Bab 69

66.7K 977 78
                                    

5 bulan kemudian..

"Ya Allah sayang.. jangan angkat periuk tu!", Huzair yang sedang membakar lemang bersama Firdaus, Luqman, Encik Samad dan Dato Jalal itu terus berlari mendapatkan Hanis yang sedang membongkok untuk mengangkat kuali itu.

"Kenapa pulak.. biarlah sayang nak angkat.", Hanis sudah berpeluk tubuh.

"Tak boleh. Sayang tu kan mengandung.. tak boleh angkat benda berat berat. Dah sayang pergi je duduk dekat dalam.", Huzair membongkokkan badan mengambil periuk besar itu.

"Takkanlah Hanis nak duduk je? Orang lain semua buat kerja. Hanis pula duduk goyang kaki je?" Muncung Hanis. Sudahlah hendak menolong Puan Rozi di dapur pun wanita itu tak kasi. Memandangkan dia memang ada alahan dengan bau tumisan makanan.

Tapi nasib baiklah Datin Yasmin dan Rasya ada sekali untuk membantu Puan Rozi.

"Mestilah. Dah dah pergi sana masuk dalam.", Huzair menggerakkan tangannya persis menghalau Hanis. Kecil sahaja mata Hanis memandang suaminya itu.

Dia halau aku? Ergh..

"Sayang sangatlah tu Huzair pada kamu. Buatnya apa apa jadi nanti kan susah!", Tegur Encik Samad dari jauh yang melihat keengganan Hanis untuk menurut kata suaminya itu.

Hanis mengeluh perlahan. Dia merenung sekejap Encik Samad yang ketawa berborak bersama Dato Jalal.

Hanis terus membuka langkah masuk ke dalam rumah, tangannya dimainkan di perutnya yang kian membesar. Ya, dia mengandung dah hampir 4 bulan. Rasa syukur diucap di dalam hati. Allah menggantikan dukanya dengan rasa gembira. Tak lama lagi dia bakal menimang cahaya mata.

Bilik di sebelahnya diketuk perlahan lalu dibuka. Hanis menjengulkan kepalanya melihat ke dalam bilik tersebut.

Kelihatan Dahlia yang sedang menyusukan anaknya di atas katil. Tersengih Hanis sebelum dia melangkah masuk ke dalam.

"Anak buah maksu ni sihat ke?", Tanya Hanis sambil tangannya mencubit lembut pipi bayi yang baru berusia 12 hari itu.

Dahlia selamat melahirkan anak lelaki dan diletakkan namanya Ahmad Zakuan bin Ahmad Luqman.

"Eee dia senyumlah..", teruja Hanis melihat bibir kecil bayi itu menguntum senyuman. Dahlia menyelimutkan anaknya selepas memberi susu.

"Lagi 2 hari kita nak raya kan? Rasa macam sekejap pulak masa berlalu.", Ujar Dahlia.

"Betul la tu kak. Hanis rasa macam baru semalam Hanis dapat tahu Hanis mengandung. Tup tup dah masuk 4 bulan.", Waktu dia mendapat tahu yang dia mengandung, Huzair lah orang pertama yang meraikannya. Melompat suka lelaki itu.

"Alhamdulilah. Kak Lia tumpang gembira dengan rezeki Hanis sekarang. Hanis pun dah ada kehidupan baru sekarang, berbeza dengan yang dulu." Hanis tersenyum simpul sambil matanya melekat pada wajah mulus si comel yang sedang lena itu.

"Itu lah kak. Hanis rasa bersyukur sangat Allah masih beri Hanis peluang kedua untuk Hanis rasa nikmatnya alam perkahwinan. Tentang perkara lepas, banyak sebenarnya hikmah yang ada di sebalik semua yang berlaku. Hanis pun dah redha.", Balas Hanis.

"Keluarga mertua Hanis dengar cerita beraya di sini ya? Meriahlah kita nanti.", Hanis mengangguk perlahan.

Datin Yasmin punya idea lah, dia mengajak Dato Jalal untuk meraikan raya Aidilfitri di rumah besannya. Selama ni di KL sajalah tempat mereka menyambut hari raya.

"Alhamdulilah.."

***

"Serius!?", Terjerit kecil Hanis mendengar apa yang dikatakan temannya, Lisa itu melalui panggilan video.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now