Bab 56

29.5K 737 30
                                    

Bersiul perlahan Huzair sambil tangannya ligat mengacau adunan yang dicampurkan tadi. Hari ini dia mahu buat puding caramel. Khas untuk isteri tercintanya.

Barang barang dia dah pergi beli tadi, alang alang tu boleh beli bahan untuk membuat pencuci mulut. Nasib baiklah Puan Rozi izinkan dia guna dapur dia tu.

Tadi pun sempat dia ke kedai gunting rambut untuk memotonh rambunya yang kian memanjang itu. Balik ke rumah pula terus saja dia mencukur jambang yang menebal di sekitar bawah mukanya.

Huzair mengerling ke arah jam di dinding, Puan Rozi kata Hanis pulang dari kerja dalam pukul 4 petang. Sekarang jam baru menunjukkan pukul 2.15 petang. Masih sempat dia nak siapkan.

Puan Rozi masuk ke dapur apabila dia hidungnya menangkap bau manisan dari dapur. Kagum dia melihat Huzair yang pandai membuat pencuci mulut itu. Kalau dia, tahu buat kuih jelah yang dia tahu.

Huzair pun bukannya pandai masak sangat, puding caramel ni selalu jugak dia buat sewaktu arwah neneknya masih ada. Dialah yang mengajar Huzair buat puding ni.

"Pandainya menantu umi ni buat dessert.", Huzair hanya tersengih.

"Biasa biasa je umi. Ni pun tak tahulah macam mana rasa dia nanti.", Ujar Huzair.

Puan Rozi tersenyum simpul, seronok dia melihat Huzair yang bersungguh sungguh hendak memujuk Hanis. Memang nampak kesalnya.

"Mesti terliur Hanis nanti tengok puding Huzair ni.", Huzair hanya mengangguk perlahan. Dia pun tak sabar menunggu Hanis pulang dari kerja.

***

"Apa yang ralit sangat kau tengok telefon tu?", Encik Samad menegur Huzair yang dari tadi menatap skrin telefonnya.

"Tunggu mesej hanis, abah.", Jawab Huzair. Dia tersengih sekejap. Mesejnya yang dihantar 10 minit yang lalu hanya dibaca Hanis tanpa dibalas.

'Sayang.. balik cepat sikit ya. Abang rindu..'

Mengeluh dia dalam hati, dia saja hendak bermanja manja dengan isterinya itu, tapi tidak dilayan.

"Abah dari mana ni?", Soal Huzair. Dia melihat Encik Samad yang berkasut boot getah dan cangkul di tangan.

"Dari belakang sana ha, berkebun kejap. Abah ada tanam pokok kelapa, tu sikit lagi berbuah la tu.", Huzair mengangguk. Dia yang duduk di pangkin halaman rumahnya terus bangun menyarung seliparnya.

"Saya nak tengok kebun abah kejap boleh? Mesti cantik kan?", Encik Samad gelak kecil. Inilah orang bandar..

"Pergilah tengok puas puas. Dah lama dah pun abah bertanam. Yang pokok pokok bunga tepi tu umi kamu yang tanam." Beritahu Encik Samad. Dia meletakkan cangkulnya di dalam kotak bawah pangkin tersebut.

Huzair terus melangkah ke arah halaman belakang rumah. Kagum dia melihat kebun kecil yang diusahakan Encik Samad dan Puan Rozi itu. Tak tahu pula umi dan abah minat berkebun.

Dia merenung pokok pokok bunga yang cantik itu, tersenyum simpul dia. Cantik! Macam isteri aku..

Pokok bunga mawar dihampirinya, disentuh perlahan bunga bunga yang mekar tersebut.

***

Huzair yang kembali menyiapkan puding caramel itu hanya memakai apron di tubuhnya. Sudah hampir siap puding dia buat itu. Tak sabar mahu beri isterinya rasa puding buatannya.

Kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah menandakan isterinya sudah pulang. Lagi berbungalah hatinya.

"Assalamualaikum..", salam diberi. Hanis terus melangkah masuk ke dapur. Selalunya waktu waktu begini Puan Rozi memang ada di dapur untuk membuat kuih tempahan orang.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now