Bab 30

23.3K 636 55
                                    

Hari pertama bekerja selepas cuti panjang, Hanis sudah tidak senang duduk. Dia perasan pekerja pekerja lain berbisik bisik sambil memandangnya.

Diaorang cakap pasal aku ke?

Hanis bangun berlalu ke tandas, dari pagi duduk di dalam aircond membuatkan dia terasa nak buang air kecil.

Sewaktu dia di dalam tandas, dia terdengar suara pekerja lain yang baru masuk ke tandas.

Hanis buat tak tahu sehinggalah telinganya menangkap mereka menyebut namanya.

"Eh kau tahu pasal Puan Hanis dengan bos? Sebab kenapa diaorang kahwin semua tu.", Soalnya.

"Tahu we. Kecoh satu ofis ni, diaorang kena tangkap basah kan?"

"Eee, macam tak percaya kan? Muka nampak baik tapi perangai nauzubilahiminzalik. Minta dijauhkan la daripada kita."

"Tapi ada orang kata, Puan Hanis tu yang perangkap bos. Yelah, aku pun pelik. Setahu aku, taste bos tu high class. Ingat tak dulu cik Tiara? Yang model tu."

"Oh ingat ingat. Haah kan, aku tengok Puan Hanis tu macam kampung je. Aku rasa betul kot dia yang perangkap bos."

"Haih, inilah perempuan zaman sekarang. Sanggup buat apa saja demi duit."

Hanis menahan geram dalam hati. Selamba dia membuka pintu lalu ke sinki.

Dua orang pekerja yang mengumpatnya tadi tampak terkejut dengan kewujudan Hanis dalam tandas tu.

Hanis hanya membuat muka selamba padahal dalam hati sudah panas membara mendengar kutukan daripada manusia manusia di sebelahnya itu.

Dia melangkah keluar tanpa sedikit pun menjeling ke arah mereka.

Mulut jahat sangat kan sampai nak kutuk kutuk orang lain. Ha teruskanlah mengutuk.

***

Pintu bilik dihempas dengan kuat, Tiara meramas kuat rambutnya.

Serabut!

Itu yang dia rasakan.

Mesej yang diterima daripada emel menyerabutkan lagi kepala otak dia.

Dia telah dibuang kerja. Alasannya kerana dia sudah lama tidak berhubung dengan pihak atasan menyebabkan mereka menganggap yang dia tidak lagi mahu bekerjasama dengan mereka.

Arghh! Apa aku kisah!?

Telefonnya yang berdering dipandang sebelum dia mencapainya dengan kasar.

Nama Rita tertera di skrin telefonnya.

"Kau nak apa ha?", Soal Tiara.

"Eh kau tu kenapa sebenarnya ha? Kau kata nak duduk sana 2 minggu je. Ni dah nak masuk 2 bulan tahu tak? Agensi atas pun dah tak nak ambik kau kerja dah.", Ujar Rita.

"Eh pergi mampuslah dengan agensi semua tu!! Aku dah taknak balik sana kau faham tak!?", Jerit Tiara.

Rambutnya yang kusut diramas lagi. Kepalanya sakit membuatkan marahnya bertambah.

"Yang kau nak marah marah aku ni kenapa? Aku ni cuma nak ingatkan kau je.", Hairan dia mendengar suara Tiara yang agak berbeza dari sebelum ni.

Macam suara orang sakit mental.

"Kau tak payah semaklah nak ingatkan aku bagai! Kau kisahkan pasal diri kau je, tak payah nak kisahkan pasal aku!", Ujar Tiara.

"Tiara, kau ni dah teruk dah we. Aku tahulah kau tak nak balik sini sebab kau dok sibuk terkejar kejarkan si Huzair tu kan?", Soal Rita.

Rahsia Takdir Antara Kita Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu