaku apa yang Huzair marahkan sangat tu.

Huzair gelak perlahan sambil menggeleng kepalanya. Dia melepaskan pegangan Tiara dan mahu beredar dari situ.

"Okay okay!", Tiara mengalah. Dia mahu memujuk lelaki itu semula.

"Janganlah pergi dulu. Kita bincang okay?", Ujar Tiara.

"Kita tak perlu berjumpa lagi!"

"You tak boleh selamanya lari dari I!"

"Kita dah tak ada apa apa hubungan dah. Semuanya dah tamat! Jadi you tak perlu lagi cari cari I.", Huzair makin tegas. Malas sudah dia mahu bermanis mulut lagi dengan Tiara. Cukuplah kepalanya dipijak.

"Siapa kata?", Soal Tiara.

"You ingat I ni perempuan apa? 2 tahun kita bercinta. Senang senang you nak putus macam tu je?", Tiara memandang sayu wajah Huzair.

"Bukan I saja saja minta putus! You yang buat perangai kan?", Ujar Huzair.

"Kan I dah minta maaf pada you! You nak apa lagi?", tanya Tiara lembut.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now