Bab 14

25.7K 761 19
                                    

Tok tok tok

Hanis mengetuk pintu bilik mandi untuk menghulurkan syampu baru kepada Huzair. Pintu bilik mandi terbuka dan terjengul muka Huzair yang muka dan rambutnya yang basah tanda sedang mandi.

"Nah. Syampu yang abang mintak tu.", Hanis hulur syampu tersebut dengan muka tegangnya. Sengaja dia mahu buat macam tu. Sekali sekala merajuk macam ni apa salahnya.

Huzair mencapai syampu itu lalu menutup pintu bilik mandi. Hanis tercengang. Macam tu je? Terima kasih tak ada apa tak ada.

Hanis menjeling geram ke arah pintu bilik mandi itu. Dia kemudian mula bergegas turun ke bawah menyediakan sarapan pagi. Kebiasannya Huzair tidak makan benda benda yang berat seperti nasi,mihun,mee goreng dan sebagainya.

Jadi Hanis cuma menyediakan sardin dan telur rebus hancur mayonis bersama sama sayur salad dan tomato. Eloklah makan dengan roti.

Serajuk rajuk mana pun dia, dia tetap sediakan makan pakai Huzair tau. Huhu.

Selesai kerjanya, dia menapak kaki ke ruang tamu untuk menonton televisyen sementara menunggu Huzair bersiap. Alat kawalan jauh dicapai lalu menukar siaran kegemarannya. Sambil itu,dia membelai Leo yang sedang lena di atas sofa. Tiba tiba Hanis teringatkan uminya yang selalu membelai kepalanya setiap kali dia ingin bermanja. Allah..rindunya.

Dia tak boleh hidup tanpa keluarganya. Hidupnya sekarang seakan akan kosong selepas kes jahanam itu. Dia merengus perlahan. Entah siapalah yang dengki benar dengan dirinya hingga sanggup perangkap dia.

Disebabkan perkara inilah dia hilang segalanya. Dia hilang keluarga, hilang kekasih hati, hilang kasih sayang dari orang yang rapat dengannya. Dan yang paling menyedihkan, dia terpaksa mengahwini Huzair.

Kedengaran loceng rumah ditekan berulang kali. Hanis segera menyarung tudungnya yang tergantung di belakang pintu stor. Dia melangkah kaki ke pintu utama dan membukanya.

***

Dahlia mengemas barang barangnya secepat yang mungkin. Sungguh dia terlewat untuk berjumpa dengan Luqman. Janjinya pukul 9 pagi tapi jam Sekarang menunjukkan 9.15 pagi. Memang sengaja dia minta bossnya untuk keluar sebentar untuk ke butik pengantin. Pelik macam mana bossnya boleh lepaskan macam tu aje. Yelah boss dia sebenarnya member Dahlia. Hahaha.

"Alamak, macam mana aku boleh terleka ni. Luqman mesti marah ni. Tu la kau Dahlia, leka sangat dengan kerja kau ni," dia merungut memarahi diri sendiri. Dia mencapai bag tangannya lalu memulakan langkah ke arah lif.

Sempat lagi dia membetulkan rambutnya yang serabai sedikit. Nak jumpa kekasih mestilah kena cantik cantik.

Pintu lif terbuka dan Dahlia terkejut sedikit kerana ada orang lain di dalam lif. Lelaki itu tersenyum memandang Dahlia.

"Eh Encik Ariz..", tegur acuh tak acuh Dahlia kepada Encik Ariz. Dahlia tidak tahu kenapa, tapi setiap kali dia terserempak dengan lelaki ini, dia berasa jengkel.

"Hi beautiful..", sapa Encik Ariz dengan nada yang romantik.

Yeah. Itulah sebabnya. Yuckss. Dahlia rasa nak muntah.

Pintu lif tertutup lalu Dahlia menekan butang untuk ke tingkat bawah sekali. Dia menunggu sambil berpeluk tubuh. Dia berasa seram sejuk berada di dalam lif bersama dengan lelaki ini.

"Hei Dahlia, I sebenarnya dah lama nak cakap benda ni. Tapi nak tunggu masa yang sesuai. So, I rasa sekarang nilah masa yang tepat untuk I meluahkan apa yang dalam hati I ni.", Kata Encik Ariz sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya.

Berkerut muka Dahlia mendengarnya. Apahal ni?

"Apa maksud Encik Ariz ya? Saya tak faham.", Soal Dahlia sambil memegang erat bag tangannya.

Encik Ariz merenung ke dalam anak mata Dahlia sambil tersenyum manis yang mampu mencairkan hati semua wanita. Tapi tidak pada Dahlia. Dia rasa hendak lempang saja muka lelaki itu.

"You know what..I like you.",

Oh tidak. No no no..Tak boleh jadi ni.

