Bab 42

25K 666 15
                                    

Setelah 2 minggu selepas berpantang, Hanis mula jalani kehidupan hariannya seperti biasa. Uminya kata tak payah berpantang macam orang yang bersalin. 2 minggu pun dah cukup. Hanis hanya menurut.

Hanis yang baru lepas mandi keluar duduk di katil. Sejak kejadian hari tu, dia sudah nekad, nama Huzair dan segala memori tentang dia akan dipadamkan daripada ingatannya. Tidak mahu lagi dia ingat lagi apa apa tentangnya.

Dia membuka telefonnya lalu memadam semua gambar gambarnya bersama Huzair. Nombor telefonnya juga dibuang. Boleh katakan semua tentang Huzair lah dia dah buang dari telefonnya.

Dia meletakkan telefonnya di tepinya, mata dikalihkan memandang ke cermin. Merenung wajah sendiri. Tangannya digerakkan menyentuh perutnya yang kempis.

Air matanya menitik ke pipi. Dia membelai perlahan perutnya.

"Anak ibu. Maafkan ibu sayang..jumpa ibu di syurga ya.", Sayu suaranya.

Dia tidak akan menangis lagi kalau hal itu ada berkaitan dengan Huzair. Tapi hatinya jadi lemah dan mudah menangis apabila hal itu berkaitan dengan anak yang pernah menghuni di dalam rahimnya.

Dia berhenti membelai perutnya, kepalanya memikirkan sesuatu. Dia tidak boleh berterusan tinggal di sini. Di Kuala Lumpur bukan tempat untuk dia, di sini hanya mengingatkan dia pada memori lama yang pahit, yang akan menjadikan dia lagi lemah.

Dia perlu kumpulkan kekuatannya, tapi bukan di sini.

Hanis bangun dari katil dan menapak keluar. Dia turun tangga mendapatkan keluarganya yang sedang santai di ruang tamu.

"Hanis ada satu permintaan.", Mereka berdua mengalihkan pandangan pada Hanis. Encik Samad mengerutkan dahinya.

"Permintaan apa?"

Hanis menunduk, dia resah. Takut keputusannya dibantah.

"Hanis nak kita pindah. Umi dan abah. Kita pindah ya?", Hanis sudah duduk mengadap mereka berdua.

Jelas riak wajah Puan Rozi yang terkejut, pindah rumah ke?

"Kenapa tiba tiba ni? Hanis nak pindah ke mana, nak?", Soal Puan Rozi. Dia mencapai remote tv lalu direndahkan suara tv itu.

"Hanis tak boleh duduk sini. Hanis nak pergi jauh dari sini, umi. Kat sini Hanis tak boleh lupakan semua yang berlaku kat Hanis. Sebab tu Hanis nak pindah. Hanis harap sangat abah dengan umi faham keadaan Hanis.", Ujar Hanis. Pandangannya penuh harapan.

Puan Rozi dan Encik Samad saling berbalas pandangan. Masing masing diam memikirkan apa yang dikatakan Hanis.

"Habistu barang barang dalam rumah ni? Takkan nak biar je?", Soal Encik Samad.

"Abah jangan risau, Hanis akan uruskan semuanya. Yang penting kita pindah dari KL ni. Jauh daripada orang ramai.", Ujar Hanis. Puan Rozi mengeluh perlahan.

Dia tidak kisah mahu pindah, untuk kepentingan anaknya juga. Tapi di mana?

"Tapi Hanis. Kita nak pindah ke mana? Ada ke rumah kosong kat situ?" Soal Encik Samad. Dia menggaru kepalanya, pening dengan permintaan anak bongsunya ini.

"Batu Pahat. Rumah lama Kita.."

***

Hari ini hari sabtu. Hari yang boleh dikatakan hari yang disukai ramai. Termasuklah Huzair.

Dia bangun dan berjalan malas ke dapur, perutnya berbunyi teruk. Lapar.

Dah lama dah dia tak rasa lapar macam ni, sejak kebelakangan ni rasa lapar yang agak menjengkelkan dia itu kembali. Dia memang tak suka dengan rasa tu.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now