Bab 31

19.2K 615 38
                                    

" Sayang, mama ajak kita makan malam kat rumah dia la hujung minggu ni.", Ujar Huzair.

Tangannya ligat mengisi bekas makanan kucing dengan makanan kucing.

Dia memanggil Leo yang sedang rileks di atas sofa untuk menjamah makanannya.

"Oh kalau macam tu, kita pergilah. Papa pun lusa dah balik Malaysia kan?", Soal Hanis.

Huzair hanya mengangguk. Dia mengusap perlahan badan Leo yang berbulu itu. Dah lebat sangat, kena cukur ni.

Bunyi notifikasi mesej daripada telefon Huzair mengejutkan lelaki itu.

Telefon yang disimpan di dalam poket dikeluarkannya.

Dia membuka peti mesej, terpapar mesej daripada Tiara.

' Baby, cepat betul you balik semalam. I tak puas lagi nak bermanja dengan you. '

Huzair mengerutkan kening. Melalut apa dia ni?

Satu lagi mesej di hantar menambahkan lagi kerutan di dahi.

' cincin yang you bagi I semalam, I pakai tau sampai sekarang. Cantik sangat! '

Ha sudah! Bila pulak dia bagi cincin pada Tiara?

Hanis yang melihat Huzair yang diam merenung telefonnya terus bergerak menghampiri Huzair.

Dia turut memcangkung sambil tangannya membelai badan Leo yang sedang menjamah makanannya.

"Kenapa tu?", Soal Hanis.

"Cuba sayang tengok mesej dia ni.", Huzair menghalakan skrin telefonnya pada Hanis untuk dia membaca.

Hanis membaca mesej tersebut sebelum memandang Huzair.

"Betul ke tu?"

"Eh eh sayang ni. Semalam kan abang ada kat rumah je dengan sayang. Tak ingat?", Ujar Huzair.

Hanis mengangguk. Betul la tu, balik kerja pun sama sama semalam. Bila masanya lelaki itu keluar rumah pergi ke mana mana?

"Kalau macam tu, dah kenapa dia hantar mesej macam ni? Salah send ke?", Soal Hanis.

Huzair mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tapi mungkin betul juga, mungkin juga Tiara dah jumpa pengganti? Jadi mesej yang diterimanya itu tersalah pulak hantar pada dia.

Tapi kalau betul dia memang sengaja hantar mesej begitu padanya, Huzair hanya menganggap itu hanya gangguan dalam rumah tangganya.

"Dahlah jomlah tidur. Dah malam ni, esok takut bangun lambat pulak.", Ajak Huzair.

***

Amy yang baru sahaja keluar dari bilik air menyidaikan tualanya di tempat penyidai di belakang pintu.

Hari ini sengaja dia mengambil cuti untuk menenangkan fikirannya.

Dia juga terlintas hendak berhenti kerja di syarikat Huzair dan memulakan kerjanya di syarikat daddynya sahaja.

Dia rasa itu jalan yang terbaik untuk dia berubah rasa hati dia pada Huzair.

Amy duduk termenung di atas katil memikirkan masa depannya. Kata kata Fiqa semalam bermain di mindanya.

Ada betulnya juga.

Amy meraup mukanya sambil mengeluh perlahan.

Ketukan di pintu menyedarkan Amy. Terjengul kepala mummynya, Puan Farida.

"Boleh mummy masuk?"

Amy mengangguk sambil membetulkan duduknya.

"Amy okay ke ni? Sedih je muka tu.", Ujar Puan Farida.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now