Bab 48

24.6K 631 22
                                    

Laju langkahnya masuk ke dalam hospital, melilau dia matanya mencari wad yang menempatkan adiknya itu.

Dia kemudian pergi ke kaunter pertanyaan, menghampiri jururawat yang berada di situ.

"Cik, boleh saya tahu pesakit Rasya Imani ada di mana ya sekarang?", Soal Huzair.

"Sebentar ya..", baru sahaja jururawat itu mahu mencari nama Rasya, kedengaran suara Datin Yasmin memanggil Huzair.

Huzair menoleh memandang ke arah Datin Yasmin yang teresak esak, dia terus mendapatkan wanita itu. Seperti yang dijangka, Datin Yasmin terus memeluk erat anaknya itu.

Hatinya begitu risau, pukul 1 pagi tadi dia menerima panggilan daripada pihak hospital menyatakan anaknya kemalangan jalan raya berlanggar dengan sebuah lori. Hampir luruh jantungnya mendengar, dia pun terus bergegas ke hospital berkenaan.

"Macam mana boleh jadi macam ni?", Soal Huzair pada Dato Jalal sedang duduk di kerusi.

"Adik kamu mabuk, berlanggar dengan Lori.", Huzair menggeleng perlahan. Berat benar dugaan dirinya, sudahlah dia pun kemalangan hari tu, pulak tu dia menghidap kanser, Kali ni adiknya pula ditimpa malang.

Dia tertanya tanya di dalam hati, adakah ini ujian atau kifarah?

Dia memujuk Datin Yasmin yang berada di dalam pelukannya, teresak esak wanita itu menangis.

"Bawak bersabar ma. Insha Allah Sya tak apa apa tu.", Pujuk Huzair.

Dia membawa Datin Yasmin ke kerusi, wanita itu didudukkan di atas kerusi. Lemah benar rupanya.

Dato Jalal hanya mendiamkan diri, dia menyesal kerana tidak berkeras dengan anaknya. Patutnya dihalang betul betul Rasya daripada keluar. Hatinya berkecai mendengar anaknya itu sanggup meneguk air kencing syaitan!

Masing masing bisu, tidak bersuara. Hanya esakan Datin Yasmin yang kedengaran.

Tidak lama kemudian, Datin Yasmin menoleh ke arah suaminya. Dia mengelap hidungnya yang berair dengan belakang tangannya.

"Awak ada call angah?", Soal Datin Yasmin.

Dato Jalal sudah berdecit perlahan.

"Budak tu daripada dulu saya call tapi tak dapat, malas lah saya nak call dia lagi. Entah apa yang dibuatnya tah sampai lupa keluarga dia dekat sini!", Marah Dato Jalal. Sewaktu Huzair kemalangan pun, dia juga berkali kali call Firdaus tapi panggilannya tak berjawab. Runsing kepalanya memikirkan anaknya itu yang tidak habis habis dengan merajuk.

"Awak cubalah call lagi, adik dia kemalangan ni. Suruh dia balik..", gesa Datin Yasmin.

"Tadi saya dah call dah, memang dia tak dapat! Cubalah faham bahasa sikit..", Huzair hanya mengeluh perlahan. Tak guna betul lah budak Daus ni.

Sampai bila dia mahu merajuk sampai tak balik balik jenguk keluarga dia? Sampai mereka semua mati ke baru dia nak balik?

Geleng dia perlahan mengenangkan sikap adik lelakinya itu.

***
Hanis sudah nekad, dia tidak mahu lagi ada kaitan dengan keluarga Huzair. Cukuplah dengan apa yang mereka buat padanya, takkan dia tunduk lagi dengan mereka.

Selepas dia membuat panggilan dengan Hakimi, bosnya itu. Dia terus menyelubungi diri dengan selimut. Hakimi agak terkejut tadi, Hanis tiba tiba minta berhenti kerja. Padahal baru sebulan dia bekerja di situ.

Hanis pula cuma beritahu ada urusan peribadi, jadi dia tak boleh teruskan kerjanya itu.

"Pandai pandailah aku cari kerja lain. Malas aku kerja setempat dengan pengkhianat. Dasar penipu!", Ujar Hanis, perlahan.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now