Bab 58

27.4K 706 13
                                    

Huzair menghampiri Hanis dan Firdaus yang sedang duduk berduaan di atas pangkin depan rumah itu.

Masam mukanya melihat wajah Firdaus yang berada di situ, perasaannya yang marah melihat adiknya di situ bertambah apabila melihat Hanis bermesra dengan Firdaus.

"Along..", tegur Firdaus. Dia merapati Huzair sambil tangannya dihulurkan untuk menyalam abangnya itu.

Huzair hanya membalas macam nak tak nak saja. Matanya memandang Hanis yang sedang menggoyangkan kakinya sambil berpaling ke arah lain.

Hanis sengaja nak cemburukan abang kan? Desis hatinya.

"Apa khabar along? Dah lama.. angah tak jumpa along.", Huzair tidak membalas. Sebaliknya dia merenung adiknya itu dari atas sampai bawah.

"Err, mama dan papa semua sihat long?"

"Kenapa kau tak balik?", Firdaus terdiam.

"Angah tak bersedia lagi untuk balik, angah tak ready lagi nak bersemuka dengan keluarga kat rumah.", Huzair tergelak sinis.

"Senangnya kau cakap kan? Keluarga susah, ada masalah, kau langsung tak ambik tahu. Keluarga jenis apa ni?", Firdaus menunduk. Memang salah dia pun.

Huzair menghela nafas panjang. Tangannya dimasukkan ke dalam poketnya.

"Sya lumpuh.", Pantas Firdaus memandang Huzair. Dia tak salah dengar kan?

"Apa? Sya.. Sya lumpuh?", Terkejut dia dengan berita yang baru diterimanya.

"Macam mana Sya boleh lumpuh, long?", Bahu Huzair dipegang, sungguh risau dia ketika itu.

Hanis yang dari tadi memasang telinga turut terkejut mendengar cerita Huzair. Kenapa lelaki itu tidak memberitahunya sejak awal?

"Dia kemalangan. Langgar dengan lori.", Ringkas Huzair jawab.

Firdaus sudah terkaku, sebelah tangannya dicekak di pinggangnya. Dia langsung tak sangka keluarganya berada dalam kesusahan. Salahnya juga, nombor telefon pun dah dia tukar dulu. Mesti mama dan papa banyak dah call dia.

"Kau pergilah balik Daus. Along malas nak cakap panjang panjang, kau dah besar panjang boleh fikir mana yang betul, mana yang salah.", Ujar Huzair.

"Dahlah lama tak balik jenguk keluarga kat KL, lepastu ada hati nak menggedik dengan bini aku.", Hanis menjeling Huzair yang berkata begitu. Sedapnya mulut dia cakap macam tu!

Hanis malas dah mahu duduk di situ lama lama dia terus bangun menuju ke dalam rumah.

"Firdaus, saya masuk dulu eh.", Ujar Hanis sambil tersenyum. Huzair mengecilkan matanya memandang Hanis yang melangkah pergi itu. Ewah, murah betul senyuman tu untuk lelaki lain, kalau dengan suami sendiri bukan main lagi.

"Along, angah balik dulu la. Nanti angah nak balik KL pulak. Nak tengok Rasya." Ujar Firdaus. Dia menyalam tangan abangnya itu dan terus masuk ke dalam ruang kereta.

"Baguslah, tak payahlah kau datang sini lagi jumpa Hanis.", Bisiknya perlahan.

***

"Sayang ada apa apa ke dengan Firdaus?", Soal Huzair sejurus selepas dia menutup pintu biliknya.

Hanis tidak menjawab, sebaliknya dia masih bermain dengan skrin telefonnya.

"Hanis, abang tanya ni?", Keras sedikit suaranya.

Hanis berdecit, dia menoleh memandang Huzair yang sudah mencekak pinggang memandangnya.

"Apa benda awak ni? Firdaus tu kan adik ipar saya.", Balas Hanis.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now