Bab 4

28.1K 1K 70
                                    

Lisa berkira kira untuk masuk ke bilik Nur Hanis. Dia takut Nur Hanis masih marahkannya.

Tapi jika difikirkan balik,dia harus bagitahu Nur Hanis perkara yang sebenar. Ya!

Pintu bilik Nur Hanis diketuk tiga kali.

"Masuklah. Pintu tak kunci pun" kata Nur Hanis dari dalam.

Pintu langsung dibuka. Lisa melihat Nur Hanis yang seperti orang sihat sedang memilih baju sambil menyanyi kecil.

Aik?

"Hanis.."

Nur Hanis menoleh. "Lisa,nak apa ni hurm?" Kata Nur Hanis sambil tersenyum.

Lisa terus duduk di birai katil. Dia kelihatan sugul sekali.

Orang lain yang kena,orang lain pulak yang rasa tempiasnya.

"Hanis,aku nak minta maaf pasal petang tadi. Aku tak de niat pun nak sakitkan hati kau. Aku kesiankan kau. Kau seolah olah bini si Firdaus tu sampai kena tunggu hari hari" kata Lisa sambil dia menggentel hujung bucu bantal.

Nur Hanis hanya menoleh sekilas sebelum mengeluh. Baju diletakkan di tepi lalu terus berjalan ke arah temannya.

"Tak de apelah. Aku tak ambik hati sangat pun. Cuma waktu tu aku tengah marah sebab Firdaus buat perangai" balas Nur Hanis sambil memegang tangan Lisa.

Dia tahu Lisa risaukannya jadi dia tak ambil hati pun. Sebaliknya dia rasa bangga kerana mempunyai teman yang sentiasa ada bila dia senang atau susah.

"Err..betul ni kau tak marah?"

"Betul lah" kata Nur hanis sambil mengetuk dahi Lisa sebelum dia dan Lisa mengekek ketawa.

Lisa terdiam sebentar. "Hanis,kau dah sihat ke?"

"Entahlah. Aku dah tak rasa apa apa dah"

Lisa mengangguk."Alhamdulilah."

"Hurm. Hanis,aku ada something nak bagitahu kau ni" Lisa nekad,dia ingin bagitahu hal yang sebenar benarnya supaya Nur Hanis tinggalkan Firdaus.

"Ha chop chop. Sebelum kau bagitahu something kau tu. Aku pun ada nak share something dengan kau ni" Nur Hanis daripada duduk berjuntai kaki di katil bertukar kepada bersila.

"Firdaus call aku"

"What? Fi- Firdaus call kau?" Lisa hairan,kenapa Firdaus call Nur Hanis.

"Yup. Dia nak jumpa aku" gembira sekali suara Nur Hanis.

Lisa sudah lama tidak melihat Nur Hanis gembira macam ni. Kini,Nur Hanis yang dulu dah kembali.

"Ohh baguslah. Hurm. Aku ikut kau boleh?"

"Eh tak payahlah"

"Ala. Takpelah Hanis,aku nak teman kau. Aku nak tahu Firdaus tu betul betul ke sayang pada kau" beria ria Lisa memujuk temannya itu.

Tiba tiba dia berasa tidak sedap hati. Dia merasakan sesuatu bakal berlaku.

"Lisa,kau kenapa ni? Kau tak nampak ke dulu,bukan main Daus layan aku. Dia layan aku penuh rasa cinta. Hari hari dia call aku. So,aku yakin dia mencintai aku sampai bila bila" yakin sekali jawapan Nur Hanis.

Perempuan bila jatuh cinta kali pertama,dia akan sayang sampai bila bila.

Siapa tak percaya sudah.

"O- okay. Tapi kalau dia buat kau marah ke atau whatever,kau cepat cepat call aku eh?"

Dia tak nak apa apa jadi kat sahabatnya yang seorang ini.

"Iyelah Lisa. Janganlah risau sangat"

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now