Bab 8

28.1K 933 68
                                    

"Arasya Imani!!"

Rasya terkejut lalu menoleh ke arah figura tersebut. Manakala Datin Yasmin sudah menggigil.

Huzair terus membawa Hanis dalam pelukannya lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

Rasya meletakkan parangnya perlahan lahan ke lantai. Dia takut akan renungan tajam lelaki itu. Dalam keluarga dia, lelaki itu paling berkuasa dan garangnya mengalahkan singa.

Pang! Pang!

Datin Yasmin terkejut melihat anak kesayangannya ditampar sehingga dua kali. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa kerana gerun akan lelaki itu.

"Sa--kit..papa.." rintih Rasya yang menggeletar dalam tangisan yang cuba ditahan.

"Sakit? Tahu rasa sakit? Kamu pergi terajang isteri Huzair kamu tak pula fikir sakit dia!?" Tengking Dato Jalal menyebabkan Rasya tersentak.

Jiran jiran yang tadinya mengintai terus masuk ke rumah masing masing apabila Dato Jalal mengamuk. Satu perumahan di situ kenal akan sifat garang dan tegas Dato Jalal.

Rasya hanya mampu menunduk memandang kakinya. Dia tahu Datin Yasmin tak akan menolongnya kerana dia juga berasa takut. Lagipun,mereka akan membuat onar apabila Dato Jalal tiada di rumah.

"Apa kamu ni tak takut dosa nak membunuh orang? Banyak sangat ke pahala yang kamu dah buat sampai sanggup nak buat dosa? Aku tak pernah ajar kamu buat kerja syaitan!" Marah Dato Jalal sambil menghempas beg kerjanya ke atas lantai.

" ke kamu nak merasa penangan parang aku ni!?" Dato Jalal lantas mengambil parang yang berhampiran di kakinya.

"Papa!." Rasya mengundur ke belakang. Datin Yasmin menerpa ke arah suaminya itu.

"Awak..anak k--kita ni." Datin Yasmin menenangkan Dato Jalal. Dia mengambil parang yang berada di tangan suaminya lalu dibawa ke dalam pelukannya.

"Aku cukup tak berkenan dengan perangai kamu ni. Kamu nak jadi apa Rasya!? Sampai sanggup nak bunuh kakak ipar kamu sendiri!?" Kuat suara Dato Jalal sehingga mereka rasa hendak meletup gegendang telinga.

"Kakak ipar? Dia tak layakla pa jadi kakak ipar Sya. Papa sanggup ke terima menantu kotor macam tu?" Bidas Rasya dengan berani kerana dia tahu kenyataan yang disampaikannya benar sama sekali.

"Eee!" Dato Jalal hendak melempangnya lagi sekali tapi pantas dihalang oleh Datin Yasmin.

"Sudahlah awak. Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Betullah apa yang Rasya cakap tu awak." Datin Yasmin menyokong kata kata Rasya. Dia ingin menjadi batu api untuk menghasut suaminya untuk membenci Hanis.

"Yasmin,walau siapapun dia.. Dia tetap menantu saya yang sah." Ujar Dato Jalal yang tidak termakan dengan hasutan isterinya. Dia yakin Hanis tu budak yang baik kerana dia pernah berjumpanya ketika Firdaus membawa Hanis datang ke restoran untuk memperkenalkan gadis itu kepada dia.

Dato Jalal memandang tajam ke arah Rasya sebelum dia mengatur kaki masuk ke dalam rumah.

Rasya merengus kasar sambil memandang Datin Yasmin.

"Papa backup jalang tu ma." Ujar Rasya sambil mengusap pipinya yang ditampar Dato Jalal.

Datin Yasmin hanya termenung dengan mukanya yang masam sebelum dia mengambil beg pakaian suaminya dari bonet kereta dan dibawa masuk ke rumah.

***

"Ah sakit along." Hanis mengeluh kesakitan apabila Huzair menyapu minyak ke luka di dahinya.

"Tahan sikit ya. Sikit je lagi ni,kalau tak sapu minyak macam mana nak sembuh luka tu?" Huzair memujuk lembut Hanis sambil tangannya lincah menuang minyak ke kapas putih.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now