Bab 22

21K 639 45
                                    

Tiara memerhati rumah banglo besar di hadapannya itu. Dia berdiri sahaja di depan pagar utama. Tiada niat mahu masuk.

"Tak akan la Huzair masih tinggal dengan keluarganya walaupun dah kahwin?", Ujar Tiara, perlahan.

Sesekali dia mengeluh. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, kelihatan pagar itu bergerak terbuka. Tiara sudah cuak, tapi dia masih berdiri di situ.

Dato Jalal yang sedang menuju ke keretanya terkejut melihat Tiara di depan rumahnya.

Tiara menghadiahkan senyumannya.

"Assalamualaikum Uncle.", Sapa Tiara. Dia buntu tadi mahu pergi ataupun tinggal di situ.

"Waalaikumusalam. Tiara ke tu? Laa, lama tak jumpa kamu.", Ujar Dato Jalal.

"Masuklah sini. Panas duduk luar tu.", Ajak Dato Jalal.

Tiara mula melangkah menghampiri lelaki tua itu. Dia menyalami Dato Jalal sebagai tanda hormat.

"Uncle sihat? Lama saya tak jumpa uncle.", Kata Tiara. Kali terakhir dia berjumpa dengan Dato Jalal, sewaktu dia menghadiri kenduri doa selamat tahun lepas, 2 bulan sebelum putus dengan Huzair.

"Alhamdulilah sihat. Kamu macam mana? Masih jadi model ke?", Soal Dato Jalal. Dia mengenali sangat gadis di depannya ini. Gadis yang pernah bertakhta di hati anak sulungnya.

Tiara mengangguk sambil tersengih. "Kerja model je la yang saya boleh buat, uncle. Kerjaya lain saya tak minat. Tapi saya ada tengok perkembangan syarikat uncle sebelum ni, makin maju ya uncle. Kagum saya tengok.", Puji Tiara, saja mahu mengambil hati lelaki tua itu.

"Eh biasa biasa jelah. Huzair yang banyak uruskan hal kerja semua. Ni kamu dah jumpa dengan Huzair ke?", Soal Dato Jalal.

"Dah hari tu. Tapi saya tak puas lagi la berborak dengan Huzair. Err, uncle tahu tak dia duduk kat mana? Senanglah kalau saya nak jumpa dia.", Tanya Tiara.

"Awak! Awak borak dengan siapa tu?", Kedengaran suara Datin Yasmin dari dalam rumah.

Tiara melihat Datin Yasmin menyarungkan kasutnya ke kaki. Datin Yasmin yang melihat kewujudan Tiara di situ terus mematikan senyuman.

Dia menjeling tajam gadis itu. Kemudian dia menghampiri Tiara sambil berpeluk tubuh.

"Kau nak apa datang sini? Kalau cari Huzair, dia tak ada. Dia dah tak duduk sini.", Kata Datin Yasmin, sombong. Matanya dialihkan ke tempat lain.

Tiara menyimpan rasa menyampah di dalam hati. Tapi bibirnya masih menguntumkan senyuman.

"Aunty sihat? Dah lama saya tak jumpa aunty. Tengok aunty makin cantik sekarang ni.", Puji Tiara. Kalau Dato Jalal tidak berada di depannya sekarang, tak adanya dia hendak bermanis mulut dengan wanita tua itu.

Dia sejak dulu memang tak suka dengan Datin Yasmin ini. Terkenal dengan sifat kurang ajarnya, dia sering melawan kata wanita tu itu. Kalau wanita tua itu tidak mencari pasal dengannya, dia mungkin akan melayannya baik.

"Aku memang daripada dulu cantik, kau je yang tak nampak. Kenapa kau balik Malaysia? Kau nak ambil balik anak aku daripada Aku?", Soal Datin Yasmin sambil memandang Tiara atas bawah.

Tiara hanya tersenyum. Dato Jalal sudah menggeleng memandang isterinya.

"Cuba awak jangan kasar sangat dengan dia. Ubah sikit perangai tak semenggah awak tu.", Datin Yasmin memandang geram Dato Jalal.

"Awak jangan nak mengajar saya ya. Awak lupa ke apa yang dia buat kat anak kita? Awak tak ingat Huzair tu sebulan berkurung dalam bilik dia sebab dia ni.", Datin Yasmin menghalakan jari telunjuknya ke arah Tiara.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now