Bab 21

22.4K 685 22
                                    

Hari ini hari pertama Hanis bekerja di pejabat Huzair sebagai PA Huzair. Dia mengenakan solekan tipis pada wajahnya. Hanis memang tak suka make up tebal.

Dia hanya mengenakan baju kurung bersama tudung bawal hari ini. Tiba tiba dia rasa tidak senang, boleh ke pakai baju kurung ni?

Kelibat Huzair di almari dipandang Hanis. Dia hanya berdiri, terpegun melihat badan sasa Huzair yang tidak berbaju itu. Hanis menelan air liur, indah betul ciptaan Tuhan.

Huzair yang perasan isterinya merenungnya lantas berdehem kuat.

Hanis terkejut, dia mencover malunya dengan pura pura membetulkan tiang kayu katilnya. Huzair tersengih melihat isterinya. Nakal betul!

Hanis kemudian tersenyum apabila mereka bertatap mata.

"Abang, okay tak kalau Hanis pakai baju kurung je?", Soal Hanis. Dia takut kalau etika pakaian tempat kerja itu tidak membenarkan memakai baju kurung.

Huzair mengamati Hanis dari atas sampai bawah. Ayu gila isteri aku ni. Bahaya kalau staf lelaki aku nampak ni.

Hanis pelik Huzair mengambil masa yang lama untuk menjawab.

"Abang!" Panggil Hanis. "Ye ye cantik." Jawab Huzair.

Hanis melihat diri sendiri. "Betul ke?" Huzair tersengih.

"Ya sayang. Cantik sangat sangat. Cantik macam bakal bidadari abang dekat syurga.", Muka Hanis merah selepas Huzair berkata begitu.

Hanis gelak sambil menggeleng.

"Kita sarapan kat luar tau sayang.", Hanis mengangguk. Dapat la aku order roti canai nanti.

***
Lisa sedang beratur di kedai ais krim untuk memesannya. Dia melihat sekeliling Mall yang mula didatangi pengunjung. Lisa hanya bekerja di pusat kecantikan di dalam mall itu. Sementata menunggu pelanggan, dia membeli ais krim untuk dijamu.

Selepas dia membayar dan mengucapkan terima kasih. Kaki diatur meninggalkan kedai ais krim tersebut.

Baru sahaja dia mahu merasa, tiba tiba dia dilanggar oleh seorang pemuda menyebabkan ais krimnya jatuh.

Lisa terkesima. Ais krim dia jatuh. Tak sempat dia nak merasa lagi. Dia mengangkat kepala melihat lelaki yang melanggar dia dengan pandangan tajam.

"Maaf cik. Saya terlanggar.", Kata Amar. Dia mula mengambil langkah untuk pergi.

"Hei!", Panggil Lisa. Amar berhenti dan menoleh semula ke arah Lisa.

"Nak apa lagi? Kan saya dah minta maaf.", Ujar Amar. Dia pelik melihat muka tegang Lisa.

"Senangnya awak minta maaf. Ganti balik ais krim saya!", Kata Lisa sambil memeluk tubuh.

"Hek eleh ais krim je pun. Boleh je beli lagi.", Ujar Amar. Ais krim pun nak suruh orang ganti. Pegi laaa

"Awak ingat saya beli pakai air liur saya ke? Saya beli pakai duit saya la. And awak dah buat ais krim saya jatuh, jadi awak kena ganti.", Kata Lisa. Mata sepetnya sengaja dijegilkan untuk membuat lelaki itu takut.

Amar gelak. Kelakar punya minah.

"Beli la sendiri.", Kata Amar selamba sebelum dia berlari meninggalkan Lisa di belakang.

"Hei..hei!!", Jerit Lisa. Lelaki itu sudah jauh meninggalkannya.

"Tak guna betul. Dia yang jalan tak pakai mata. Erghh!", Rengus Lisa. Moodnya untuk memakan ais krim sudah terbantut.

Kakinya mula diatur ke tempat kerjanya semula.

***

Huzair melangkah ke pejabat bersama Hanis. Dia mahu memperkenal PA barunya kepada staf yang lain.

Rahsia Takdir Antara Kita Donde viven las historias. Descúbrelo ahora