Bab 23

19.5K 628 82
                                    

Firdaus tersenyum melihat hadiah yang dibeli. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan kekasih hatinya,Zara.

Sudah 3 hari dia tidak berjumpa Zara atas urusan lain. Hari ini barulah dia berkesempatan berjumpa dengan gadis itu.

Sengaja dia tak beritahu Zara yang dia pulang hari ni, mahu beri kejutan.

Dia memecut laju keretanya menuju ke destinasinya. Sambil itu, dia menguatkan suara di radionya, kepalanya mengangguk angguk mengikut rentak lagu yang dimainkan itu.

Dia membelokkan kereta ke kiri dan memasuki kawasan perumahan yang berada di belakang kedai kedai dikerumuni ramai pengunjung.

Kereta diparkir dan Firdaus keluar membawa hadiahnya bersama. Dia mengunci kereta sebelum mengatur langkah ke lif yang tidak jauh daripadanya.

Setibanya dia ke tingkat rumahnya, dia melangkah perlahan lahan sambil membelek hadiahnya yang ingin diberikan kepada Zara.

Dia memetik loceng rumahnya, sengaja dia tidak mahu membuka sendiri pintu dengan kuncinya kerana ingin memberikan kejutan.

Kelihatan Zara terjengul di pintu dengan rambut serabainya. Dia nampak terkejut.

"Surprise sayang!", Kata Firdaus sambil tangannya menayangkan hadiah.

Zara tidak nampak seperti diberi kejutan, tetapi lebih kepada dia seperti cuak melihat Firdaus di depan rumah.

"Y..you? You buat apa dekat sini? I mean, bukan you kata balik esok ke?", Soal Zara takut takut.

"I saja nak surprisekan you. Tapi I tengok you macam tak happy je tengok I balik?", Firdaus pelik melihat wajah gadis itu. Seperti ketakutan.

"Eh, of course I happy sayang. Dah 3 hari kita tak jumpa kan?", Ujar Zara sambil tangannya perlahan lahan menutup pintu.

"Eh kenapa you tutup pintu? I nak masuk la. I nak you tengok hadiah yang I beli untuk you ni.", Ujar Firdaus dengan teruja.

Firdaus menolak pintu dan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia menangkap satu bau yang amat busuk.

"Bau apa ni? You tak buang sampah ke?", Soal Firdaus. Matanya melilau melihat sekeliling. Dia terkejut melihat botol botol arak di atas meja makan.

"You minum?", Soal Firdaus. Dia bungkam melihat Zara. Zara sudah menggaru kepalanya.

Baru sahaja Firdaus ingin melangkah ke meja tersebut, seorang lelaki yang tidak dikenali keluar daripada bilik Firdaus dan Zara.

Firdaus tergamam. Hadiah di tangannya terlepas ke lantai. Nafasnya sudah naik turun.

"Sayang, sayang I boleh explain.", Ujar Zara sambil mencapai tangan Firdaus. Dia sungguh menyesal kerana membawa lelaki itu masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan Firdaus.

Firdaus hanya mendiamkan diri. Fikirannya kosong. Dia tidak tahu bagaimana nak menunjukkan reaksi dengan apa yang telah berlaku.

Zara mengisyaratkan lelaki itu untuk keluar. Lelaki itu menurut dan melangkah keluar daripada rumah itu.

"Apa yang you buat ni?" Firdaus memandang Zara dengan pandangan marah bercampur sedih.

Zara menggigit bibirnya, dia tidak tahu mahu memberi alasan apa.

"You curang belakang I ke Zara!?", Tengking Firdaus menyebabkan bahu Zara terangkat sedikit.

"Mana ada I curang. Dia tu kawan I la, I saja ajak dia datang sini lepak dengan I. You tahu kan I bosan kalau duduk sorang plus you pulak outstation.", Jelas Zara.

Firdaus ketawa. "Kau ingat aku bodoh ke perempuan? Nak buat taik jangan bocorkan bukti! Tu benda apa dekat bawah meja tu!?", Jerit Firdaus sambil jari telunjuknya menghala ke meja itu.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now