"kau ni Hanis! Bukan nak bagitahu aku kau dah pindah. Merata aku cari kau tahu tak?" Marah Lisa. Hanis pula sudah menepuk dahinya sendiri. Lupa pula mahu beritahu rakannya itu."Ala sorry Lisa. Aku betul betul lupa, dalam kepala otak aku ni tahu nak pindah je dari KL tu.", Ujar Hanis.
Lisa sudah mengeluh di sebelah sana. Dia tahu Hanis pindah pun daripada abang Luqman, call Hanis tak dapat, WhatsApp pun tak reply jugak, last last aku kena lah tanya abang dia dan dapat tahu Hanis sudah meninggalkan Kuala Lumpur.
"Tulah kau ni. Selalu lupakan aku, aku ni kawan kau, kau boleh tak bagitahu aku. Apa punya kawanlah!", Hanis tersengih mendengarnya. Merajuk la tu.
"Janganlah merajuk merajuk wahai sayangku. Kan aku kata aku lupa, kalau aku ingat memang dah lama aku bagitahu kau.", Balas Hanis.
"Lupa kawanlah namanya tu. Aku WhatsApp pun tak ada kau nak reply.", Hanis tergelak.
"Mana aku ada masa nak tengok telefon cik kak oi. Sepanjang seminggu ni, aku dengan umi abah sibuk sangat kemas, bersihkan rumah ni. Kau ingat berhabuk dia celah pintu je ke? Banyak kerja we aku nak buat dekat sini.", Jelas Hanis.
Lisa tergelak perlahan. Dia saja je tadi buat buat merajuk, mahu menguji Hanis.
"Yelah Hanis. Aku faham. Ni dah habis kemas ke?", Soal Lisa.
"Belum lagi. Tinggal sikit je lagi ni. Tapi nanti nantilah aku buat, tak larat dah ni.", Hanis duduk di kerusi makan sambil menyisip sedikit gelas yang berisi air kosong di tangannya.
"Rindulah aku nanti dengan kau.", Hanis sekadar tersenyum.
"Ada masa nanti kau datanglah sini tengok aku.", Ujar Hanis.
"Insha Allah. Aku pun dah lama tak ke rumah lama kau tu. Dulu selalu jugak kan aku ulang alik jumpa kau.", Lisa ingat lagi waktu sebelum Hanis pindah ke KL, dia kerap betul datang ke Batu Pahat berjumpa dengan rakannya itu. Best friendlah katakan.
Kemudian, masing masing mendiamkan diri, tak tahu nak cakap apa.
"Kau macam mana sekarang? Dah okay ke?", Soal Lisa, perlahan.
Hanis yang mendengar menarik nafasnya dengan panjang.
"Alhamdulilah, ada la kurang sikit sedih aku ni. Seminggu dah aku duduk sini, aku rasa nyaman sikit. Tambah pulak, dengan umi abah aku ada sekali sokong aku.", Balas Hanis.
"Baguslah kalau macam tu. Aku yakin, kau kuat hadapi semua ni. Aku kenal kau, Hanis.", Hanis tersenyum hambar mendengar.
"Insha Allah, Allah akan bagi kau kelebihan yang lebih besar satu hari nanti. Jaga umi dengan abah kau pun dikira besar pahalanya tau. Beruntung kau.", Kata Lisa perlahan. Hanis harus bersyukur, dia masih lagi boleh berbakti dengan orang tuanya. Tapi dia telah kehilangan kedua orang tuanya sejak dulu.
"Amin. Terima kasih Lisa. Kau memang sahabat aku dunia akhirat. Kau selalu sokong aku daripada belakang. Aku sayang kau tau Lisa.", Ucap Hanis.
Kedengaran Lisa tergelak kecil di sebelah sana.
"Aku pun sayang kau, makcik!", Tergelak mereka berdua.
***
Dari jauh Huzair nampak Amar melambai ke arahnya, dia terus melangkah ke arah sepupunya itu. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan.
"Kau dah order ke?", Soal Huzair. Amar menggeleng, dia pun baru saja sampai tadi.
Lantas Amar menyiul perlahan memanggil pekerja yang kebetulan lalu di tepi mereka.
YOU ARE READING
Rahsia Takdir Antara Kita
RomanceCOMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan bersama Huzair Adha merangkap abang kepada teman lelakinya. Atau lebih tepat lagi,bakal abang ipar Nu...