Bab 57

28.2K 656 5
                                    

Pagi sabtu Hanis sudah bangun awal membantu Puan Rozi menyiapkan sarapan. Nasi goreng di dalam kuali itu dicedok Hanis ke dalam mangkuk besar, memang hampir setiap hari mereka bersarapan nasi goreng. Cuma kadang kadang tu kalau terlebih rajin sikit, Puan Rozi akan membuat roti canai sendiri.

Setelah selesai menyiapkan meja makan, teh pula dituang ke setiap cawan. Sebelum ni hanya tiga cawan sahaja tapi sekarang bertambah satu cawan.

Dia meraba raba koceknya yang kosong, baru dia teringat telefonnya tertinggal di dalam bilik. Langkah terus diatur keluar dari dapur.

Pintu bilik yang terbuka sedikit itu ditolak, matanya memandang ke arah meja yang terdapat telefonnya di atas.

Telefon dicapai lalu dipasang, mana tahu ada mesej baru masuk ke..

Sewaktu hendak keluar semula, Hanis terdengar bunyi erangan kecil. Dia memandang pintu bilik air yang bertutup. Dia mendekati ke arah pintu tersebut dan melekapkan telinga ke pintu.

"Uwekk wekk", Hanis berkerut dahi. Terdengar seperti orang sedang muntah. Huzair muntah ke?

Dia melekapkan lagi telinganya ke pintu untuk mengetahui seterusnya, hanya pili air yang terbuka kedengaran.

Sedang khusyuk dia mendengar, tiba tiba pintu dibuka dari dalam, hampir terjatuh Hanis ke lantai.

Huzair terkejut melihat keberadaan Hanis di depan pintu bilik airnya. Hanis pula sudah membuat muka selamba, rambutnya yang jatuh ditarik ke celah telinga.

"Buat apa ni?", Hanis hanya menggeleng.

"Sayang skodeng abang ke?", Soal Huzair sambil tersengih nakal.

"Euw.. buat apa nak skodeng awak? Tak dapat apa apa pun..", Hanis memandang Huzair. Wajah yang agak pucat dan mata kemerah merahan itu dipandangnya. Baru dia perasan wajah Huzair agak lain pagi ini.

"Yeke tak dapat apa apa?", Huzair sudah tersenyum nakal. Dia perlahan lahan menghampiri Hanis.

"Apa awak ni?", Soal Hanis. Dia lihat Huzair semakin menghampirinya membuatkan dia turut bergerak ke belakang.

Sampai satu saat dimana Hanis tidak dapat lagi bergerak ke belakang kerana dia sudah tersandar di dinding. Huzair pula mengunci Hanis dengan meletakkan kedua dua belah tangannya di dinding. Wajahnya di dekatkan dengan wajah Hanis.

Hanis berdecit perlahan, dia memalingkan muka ke tepi, kerana bibirnya dengan bibir Huzair hampir tersentuh. Tapi Huzair tetap mengikut wajah Hanis ke kiri dan ke kanan.

Huzair menyentuh dagu Hanis dan menolaknya ke atas agar memandang matanya.

"I love you sayang..", bisik Huzair perlahan. Terdengar lembut suaranya berbicara.

Lama mereka bertatapan, Hanis ingin bergerak tapi matanya seolah olah terkunci dengan renungan Huzair. Dadanya sudah berdegup kencang.

Terlihat Huzair yang semakin menunduk, perlahan bibirnya ingin menyentuh bibir Hanis. Membatu Hanis tidak berbuat apa apa.

"Oops..", Hanis segera menolak dada Huzair menjauh. Dia menoleh ke arah pintu yang terbuka luas itu, dia melihat Encik Samad yang sedang tersenyum senyum sambil menutup kecil mulutnya.

Huzair pula sudah menggosok belakang lehernya.

"Sorry, abah kacau daun pula..", usik Encik Samad. Wajah Hanis sudah merah menahan malu. Dia melihat Encik Samad yang berlalu pergi ke dapur.

Pantas wajah Huzair dijelingnya, geram dia dengan lelaki itu.

"Apa?", Soal Huzair melihat Hanis yang memandangnya.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now