Bab 62

27.8K 645 7
                                    

  Memang nampak riak wajah Hanis yang begitu fokus ke arah pemanduannya. Kereta Huzair yang tidak berada jauh di hadapannya tadi juga diperhatinya dengan teliti.

Tiba di satu persimpangan, terlihat kereta Huzair memberi isyarat ke kiri. Dia pun turut memberi isyarat yang sama. Sampailah mereka membelok ke dalam satu kawasan kedai makan.

Hanis hairan kenapa suaminya itu memasuki ke kawasan kedai kedai makan. Dia memperlahankan keretanya melihat Huzair yang selesai memarkir keretanya di tempat yang disediakan.

"Aku tunggu dalam kereta je la. Lagipun dari sini boleh nampak dia.", Matanya tetap memerhatikan Huzair yang baru saja mengambil pesan pada pelayan restoran itu.

Agak lama dia menunggu untuk mengetahui apa sebabnya lelaki itu datang ke sini. Kata ada hal penting, tapi dia tengok elok je bersantai kat kedai makan.

Selepas selang beberapa minit kemudian, matanya terganggu oleh sebuah kereta berjenama Axia yang baru melintasi hadapan keretanya.

Hanis yang agak kebosanan memerhatikan Huzair terus dialihkan pandangannya ke arah kereta Axia yang baru diparkir tadi. Saja la dia mahu melihat siapa gerangan pemandu tersebut.

Dia lihat seorang wanita dalam lingkungan sebayanya. Keluar daripada kereta sambil membetulkan bajunya.

Pandangan matanya dialihkan semula ke arah Huzair. Malas lah dia mahu memerhatikan orang lain yang tiada kene mengena dengannya.

Melopong sedikit Hanis melihat Huzair yang lama memandang wanita yang memandu Axia tadi. Dia menyimpan geram di dalam hati.

Mentang mentang la perempuan tu lawa, siap pakai kebaya lagi. Sedap kau je eh nak pandang pandang dia!? Desis hatinya.

"Dasar gatal!", Terkeluar suara daripada mulutnya.

Tiba tiba dia lihat Huzair bangun dari duduknya. Ah mungkin dah nak balik kut. Fikir Hanis.

Tapi sangkaannya meleset. Dia terkejut melihat wanita berkebaya tadi mengambil tempat di hadapan Huzair.

Tubuhnya ditegakkan, dia terkelu melihat Huzair yang berdua dengan wanita lain.  Hatinya terasa dipukul apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua.

Ini ke hal dia yang penting sangat tu? Marahnya sudah membuak. Tak guna betul! Menipu dia dalam dia ya?

Selama ni dia percayakan lelaki itu benar benar ada hal yang mustahak. Tapi tidak menyangka dia apa yang dilihatnya tidak pernah langsung terlintas dalam kepalanya.

Hanis terus menurunkan brek tangan untuk memulakan perjalanan. Kalau dilihat dalam drama, si isteri akan terus menyerang suaminya. Tapi dia tidak, dia akan menyelesaikan semuanya apabila lelaki itu sudah balik. Dia mahu tengok sampai mana Huzair nak menipu lagi.

Keretanya terus keluar melucuri laju ke jalan raya.

***

Dia berjalan mundar mandir di dalam biliknya sambil memeluk tubuh. Fikirannya yang sudah berkecamuk menambahkan lagi kemarahannya pada lelaki itu.

Sesekali dia mengerling ke arah jam di dinding. Dah nak pukul 6 petang tapi Huzair masih tak balik balik lagi. Wah bukan main lagi lelaki itu berseronok di belakangnya.

Dirinya yang sudah mula mahu memaafkan suaminya itu terus lesap dari niat dalam hatinya. Amarah yang melanda itu terus menerus menyelubungi dirinya.

Lelaki itu memang penipu!

Kedengaran derapan kaki daripada luar ditangkap telinga Hanis. Pintu dibuka dan terjengul Huzair yang nampak terkejut melihat Hanis yang berdiri di sebelah katil sambil memandang dingin ke arahnya.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now