Bab 61

28.1K 651 17
                                    

Dalam pukul 9 pagi macam tu, Hanis sudah pun duduk di pangkin luar rumahnya. Memang situ tempat kegemarannya, kalau dia nak bersendiri situlah tempatnya duduk.

Tap! Tap! Tap! Jarinya menaip dan terus menaip. Seronok sangat dia berbual dengan Lisa di Facebook. Memang kebetulan waktu dia daftar masuk aplikasi itu, dia melihat temannya itu sedang dalam talian. Mula la dia mahu menegur Lisa.

Bergelak ketawa dia bersembang dengan Lisa di alam maya itu. Tak kering gusi melayan telatah temannya itu.

Dalam waktu ketawa itu, dia perasankan Huzair yang baru menyarungkan seliparnya dan diatur langkah ke tempat yang diduduknya. Di tangan lelaki itu terdapat sebuah buku yang agak panjang dengan sebatang pensil.

Dia tertanya tanya apa yang mahu dilakukan oleh Huzair. Matanya kembali menatap skrin laptopnya. Dia menjeling sekilas Huzair yang mengambil tempat di sebelahnya.

Sesekali dia ketawa membaca mesej lucu daripada Lisa. Laju jarinya menaip semula membalas mesej yang diterimanya.

Lama dia meletakkan jari di atas kekunci laptopnya, sebelum dia mengibas ngibas tudungnya laju. Tiba tiba rasa hangat pula.

"Sayang.. duduklah diam diam.", Huzair mengeluarkan arahan sekali gus mengantoikan diri.

Dia sebenarnya sedang melukis wajah isterinya itu. Senyap senyap dia melukis tanpa disedari Hanis.

"Kenapa?", tanya Hanis.

"Pandang laptop tu. Buat buat tengah taip. Tangan jangan gerak.", Huzair khusyuk meneruskan lakaran.

"Awak buat apa tu?", Hanis memanjangkan kepalanya untuk mengintai buku lakaran Huzair. Tapi pantas lelaki itu menutupnya.

"Awak lukis gambar saya ke?"

Huzair tersengih. Dia terus melukis tanpa menghiraukan soalan Hanis tadi. Sungguh sungguh dia lukis, bahagian matanya ditambahkan bulu matanya. Bahagian bibirnya pula digelapkan sikit supaya nampak macam ada bayang.

Tiba tiba dia merasakan deruan nafas dari arah depannya. Terjengul muka Hanis di atas buku lakarannya itu. Terkedu Huzair sebelum dia bertindak memeluk bukunya itu di dada.

"Hisy bagilah saya tengok!", Mukanya sudah cemberut. Dia menadahkan tangan kanannya ke arah Huzair sambil menggerakkan semua jarinya sebagai tanda meminta.

"Tak boleh! Wekk", Huzair menjelirkan lidahnya.

"Awak dah lukis gambar saya tanpa izin saya. Jadi awak kena bagi jugak saya tengok.", Hanis tidak mahu mengalah.

"Kalau abang taknak kasi?", Soal Huzair.

Hanis sudah mengecilkan matanya memandang Huzair. Terus tangannya cuba merampas buku Huzair itu tapi tidak berjaya.

Huzair tergelak. Bukunya itu disembunyikan ke belakang badan. Tak disangka sangka Hanis menjangkaukan tangannya untuk merampas lagi bukunya. Malah, jarak mereka waktu itu sangat dekat sekali.

"Wekk!", Huzair menjelir lidah sebelum dia bangun lalu melarikan diri. Terus Hanis menyarungkan seliparnya lalu berlari mengejar lelaki itu.

Jauh mereka lari sampai ke halaman belakang, lepastu patah semula ke halaman depan. Hanis sudah termengah mengah. Kudrat dia taklah sekuat Huzair, mampu berlari laju.

Hanis sudah mencekak pinggang memandang Huzair yang menunduk memegang lututnya. Dia pun dah penat dah berlari.

Melihat Huzair yang menunduk itu terus kakinya dipecut ke arahnya. Belum sempat Huzair ingin melarikan diri, Hanis telah mencapai bajunya lalu ditarik. Akhirnya dapat jugak!

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now