Bab 28

18.5K 628 3
                                    

" Abah dah lama maafkan kamu.", Ujar Hanis.

Hanis terasa semua ini macam dalam mimpi. Keluarganya menerimanya semula? Alhamdulilah ya Allah.

Hanis duduk melutut di depan Encik Samad. Walaupun agak sukar tapi dia gagahkan diri juga.

Tangan ayahnya dicapai lalu diciumnya. Sudah hampir 7 bulan dia tidak menatap dan mencium tangan lelaki yang disayanginya ini.

"Terima kasih abah. Terima kasih dah maafkan Hanis. Hanis bersyukur abah dapat terima Hanis semula.", Ujar Hanis. Air mata yang turun dibiar mengalir.

Encik Samad mengusap perlahan kepala anak bongsunya itu.

Memang sudah lama dia maafkan anaknya tapi ego sahaja menahan diri untuk cari dan berjumpa sendiri dengan anaknya itu.

"Abah harap kamu taklah benci pada abah ye. Abah tak ada niat nak buang kamu. Cuma waktu tu syaitan dah kawal abah, abah pula tak dengar cerita sebenar daripada kamu.", Ujar Encik Samad.

Hanis tersenyum. Dia mengelap pipinya dan lengan bajunya.

"Hanis takkan bencikan abah. Hanis sayang sangat dekat abah.", Kata Hanis.

"Dah dah. Pergi jenguk umi kamu dalam bilik tu.", Ujar Encik Samad.

Hanis mengangguk lalu berdiri. Dia menoleh ke arah Huzair yang sedang tersenyum melihatnya.

Hanis mengatur langkah ke bilik uminya. Pintu yang sudah sedia terbuka diketuknya perlahan.

Tidak mahu Puan Rozi terkejut.

Hanis lihat Puan Rozi hanya duduk di birai katil sambil merenung ke luar tingkap.

Perlahan lahan Hanis mengatur langkah menghampiri Puan Rozi.

Seperti tadi, dia juga melutut di hadapan Puan Rozi. Hanis mendongak memandang Puan Rozi yang masih lagi merenung ke tingkap.

"Umi.."

Tangan Puan Rozi dicapai lalu dicium. Lama dia berbuag begitu.

"Hanis minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Hanis tahu Hanis dah malukan umi. Hati umi mesti sakit dengan apa yang Hanis dah buat.", Ujar Hanis.

Mata Puan Rozi mula bergenang.

"Hanis gembira kalau umi dapat maafkan Hanis. Sebab tanpa umi, Hanis tak boleh hidup bahagia."

Hanis mendongak kembali memandang Puan Rozi.

"Jadi umi, tolong, Hanis merayu pada umi. Umi terimalah Hanis semula dalam keluarga ni. Umi maafkanlah Hanis. Hanis mintak sangat sangat pada umi.", Sendu suara Hanis mengucapkannya.

Dia sudah teresak esak menangis. Dirinya tidak dapat mengawal tangisan yang cuba ditahannya.

"Jangan buang Hanis, umi. Hanis dah tak ada siapa siapa lagi dalam dunia ni selain keluarga ni.", Ujar Hanis dalam esakan.

"Hanis masih perlukan umi. Tolong..umi jangan buang Hanis.", Suaranya sudah tenggelam dek esakannya.

Hanis menunduk sambil menangis. Dia mengharapkan yang Puan Rozi dapat menerimanya semula.

Puan Rozi yang menahan sebak akhirnya pecah juga kolam air matanya. Dia mengetap bibirnya. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya dia pada anak bongsunya itu.

Bahu Hanis ditarik perlahan lahan. Dia membantu Hanis untuk duduk di katil bersebelahan dengannya.

Puan Rozi terus memeluk Hanis tanpa sebarang kata.

Pelukan uminya dibalas dengan erat. Tidak tahu macam mana nak gambarkan perasaannya sekarang.

Dia berasa amat bersyukur, dari pelukan itu Hanis tahu Puan Rozi sudah memaafkannya.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now