Bab 12

28.1K 886 72
                                    


Huzair melangkah laju ke arah Rasya sehinggaka tidak sedar tangannya mencengkam kuat tangan Hanis.

Huzair berhenti di depan Rasya yang sedang baring itu. Hanis menyorok takut di belakang Huzair.

Rasya terkejut dengan kehadiran dua manusia itu. Lagi lagi melihat muka garang Huzair. Dia bangun dari sofa.

"Apahal ni? Pandang Sya macam nak tembus?", soal selamba Rasya ke Huzair. Hairan dia melihat Huzair. Baru balik nak marah marah.

Pang!

Rasya menjerit. Terkejut dia Huzair menamparnya.

"Along ni kenapa!?", tengkingnya pada Huzair yang berani menamparnya.

"Kau tu yang kenapa!? Apahal pukul bini aku? Apa hak kau?", marah Huzair. Matanya yang merah tajam menikam Rasya.

Rasya terdiam. Dia tahu pasti Hanis mengadu pada Huzair.

"Kau diam kenapa? Jawab aku tanya, apa hak kau pukul bini aku!?", Huzair menolak bahu Rasya sehingga Rasya terduduk di sofa.

"Yang along nak tolak tolak Sya ni dah kenapa!? Cakap je tak boleh ke?", Rasya tercabar apabila Huzair menolaknya.

"Abang, dah la tu.. jom naik atas.", pujuk Hanis dengan perlahan. Dia berasa kesal sangat kerana memberitahu hal yang sebenar.

Rasya tergelak sinis. "Dah pandai eh kau Hanis. Nak mengadu pulak kat abang aku? Dah jalang tu jalang jelah!", tengking Rasya pada Hanis menyebabkan Rasya menerima tamparan kali kedua daripada Huzair.

"Pasal perempuan ni, along sanggup tampar adik along sendiri? Perempuan ni lagi penting ke daripada Sya?"

"Ya! Dia lagi penting daripada kau. Apa yang kau nak dengar lagi? Daripada dulu aku sabar je dengan perangai setan kau ni. Tapi kali ni bila melibatkan isteri aku, kau memang dah cabar aku Rasya."

Dato Jalal dan Datin Yasmin bergegas turun ke bawah apabila terdengar bunyi bising.

"Ada apa ni Rasya,Huzair? Terjerit jerit macam nak runtuh rumah.", soal Dato Jalal. Dia melihat Hanis di belakang Huzair teresak esak.

"Huzair, kenapa?"

"Papa tengok apa yang anak perempuan papa dah buat kat isteri along.", Huzair menyingkap sedikit kain batik Hanis sehingga menampakkan kesan luka.

Terjegil biji mata Dato Jalal. Dia mengalihkan pandangannya pada Rasya.

"What's is wrong with you Rasya?", dato Jalal bercekak pinggang memandang Rasya.

"Takdelah pa. Perempuan tu rosakkan baju Rasya pa. Baju Sya tu dahlah mahal. Memang mendapat lah dia.", Rasya menjeling Hanis yang sedang menunduk itu. Rasa mahu diganyang sahaja mulut perempuan tu.

"Pasal baju,kamu boleh hanger kakak ipar kamu!?", berdesing telinga Datin Yasmin di sebelah mendengar tengkingan Dato Jalal.

"Ala awak ni pun. Baju Sya yang dia beli tu mahal tahu tak? Dia penat kumpul duit semata mata nak beli baju tu. Memang patutlah si Sya ni pukul menantu awak tu.", Datin Yasmin menyokong anaknya. Dia menjeling geram Hanis,mengada nak mengadu.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now