Bab 13

27.4K 950 31
                                    


Huzair semakin lama semakin menghampiri sambil matanya merenung ke bibir Hanis.

"Meow.."

Mereka berdua tersentak mendengar suara kucing. Hanis terus berpaling membelakangi Huzair. Dia memejam mata. Aduh aduh malunya aku,nasib baik tak sempat,bisiknya.

"Hei Leo.. sini kat daddy.", Huzair memanggil kucing peliharaannya sambil menahan malu yang menggunung.

Dia hampir tercium Hanis.

Huzair mengangkat kucingnya dan diletakkan di atas riba. Dia mengusap usap bulu badan kucing itu.

Hanis mengalihkan pandangannya ke Huzair semula. Dia melihat telatah kucing itu yang menggesel gesel kepalanya ke tangan Huzair. Comelnya..

"Jantan ke betina?", soal Hanis sambil cuba menyentuh kepala kucing itu.

"Jantan..", dia melihat Leo menghidu hidu tangan Hanis yang cuba menyentuhnya.

"Ohh comelnya. Jumpa ke beli?", Huzair ketawa kecil.

"Mana ada kucing kat tepi jalan macam ni. Leo ni abang beli sendiri.", Hanis mengangguk mendengar jawapan Huzair.

Hanis merenung Leo sambil tersenyum.

"Hanis suka kucing ke?"

Hanis mengangguk suka. Dia memang sukakan kucing tapi dia tak mahu membelanya. Puncanya malas.

"Hanis suka je. Tapi Hanis tak nak bela. Sebab malaslah nak bersihkan tempat berak dia la, nak mandikan dia la, pakai duit lagi nak belikan makanan dan keperluan kucing tu. Tu tak termasuk lagi bulu bulu dia yang terlekat kat karpet,sofa semua. Penat nak bersihkan.", rungut Hanis dengan bibirnya mencebik.

"Tapi seronok tau ada kucing ni.", kata Huzair sambil menghalakan Leo ke arah Hanis.

"Hai mummy..saya Leo", Huzair bersuara kecil bagi pihak Leo sambil menggoyangkan tangan si comel itu.

Hanis ketawa dengan perlakuan Huzair. Huzair pandai hiburkan hatinya.

***

Tiara sedang sibuk menggariskan celak di bahagian atas pelepuk matanya. Dia mempunyai mata yang sungguh menawan dan cantik. Juga mampu membuatkan lelaki tergoda.

Setelah siap bersolek, gadis itu menuju ke ruang tamu miliknya. Dia terkejut melihat seorang lelaki sedang menonton televisyen sambil menyuap snek ke dalam mulutnya.

Tiara menjulingkan matanya ke atas. Lelaki ini sungguh tidak faham bahasa!

"Adam..you buat apa kat sini? Berapa kali I kena bagitahu you, jangan suka suka hati masuk rumah I.", ujar Tiara dengan muka bengis. Dia tidak sukakan lelaki itu kerana tidak habis habis mengganggunya.

"Ala come on baby. Bukannya I buat apa apa pun. I cuma tumpang tengok tv je," selamba Adam menjawab.

Tiara menjeling tajam sebelum dia mengatur langkah ke pintu rumah. Malas dia mahu melayan karenah si jantan tu.

"Baby nak pergi mana ni? Ala jomlah lepak dengan I. Dah lama kita tak lepak sama sama kan?", Adam bangun dari duduknya dan mendapatkan Tiara. Dia melihat Tiara dari atas sehingga bawah. Sungguh cantik dengan rambut hitam dan bentuk badan yang menggiurkan.

"Lepak? I tak ada masa nak lepak dengan lelaki macam you. I nak pergi photoshoot(?) la.", kata Tiara yang sedang menepis tangan gatal Adam yang meliar ke lengannya yang terdedah.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now