Bab 27

18.5K 602 3
                                    

"Laa abang tak siap lagi ke?", Soal Hanis sebaik sahaja dia keluar daripada bilik air.

Rambutnya yang basah dilap menggunakan tuala mandi.

Huzair yang diselubungi selimut itu hanya mengeluh. Dia tak mampu nak bangun, kepalanya terasa berat.

Hanis bergerak mendekati Huzair. Tangannya dilekapkan ke dahi lelaki itu.

Suhu badannya dah tak sepanas semalam. Mungkin tindakannya yang cepat memberi ubat demam kepada Huzair.

Tapi klinik kena pergi jugak.

"Dah tak panas sangat ni. Tapi kena pergi klinik jugak ye. Abang bangunlah.", Ujar Hanis.

Dia cuba menarik tangan Huzair. Huzair terpaksa juga bangun, dia hanya memejam mata.

"Dah pergi mandi cepat. Basahkan kaki dulu pastu bawak ke atas. Sebelum tu selawat dulu tau.", Pesan Hanis kepada Huzair yang sedang berjalan ke tandas.

Arwah neneknya pernah bagitahu cara mandi untuk orang demam. Kaki terlebih dahulu dibasahkan baru bawak naik ke atas.

"Hmm..", balas Huzair. Dia mencapai tuala di tempat penyidai lalu melangkah masuk ke tandas.

Hanis menggeleng. Kesian suaminya.

Dia kemudian mencapai alat pengering rambut untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

***

Puan Rozi melihat suaminya yang sedang bersiap.

"Abang nak pergi mana tu?", Soal Puan Rozi.

"Abang nak pergi ke kedai kejap. Nak beli serbuk kopi yang dah habis tu. Abang tak boleh kalau sehari tak minum kopi yang awak buat tu.", Ujar Encik Samad.

Puan Rozi mengangguk. Baru dia teringat serbuk kopi yang dah habis kelmarin.

Encik Samad menyarung seliparnya. Kunci di tangan dimainnya.

"Awak ada apa apa barang nak beli ke?", Soal Encik Samad.

Puan Rozi berfikir sejenak sebelum dia menggeleng. Barang basah semua ada.

"Saya pergi dulu. Kunci rumah tu.", Ujar Encik Samad.

"Abang pun hati hati bawak motor tu. Jangan bawak laju sangat.", Pesan Puan Rozi sebelum motor Encik Samad bergerak keluar dari perkarangan rumah.

***

Selepas keluar daripada klinik, Huzair dan Hanis menuju ke pasaraya di sebelah.

Ubat demam pun sudah ada. Doktor bagitahu tadi, demam biasa biasa je. Demam penat.

"Abang pergilah duduk dalam kereta, biar sayang pergi beli barang barang basah tu.", Ujar Hanis.

Kalau ikutkan hati, mahu saja dia memandu keretanya. Tetapi disebabkan kakinya yang belum sembuh. Terpaksa dia membiarkan Huzair yang memandu.

"Takpelah sayang. Abang teman. Bosanlah duduk dalam kereta, baik tolong sayang beli barang. Lagipun dalam keadaan sayang macam ni, tak akan abang nak biarkan sayang sorang sorang dalam pasaraya tu", Kata Huzair.

Mereka pun mula membeli belah di pasaraya tersebut. Banyak juga yang mereka beli, sampai penuh troli.

Takpelah untuk kegunaan di rumah juga.

Hanis juga perasan ada beberapa mata gadis yang curi curi memandang Huzair.

Hanis mengecilkan mata lalu menoleh ke arah Huzair. Suaminya sedang khusyuk membelek bungkusan biskut di tangannya.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now