Bab 11

27.5K 925 17
                                    


T

empoh 2 minggu selepas bergelar isteri Huzair cukup menderita bagi Hanis. Hari hari dia didera oleh Datin Yasmin dan Rasya apabila Huzair dan Dato Jalal tiada di rumah. Sungguh dia terseksa tinggal di rumah itu.

Hanis sedari tadi duduk terperuk di dalam bilik sejak pagi tadi selepas suaminya bertolak pergi kerja. Dia hanya merenung betisnya yang terdapat kesan merah. Minyak gamat diambil disapu ke arah kesan tersebut sebelum ianya menjadi teruk.

Sambil lincah jarinya menyapu, dia teringat kejadian pagi tadi dimana dia dipukul oleh Rasya hanya kerana baju yang dibasuhnya turun warna sehingga baju Rasya yang asal warnanya baby blue bertukar kepada warna kelabu pudar.

Flashback

Di pagi hari yang cerah itu, Hanis menyidai kain kain yang dibasuhnya semalam sambil bernyanyi kecil.

Rasya mengatur langkah sambil membawa sebakul kain di tangannya. Dia mencampak bakul tersebut ke arah Hanis. Hanis mengaduh sakit apabila bakul tersebut terhentak di pinggangnya.

"Aku nak kau basuh baju baju lama aku ni. Dah mulai sekarang aku tak nak kau basuh guna mesin basuh. Guna tangan kau. Faham?",Rasya mengarah Hanis sesuka hati.

"Baik Cik Rasya. Lepas saya sidai kain basah ni,saya basuh ya?"

Rasya menjeling dan dia mula mengatur langkah masuk ke dalam. Tapi langkahnya terbantut apabila dia tersedar sesuatu. Matanya laju menangkap blouse kesayangannya yang tersidai di ampaian.

"Eh ni bukan baju aku ke!? Kenapa warna dia berubah ni? Kau basuh apa je semalam ha?", kasar Rasya bertanya Hanis.

Hanis terkebil kebil memandang blouse yang dimaksudkan Rasya tadi.

"Sa--saya basuh kain macam b--biasa je. Cuma saya ada ma--masukkan sekali tuala mandi y--yang saya baru beli hari tu", terang Hanis sambil menggentel hujung bajunya.

Naik turun nafas Rasya menahan geram. Dia rasa mahu pitam melihat blouse kesayangannya bertukar warna.

" yang kau pandai pandai nak masukkan tuala murah kau sekali tu dah kenapa!? Kau tahu tak baju aku tu harga dia berapa!? Kau pun takkan mampu tahu tak?", tengking Rasya sambil menunjal kuat kepala Hanis menyebabkan Hanis terundur sedikit.

"Saya minta maaf cik Rasya. Saya tak tahu pun boleh turun warna.", Hanis berasa kesal kerana memasukkan tuala kelabunya ke dalam mesin basuh bersama kain kain yang lain.

Rasya merengus kuat sebelum bergegas mengambil hanger yang terletak di atas ampaian.

"Kau ni kan memang setiap hari buat aku naik darah kan!?", Rasya menjerit memarahi Hanis sambil mengacu hanger itu ke arahnya.

Hanis mengangkat kedua belah tangan ke arah Rasya untuk menenangkannya. Hanis berkali kali menggeleng, dia tak mahu merasa penangan hanger itu.

Rasya mengangkat tinggi hanger itu lalu..

Piap!   End flashback

Air mata jatuh ke pipi. Dia terasa amat terseksa seperti dalam neraka dunia. Dia amat berharap dia akan keluar dari rumah neraka ini.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now