Bab 60

31.5K 740 15
                                    

Tv di depannya hanya ditonton, sampaikan Huzair yang berdiri di depannya pun dia tak pandang.

Huzair yang hendak masuk ke bilik utnuk mengambil kunci keretanya berhenti seketika di pintu bilik, Hanis dipandangnya. Dia menunggu juga isterinya itu mengalihkan pandangannya dari tv untuk memandangnya, tapi sikit pun dia tak menoleh.

Kunci kereta diambil lalu kakinya melangkah keluar pergi ke keretanya, bonet belakang dibuka. Gitar kesayangannya dikeluarkan. Dia ambik gitar tu dari rumah papanya, kebetulan memang dia sengaja nak simpan dalam biliknya.

Ramai tak tahu kebolehan bermain gitar yang ada pada dirinya, suara dia pun agak sedap jugak. Tapi tak sesedap Hazama.

Hanis pun tak tahu sebenarnya yang dia pandai bermain gitar. Inilah masanya untuk dikeluarkan bakatnya. Memang dia nak memujuk pun hati si isteri tercinta.

Kerusi di luar diduduknya, memang dekat sangat dengan Hanis yang duduk di sofa sebalik dinding itu. Dia mula memainkan gitarnya.

Mula mula dia hanya petik petik sahaja tali gitar itu, sengaja nak hasilkan bunyi. Maklumlah dah lama tak usik gitarnya itu.

Hanis yang terdengar bunyi gitar mengerutkan dahinya. Mana datang pulak bunyi gitar tu. Dia hanya memasang telinga.

Tidak lama kemudian, Huzair mula memetik gitar itu dan terhasil lah alunan lagu.

"Sayangku.."

"Sayangku.."

Dia menyebut dua kali, ditujukan pada Hanis di sebalik dinding.

" Maaf andai kau terluka.. maafku tak sengaja tanpa sedar sakitimu.. sesalku.", Gitar dipetik seiring dengan nyanyiannya.

"Maaf kernaku kau terluka.. pintaku hanya peluang kedua.. rasa cinta darimu", sayu dia mengalunkan suaranya. Dia betul betul ikhlas menyanyikan lagu peluang kedua itu untuk isterinya yang sedang terluka.

Suara dari tv tidak diendahkan Hanis, sebaliknya nyanyian daripada Huzair itu memenuhi ruang kepalanya.

"Dan andai terbuka hatimu.. ku di sini menunggu dan terus menunggu.. dirimu..", hati Hanis sudah sebak. Dia tidak menyangka dengan hanya nyanyian daripada Huzair itu mampu menyentuh hatinya.

".. kembalilah sayang.. kepadaku..", air mata yang dari tadi ditahannya jatuh juga menitik di pipi. Hatinya terlampau hiba tidak dapat ditahannya.

Segera dia bangun dari duduknya lalu terus melangkah ke dalam bilik. Huzair yang mendengar pintu bilik ditutup terus berhenti memetik gitar. Hanya keluhan yang mampu dikeluarkan daripada mulutnya.

***

Hari ini dari pagi sampailah ke petang, Encik Samad tengok anak bongsunya itu muncung je memanjang. Macam tiada mood.

Kejap kejap matanya melilau ke luar rumah, lepastu bertambah lagi cemberut di mukanya.

"Rindu suami la tu..", usik Encik Samad. Terkejut Hanis mendengar suara Encik Samad daripada belakang.

"Hahaha abah ni. Buat lawak pulak.", Sengaja dia menutup rasa malunya. Sebenarnya dia risaukan Huzair itu, daripada pagi tadi dia sudah keluar sampai sekarang tak balik balik lagi. Hari pun dah nak senja.

Dia juga tak boleh mengawal perasaannya ketika itu. Berusaha dia menepis perasaan itu tapi gagal. Hatinya lemah. Memang dia rindukan lelaki itu walaupun baru beberapa lama tak bersemuka.

Yela, selalu setiap masa sahaja Huzair menganggu dan mengusiknya, tapi hari ini tiba tiba senyap.

"Call jelah Huzair tu.. risau jugak abah dia tak balik balik lagi ni.", Huzair takde pulak memberitahunya dia pergi ke mana. Katanya ada hal yang nak kena selesaikan.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now