Bab 35

20.4K 605 15
                                    

3 jam sebelumnya..

Suasana pusat itu sudah lengang. Dia lihat keadaan luar pintu yang kosong. Tak ada sesiapa.

Jururawat yang baru memberinya ubat tadi pun telah beredar.

Tiara cepat cepat mengambil klip kertas yang dijumpainya tadi di bawah bantal.

Kerusi ditolak ke arah tingkap yang bermangga tersebut.

Kerusi dipanjat lalu mangga kunci itu dicapainya. Kemudian, Klip kertas tadi dimasukkan ke dalam lubang mangga tersebut.

Berkali kali dia cuba memusing musingkan klip tersebut. Tapi tidak berhasil.

Sesekali dia melihat ke arah pintu, takut takut kalau tiba tiba ada orang masuk dan melihat perbuatannya.

Klip itu dipusing pusingkan lagi dan akhirnya mangga tersebut dibuka.

Tiara tersenyum lebar. Berjaya juga, pagar kecil dibuka dan kunci tingkap itu ditarik.

Badannya yang kecil mampu memuatkan diri ke dalam tingkap yang kecil itu.

Pantas dia melompat ke bawah dan berlari sekuat hati keluar dari pusat itu.

***

Senyap senyap dia memanjat pagar belakang rumahnya. Mujurlah pagarnya tidak setinggi mana.

Perlahan lahan dia bergerak menuju ke belakang dinding. Dia mengintai intai sekeliling.

"Macam mana aku nak masuk ni." Bisiknya perlahan.

Hampir 5 minit dia berdiri di situ memikirkan cara untuk masuk ke dalam rumah.

Tiba tiba kedengaran pintu dapur dibuka, Tiara melihat orang gaji mereka keluar sambil di tangannya memegang plastik sampah untuk dibuang.

Tiara menggunakan kesempatan ini masuk ke dalam. Perlahan lahan dia menapak masuk, hairan dia melihat isi rumah yang kosong.

Tak ada orang ke?

Segera dia pergi ke peti kecil yang terletak di sebelah pintu utama, kunci keretanya diambil pantas.

Selepas kuncinya berjaya diambil, dia keluar ikut pintu utama pula.

Laju dia berlari ke keretanya, hingga tak sempat dia mahu menutup pintu utama kembali.

Enjin dihidupkan, selepas pagar automatik rumah terbuka, pedal minyak ditekan keluar dari perkarangan rumah tersebut.

***

Kereta Huzair yang meluncur laju keluar dari kawasan rumah dikejarnya. Matanya memandang tajam kereta Huzair.

Dia terus mengekori di Mana sahaja kereta itu pergi. Sehinggalah di satu kawasan yang agak sunyi, Tiara sengaja meninggikan lampu hadapan supaya Huzair perasan akan keberadaannya di situ.

Tepat jangkaannya, Huzair terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Melihat Huzair yang keluar daripada kereta, dia juga turut keluar.

Huzair terkejut melihat gerangan yang mengekorinya daripada tadi. Memang dari tadi dia perasan dirinya diekori, tapi dia tidak jangka Tiara la orangnya.

"Hai Huzair.." sapa Tiara dengan senyuman manis di bibir.

Huzair memerhatikan Tiara dari atas sampai bawah yang masih mengenakan baju pesakit. Rambutnya yang tidak sekemas dulu, matanya yang bengkak akibat menangis.

"You lari daripada hospital ke?", Soal Huzair.

"Itu tak penting! Yang penting, Aku ikut kau sebab nak selesaikan hal kita.", Ujar Tiara. Dia menghampiri Huzair dengan terhuyung hayang. Kepalanya terasa berat.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now