Bab 63

28.1K 688 1
                                    

Masuk kali ni dah kali ke tiga Hanis menolak pelawaan Puan Rozi untuk menjamah makan malam. Dia sungguh tak ada selera. Seleranya mati!

Puan Rozi melepaskan keluhan berat, pinggan berisi nasi berlauk itu diletaknya di atas meja di dalam bilik Hanis.

Hanis yang baring membelakangi Puan Rozi itu direnungnya. Macam mana lah dia nak runtuhkan tiang ego Hanis yang kebal itu.

"Makan lah, Hanis. Tak baik biar perut tu kosong. Masuk angin nanti..", pujuk Puan Rozi.

"Hanis tak nak makan umi. Biar Hanis mati je.. daripada hidup terseksa macam ni.", Hanis membentak. Dia yang sudah duduk di atas katil sambil menarik bantal sudah kelihatan lesu dan pucat. Mana taknya, daripada tengah hari tadi tak makan. Sarapan tu ada la, tapi itu pun sekeping roti je.

Lepastu, menangis banyak. Mata dia pun nak nampak bengkak dah.

"Ya Allah.. cuba fikirkan diri tu, Hanis! Elok ke menyiksa diri sendiri macam tu sampai tak makan? Siapa yang ajar Hanis ni?", Puan Rozi sudah menunjukkan garangnya.

"Jangan jadi budak budak boleh tak? Hanis tu dah besar panjang, dah boleh fikir mana yang bagus mana yang tak bagus. Jadi matang! Tak usah biarkan marah tu menguasai diri sendiri.", Hanis hanya mendiamkan diri. Mukanya dikerutkan sahaja sepanjang Puan Rozi bercakap.

"Jadi isteri, tak boleh bersikap kasar dengan suami. Hanis sedar ke tak ni?", Puan Rozi sudah memandang marah Hanis.

"Bukan salah Hanis.."

"Ya Rabbi Subhanallah.. umi penat lah kalau nak bagi nasihat dekat anak bongsu umi ni. Keras kepala! Kamu nak ke jadi isteri derhaka?", Hanis sudah naik bosan mendengar bebelan Puan Rozi.

"Takpe lah umi. Lepas ni semuanya akan selesai. Kita tak payah hadap lagi dah muka menantu kesayangan umi dan abah tu.", Ujar Hanis.

Puan Rozi mengerutkan dahinya.

"Hanis cakap apa ni?"

"Hanis dah minta cerai dengan Huzair.."

"Astaghfirullahalazim!", Puan Rozi sudah bangun dari duduknya. Dia berdiri memandang anaknya itu dengan rasa tidak percaya. Sikapnya yang begini gayanya macam tak diberi didikan pula.

"Kenapa dengan Hanis ni? Bergegar tiang arasy apabila isteri minta cerai. Hanis tak takut ke, nak? Perkara kita boleh bincang dengan baik, kita wajib bincang seeloknya. Jangan biarkan syaitan terus menerus merosakkan hubungan Hanis dengan suami!", Pesan Puan Rozi. Dia sudah runsing dengan karenah Hanis.

"Daripada Hanis jadi isteri kepada suami yang jahat, penipu! Biar jadi janda lagi bagus lah!", Geleng Puan Rozi mendengar kata kata Hanis.

"Dah bersedia ke Hanis tu nak jadi janda? Dah bersedia dengan tohmahan yang akan dilemparkan oleh orang sekeliling?", Soal Puan Rozi.

"Kamu macam ni pun dah stres. Dah jadi janda nanti macam mana lah gayanya. Kamu ingat masyarakat pandang hebat ke dengan gelaran janda ni? Hanis jangan nak cakap benda bukan bukan. Kata kata tu satu doa!", lantang Puan Rozi memberi nasihat.

"Yang umi nak bela lelaki tu dah kenapa? Siapa lagi penting? Hanis ke dia? Siapa yang anak umi sebenarnya?", Hanis memandang hairan Puan Rozi. Uminya itu melebih lebih pulak backup si jantan tu.

"Umi tak bela siapa siapa pun. Tapi umi marah pada siapa yang buat sesuatu tapi tak pakai otak. Siapa agak agaknya?" Hanis mendengus apabila diperli sebegitu rupa.

Dia terus baring semula dan menyelimutkan seluruh tubuhnya. Kepalanya serabut. Uminya pula langsung tak membantu, asyik marahkan dia je!

"Ha degil lah cakap umi. Menyesal nanti pun dah tak guna.", Hanis mencebik. Siapa yang menyesal?

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now