Bab 47

25.9K 646 27
                                    

Hanis hanya merenung wajah Syira yang menahan marah itu, dia terasa mahu gelak tapi disimpannya di dalam hati. Seram pulak tengok wajah cemberutnya itu.

Syira memandang tajam ke arah Firdaus bersama seorang pelanggan perempuan di tempat letak Komputer itu. Menyampah dia tengok minah tu tergedik gedik dengan crushnya. Merengus dia perlahan.

Kelihatan pelanggan itu memintal rambutnya sambil memandang gatal ke arah Firdaus. Menjengkelkan betul!

Berkerut dahinya sambil berpeluk tubuh.

"Akak.. tengoklah perempuan tu tergedik gedik, menyampahlah Syira!", Hanis hanya mendiamkan diri. Dia turut melihat ke arah mereka berdua. Wah bukan main lagi cara layanan dan lenggok badan pelanggan itu.

"Dia bukannya nak beli pun Komputer dekat sini, dia saja je nak menggatal dengan abang Daus. Ingat Syira tak tahu ke?", Pernah dulu dia ternampak jugak perempuan tu datang ke kedainya. Bila Firdaus yang datang ke arahnya, terus dia tengok perempuan tu tergedik gedik manja. Sejak itulah, kalau perempuan tu datang ke sini, dia rasa jengkel!

Terbuntang biji matanya melihat tangan perempuan itu menyentuh perlahan hujung baju lengan Firdaus. Wah melampau ni!

Tangannya menggenggam kuat air kotak di tangannya. Mujur dah habis, kalau tak sia sia wajah Hanis basah dengan pancutan air kotak tersebut.

Hanis di sebelah hanya membelai lembut belakang badan Syira.

"Sabar Syira, sabar. Tarik nafas..hembus.", Syira cuba menarik nafas seperti disuruh Hanis tapi tak berhasil.

"Hisy tak boleh, Syira marah sangat ni.", Ujar Syira.

Kemudian, dia melihat Firdaus yang sudah bergerak menuju ke belakang, entah apalah yang lelaki itu mahu lakukan. Kesempatan yang ada digunakan Syira sebaiknya, dia terus menonong ke depan.

Hanis yang tidak sempat menahannya hanya mampu menjeling sedikit melalui ekor matanya. Aduh Syira nak buat hal ke tu?

Pelanggan perempuan itu terkejut melihat kehadiran Syira di depan matanya, dengan muka bengis pula tu.

"Apahal kau ni?", Kasar perkembangan itu bertanya.

"Kau tu yang dah kenapa? Kenapa menggatal dengan tunang aku?", Syira mereka ceritanya sendiri. Jelas riak wajah terkejut perempuan itu.

"Tunang? Oh tak tahu pulak aku. Sorry..", selamba dia membalas.

"Aku dah taknak kau datang sini menggedik dengan tunang aku lagi. Faham?", Syira memberi amaran pada perempuan itu.

"Cik, inilah design baru yang saya nak tunjukkan tadi tu.", Firdaus muncul dengan speaker di tangan.

"Takpelah awak. Lain kali jelah, bye..", dia terus berlalu pergi. Firdaus sudah terpinga pinga melihat pelanggannya sudah beredar, tadi dia yang nak tengok sangat.

Firdaus memandang Syira di sebelahnya dengan perasaan hairan.

"Syira ada cakap apa apa ke dekat dia?", Soal Firdaus. Syira hanya membuat muka selamba. Dia lantas menggeleng dan memusingkan badannya kembali ke Hanis. Sempat dia menghadiahkan senyuman kepada Firdaus.

Dari jauh dia sudah nampak Hanis yang mengekek ketawa, tersengih Syira melihatnya. Akhirnya, puas juga hati dia.

***
Malam itu, Dato Jalal melihat anak gadisnya bersiap siap hendak keluar. Dia yang baru pulang semalam, hanya merehatkan diri di depan tv.

"Nak pergi mana tu Sya? Dah malam ni.", Soal Dato Jalal membuat langkah Rasya terhenti.

Tak tahu pula papanya ada di ruang tamu, ingatkan dah masuk tidur.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now