"Er, saya minta maaf Encik Ariz. Tapi saya ni tunang orang. Tak lama lagi kami nak bernikah. I'm so so sorry..", lembut Dahlia berkata tanpa sebarang kata kata kasar.

Encik Ariz ketawa kecil. Dia mengangkat kening seraya berkata. "Isteri orang pun pernah kena rampas,inikan pula tunang orang kan?", Tersengih Lelaki itu. Omg jijiknya dengan ayat tu. Ingat perempuan ni mainan ke sampai nak dirampas rampas sebegitu.

Dahlia menggaru kepala sambil tersenyum hambar. "Tak boleh macam tu Encik. Tak elok ambil orang punya. Nanti bila dah siap kad kahwin saya, saya bagi terus kat Encik ya? Don't worry, Encik akan jadi orang pertama yang akan saya bagi kad tu nanti.", Ambik kau kena sekali, nak menggatal dengan tunang orang lagi kan?

Encik Ariz terdiam terus mendengar kata kata Dahlia. Dia terasa diperli pula. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk membalas kata kata Dahlia, gadis itu dulu memintas.

"Oh ya Encik Ariz. Saya ada ramai kenalan perempuan yang memang gatal yang amat nak kahwin. Saya boleh kenalkan kat Encik. How?", Ambik kau dua kali kena. Sengaja dia tekankan perkataan 'gatal' tu.

Encik Ariz merengus perlahan sambil mengalihkan pandangan ke arah butang lif itu. Serentak itu,pintu lif terbuka.

Dahlia membetulkan rambutnya sebelum memandang Encik Ariz. "Oklah. Saya minta diri dulu ya? Saya ada date dengan tunang saya.", Dahlia membuka langkah ke lobi utama.

Encik Ariz merenung Dahlia yang berlalu pergi. Kemudian,dia mengukirkan senyuman sinis.

***

" Datin..cik Rasya..jemput masuk.", Ajak Hanis sambil tangannya dihulur untuk menyalam tangan mak mertuanya.

Datin Yasmin memandang tangan Hanis dengan senyuman sinis lalu dia memasuki rumah anaknya dengan selamba.

"Excuse me girl.. move.", Kata Rasya yang berbaur angkuh. Dia sengaja melanggar bahu Hanis sehingga Hanis terhentak ke dinding keras itu.

"Oppss..hahaha.", Rasya ketawa kecil lalu melangkah masuk ke rumah Huzair.

Hanis mengeluh kecil sambil menutup pintu. Dia memujuk dirinya supaya sentiasa bersabar dengan karenah adik ipar dan mak mertuanya. Kemudian, Hanis menapak kaki ke dapur untuk membuat minuman mereka.

"Hei pompuan. Mana anak aku?," Kasar Datin Yasmin bertanya. Dia memandang jijik terhadap Hanis. Dia tidak suka melihat perempuan itu. Baginya, perempuan itu membawa malang dalam keluarganya.

"Abang Huzair ada kat atas, tengah bersiap nak pergi kerja." Berhati hati Hanis menjawab, takut tersalah kata. Bukan dia tidak tahu perangai mak mertuanya itu. "Er, saya pergi buat air untuk datin dengan cik Rasya iya?", Baru setapak dia melangkah segera ditegah oleh Datin Yasmin.

"Tak payah. Kau ingat aku nak sangat ke minum air hasil buatan jalang macam kau? Entah apa benda racun yang kau letak dalam minuman aku nanti.", Datin Yasmin selamba menuduh Hanis bukan bukan.

"Astaghfirullahalazim.. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya nak buat benda macam tu.", Hanis membela diri, dia tidak suka dituduh bukan bukan. Rasya menjeling Hanis.

"Acah acah baik la tu ma. Huh pompuan.." kata Rasya sambil menggilat kukunya yang panjang. Sesekali dia menepis Leo si kucing yang menggesel tubuhnya ke kaki Rasya.

Hanis menunduk. Dia malas mahu bertekak dengan mereka. Kalau tidak, teruk jadinya nanti.

***

Tiara termenung jauh di beranda rumahnya. Dia terpikirkan sesuatu yang memang selalu berada di dalam fikirannya. Dia sudah tidak dapat menanggung rindu yang teramat. Dia harus tebus kesalahan yang dilakukannya terhadap jejaka itu. Seterusnya, dia akan meminta until menjalinkan semula hubungan antara dia dengan jejaka itu. Akhirnya dia mendapat idea yang sangat bernas.

"Rita!!"

Terdengar derapan kaki laju di luar biliknya dan tersembul kepala Rita.

"Apahal kau ni? Terjerit jerit? Kau nak apa?", Soal Rita dengan muka cemberut. Mana taknya, dia sedang syok layan drama Korea.

"Aku dah buat keputusan", tiara tersenyum. Rita mengangkat kening.

"Aku nak balik Malaysia.."

**************************

Rahsia Takdir Antara Kita Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum