Bab 6

28K 895 251
                                    

"Assalamualaikum..."

Hanis terkedu.

"Wa-Waalaikummusalam.. Firdaus.."

Hanis sudah mula resah. Dia memandang Huzair. Huzair hanya mengeluh.

"Kenapa kecoh kecoh ni? Hanis? Awak pergi mana,penat saya tunggu awak kat mall tadi." Firdaus bertanya dengan selamba.

Huzair menunduk. Hanis sudah berpeluh takut apabila menghadap Firdaus.

Firdaus memandang pelik ke arah Hanis yang seperti ketakutan itu dan dia terperasankan sesuatu.

"Eh kenapa muka awak lebam lebam ni?" Firdaus menghampiri Hanis untuk melihat lebih jelas lagi.

"Ta-tadi Hanis.. Hanis ter-" kata kata Hanis pantas dipotong oleh Huzair.

"Hanis kena lempang."

Firdaus terkejut. "Lempang? Siapa lempang Hanis?"

Huzair hanya mendiamkan diri. Dia sedang merenung dalam ke mata Firdaus. Ada sesuatu yang tidak kena sekarang ini.

Firdaus yang merasakan renungan Huzair terus berpaling ke muka Hanis.

"Hanis,Kenapa sampai kena lempang ni? Apa yang terjadi? Siapa yang pukul Hanis ni sayang?" Bertubi tubi soalan Firdaus yang seolah olah mengambil berat tentang Hanis.

Datin Yasmin yang mendengar perkataan sayang hanya menunjukkan wajah kurang senang.

"Firdaus,sebenarnya.."

ENCIK Samad hanya mendiamkan diri sejak menghalau Hanis keluar dari rumahnya. Dia merasakan yang dia gagal mendidik anaknya sehingga berlaku perkara macam ni.

"Abang"

Encik Samad menoleh ke arah empunya suara. Kelihatan Puan Rozi menghampirinya sambil membawa secawan kopi.

"Minumla, Rozi buat kopi untuk abang." Puan Rozi menghulur cawan berisi kopi ke suaminya.

Encik Samad menyambut huluran air Isterinya sambil tersenyum.

Mereka mendiamkan diri. Masing masing sedang memikirkan perihal tengah hari tadi. Kenyataan yang telah pun berlaku bukan senang untuk orang tua itu terima. Anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh selama 24 tahun tersia begitu sahaja.

"Abang tak boleh terima dengan apa yang Hanis tu buat"

Puan Rozi memandang suaminya. Dia mengusap bahu Encik Samad.

"Biarlah bang. Kita bagi sendiri pengajaran tu kat dia. Saya tak ada anak perangai macam tu." Kenyataan dari mulut Puan Rozi cukup membuktikan yang dia amat kecewa dengan anak bongsunya.

Encik Samad mengeluh lalu bangun dari duduknya.

"Abang nak pergi mana?"

"Abang nak rehat kejap dalam bilik. Sakit kepala."

Puan Rozi mengangguk.

FIRDAUS memandang hairan Huzair yang tergantung bicaranya.

"Sebenarnya apa?"

Huzair memandang Datin Yasmin dan Hanis bergilir gilir.

Hanis sudah menitiskan air mata. Sungguh dia takut untuk kehilangan Firdaus.

Firdaus merengus.

"Along! Sebenarnya apa!?"

"Along dengan Hanis kena tangkap khalwat"

Suasana diam. Firdaus tergamam.

Hanis terus menghampiri Firdaus. Dia harus memberitahu perkara yang sebenar benarnya.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now