Bab 19

23.9K 721 21
                                    

Lagu New Rules oleh Dua Lipa dimainkan di radio kereta. Amy sedang memandu sambil bernyanyi. Dia baru sahaja pulang dari rumah Datin Yasmin.

Mulanya niat nak duduk sampai petang je tapi Datin Yasmin memujuk supaya makan malam terus di rumahnya. Takkan la nak menolak kan?

Tiba tiba dia teringatkan perbualannya dengan Datin Yasmin tadi..

Flashback

"Sedap tak Amy?", Soal Datin Yasmin pada Amy.

Amy mengangguk tanda sedap. Setiap kali dia datang ke rumah Datin Yasmin, tak pernah dia pulang dengan perut kosong. Makanan sedap sedap pulak tu.

Walaupun hanya makanan kampung, tapi Amy layan je.

"Mana mama cari orang gaji macam tu. Sedap betul dia masak.", Soal Amy.

Datin tersenyum. "Rezeki mama dapat orang gaji tip top macam Mak Munah. Hari hari mama kenyang dengan masakan dia.", Kata Datin Yasmin.

Amy menyisip air sirap ais untuk membasahkan tekak setelah selesai makan.

"Amboi, patut lah mama makin comel sekarang.", Amy mengusik Datin Yasmin.

"Ha!? Mama gemuk ke Amy?", Amy tergelak.

"Tak adalah. Amy gurau je.", Tersengih Amy.

"Amy ni kalau mengusik mama memang nombor satu kan? ", Kata Datin Yasmin.

Datin Yasmin memandang Amy untuk bertanya sesuatu.

"Macam mana Amy? Huzair okay tak dengan Amy?", Soal Datin Yasmin. Dia memang menyuruh gadis itu untuk memikat Huzair.

Amy mengeluh."Susah la mama. Dia tu serius je memanjang. Kadang kadang Amy rasa macam syok sendiri je.", Balas Amy.

Datin tersenyum. Dia memegang tangan Amy.

"Takpe Amy. Amy cuba lagi, kadang kadang Huzair tu memang nampak keras kepala tapi hati dia lembut. Mana lah tahu satu hari nanti, dia terpikat jugak dengan Amy. Amy jugak yang untung.", pujuk Datin Yasmin.

Dia tak boleh lepaskan peluang. Dia mahu Amy mengahwini Huzair supaya harta Amy akan pergi kepada Huzair. Dia pula akan menumpang kekayaan anaknya.

Sungguh tamak Datin Yasmin. Sanggup dia mempergunakan Amy untuk kepentingan diri sendiri.

Amy mengangguk perlahan. "Okay mama. Amy akan cuba lagi.", Datin Yasmin tersenyum.

End flashback

Amy mengeluh perlahan.

"Macam mana lah aku nak pikat Huzair tu? Mama tak tahu ke yang anak dia tu sombong gila? Susahlah macam ni.", Rungut Amy perlahan.

Matanya melihat jam. Jam menunjukkan pukul 9 malam.

"Ada masa lagi ni. Pergi rumah Huzair la.", Amy memandu laju pergi ke kondo Huzair.

Setelah sampai dan memarkir keretanya. Dia mengorak langkah ke lif untuk ke tingkat atas sekali.

Pintu lif dibuka, Amy berjalan terus sehingga jumpa nombor rumah Huzair. Dia membetulkan blouse dan skirtnya terlebih dahulu sebelum memetik loceng.

Rahsia Takdir Antara Kita Место, где живут истории. Откройте их для себя