Bab 40

26.9K 685 12
                                    

"Tahniah.. Puan mengandung. Dah 3 bulan.", Ucap doktor lelaki itu dengan senyuman.

Hanis bagaikan tidak percaya, dia menekup mulutnya memandang doktor di hadapannya.

"Betul ke doktor? Doktor tak tipu kan?", Soal Hanis membuatkan doktor itu tertawa kecil.

"Betul la. Buat apa saya nak tipu, Puan memang mengandung. Tapi pelik jugak saya, Puan tak perasan ke puan dah berbadan dua sekarang?", Hanis seperti hendak menangis mendengarnya. Hanis sekadar menggeleng.

Dia benar benar tak sangka. Keajaiban Tuhan. Patutlah dia merasakan perutnya membuncit sedikit. Tapi oleh sebab tubuhnya yang kurus itu, jadi tak nampak macam dia mengandung. Alahan pun takde sebelum ni. Ada pun sekadar muntah muntah biasa yang dia ingatkan masuk angin.

"Alhamdulilah.." ucapnya. Dia betul betul rasa bersyukur waktu itu. Ingin sahaja dia melakukan sujud syukur di situ.

"Tapi Puan kena jaga diri ya. Kandungan Puan masih awal lagi, kena sentiasa berhati hati, jangan buat kerja berat berat.", Nasihat doktor itu dijawab Hanis dengan anggukan.

"Terima kasih doktor. Saya minta diri dulu ya?", Dia bangun dan keluar dari bilik doktor.

Dia terus mendapatkan Puan Rozi dan Encik Samad di kerusi luar.

"Apa kata Doktor, Hanis?", Soal Encik Samad. Hanis menyembunyikan senyuman.

Puan Rozi yang melihat mata anaknya yang bercahaya itu seperti dapat mengagak apa yang hendak disampaikan.

Hanis menarik nafas panjang panjang, dihembusnya perlahan.

"Hanis mengandung!", Terlepas juga senyuman gembiranya.

Encik Samad tampak terkejut, dia memegang bahu anaknya itu.

"Betul ke? Abah dapat cucu la ni?", Hanis mengangguk, Encik Samad sudah menekup mulutnya dengan tangan.

"Wah Rozi, Kita dapat dua cucu la ni? Ya Allah gembiranya abah dengar, Hanis.", Tersenyum lebar mereka bertiga.

"Umi memang dah dapat agak dah yang Hanis mengandung. Daripada rumah tadi umi dah rasa. Rupanya betul, alhamdulilah.", Dia memegang tangan Hanis. Seronok betul dia bakal menimang dua cucu sekali gus.

Hanis tergelak kecil, kalau umi dan abah pun dah rasa gembira, Hanis yang mengandung ni pun tak terkata seronoknya.

***

Dahlia menepuk tangannya gembira, dia menjerit suka dengan berita yang didengarinya. Luqman di sebelah hanya membuat muka selamba, padahal dalam hatinya itu sudah berbunga bakal jadi Pak Long.

"Yeay! Kita geng lah Hanis. Cuma kita beza 2 bulan je.", Dahlia tersengih.

"Itulah, sebaya la anak kamu dua orang nanti.", Kata Encik Samad.

"Ha lepas ni jangan buat kerja berat berat dah. Duduk je rehat tau.", Hanis mengerutkan dahi.

"Habistu siapa yang nak tolong umi buat kerja ?", Soal Hanis.. Kasihanlah kalau Puan Rozi lakukan kerja rumah seorang diri.

"Abah kamu kan ada..", selamba Puan Rozi menjawab. Encik Samad yang berada di sebelah sudah terkejut dirinya disebut.

"Abah jugak yang kena..", rungut Encik Samad perlahan. Mengekek Puan Rozi ketawa.

Tiba tiba Hanis teringatkan sesuatu, abang..

"Umi, jom teman Hanis. Kita pergi rumah abang.", Air muka mereka berubah.

"Kenapa pula nak pergi sana Hanis?", Tanya Dahlia.

"Hanis nak bagitahu abang la yang Hanis mengandung. Mesti abang gembira.", Dia yakin kemarahan Huzair akan surut, apabila mendapat tahu yang dia bakal bergelar ayah.

Rahsia Takdir Antara Kita On viuen les histories. Descobreix ara