Bab 50

32.3K 710 4
                                    

Hanis membantu Puan Rozi menyiram pokok di halaman belakang rumah mereka, nampak cantik tanaman yang mereka tanam itu. Puan Rozi la punya idea, katanya bosan duduk rumah.

Uminya pernah memberitahu dia tentang hasratnya untuk mengambil tempahan kuih, dia mahu membuat bisnes kecil menjual kuih. Hanis yang kebetulan tahu tentang selok belok perniagaan, bolehlah dia membantu Puan Rozi apa yang patut.

Puan Rozi yang baru lepas meletakkan baja ke dalam pasu bunga itu mengeluh keletihan, dia bangun dan mengatur langkah ke pondok belakang rumah. Nampak bersih saja pondok itu, Hanis baru lepas cuci bersama dengan Encik Samad semalam.

"Panas betul cuaca hari ni, berpeluh umi.", Puan Rozi mengibas ngibaskan tudungnya laju. Memang terik pun cuaca di kampung itu, hujan pun dah lama dah rasanya tak turun. Musim panas kot.

Hanis yang baru selesai menyiram itu menutup pili air lalu melangkah ke arah pondok, sempat dia mengelap tangannya yang basah di baju t-shirt nya.

Mengeluh dia ketika mengambil tempat di sebelah Puan Rozi. Dia merenung ke arah kebun kecil mereka, seronok betul dia melihat keindahan tanaman hijau itu.

Puan Rozi ligat merenung anaknya di sebelah, dia memikirkan tentang Firdaus dalam kepalanya.

"Hanis..", Hanis menoleh ke arah Puan Rozi yang memanggilnya.

"Kalau umi ajak Daus makan tengah hari dekat sini esok, Hanis setuju tak?", Air muka Hanis berubah, merepek apa uminya ini pagi pagi macam ni?

"Buat apa? Tak payahlah umi.", Balas Hanis. Pandangannya telah dialihkan ke tempat lain.

"Hanis masih marahkan dia lagi ke? Tak baik marah lama lama.", Hanis mengeluh perlahan. Sebenarnya, dia tidaklah terasa sangat. Tapi entahlah hatinya panas apabila Firdaus menipunya.

"Perkara dah lepas biarlah lepas, dia pun manusia biasa jugak. Manusia mana yang tak lepas buat silap?", Soal Puan Rozi.

Hanis berdecit perlahan, susahlah nak cakap dengan umi ni.

"Umi bolehlah cakap macam tu, bukan umi yang rasa. Hanis yang lalui semua tu. Sakit hati Hanis tahu tak?", Dia menyentuh dadanya.

"Umi bukan apa, dia tu betul betul ikhlas nak minta maaf. Itu kira baiklah dia mengaku salah dia, cuba kalau dia tak mengaku lepastu Hanis dapat tahu daripada orang lain?", Ujar Puan Rozi. Haritu kesian dia lihat Firdaus yang merayu minta maaf.

"Lagipun perkara tu dah lama sangat berlaku, Hanis patutnya dah tak boleh ingat dah tentang perkara yang dah lepas.", Sambungnya lagi.

"Tapi umi.. perlu ke sampai nak aniaya Hanis sampai macam tu sekali? Salah apa Hanis pada dia sampai dia sanggup buat macam tu?", Wajah Puan Rozi dipandang. Tak tahulah dia apa yang membuatkan wanita itu lembut hati memaafkan orang yang pernah aniaya anaknya sendiri.

"Itu sebab umi kata, takde manusia yang tak pernah buat silap. Itu antara dia dengan Allah, yang penting dalam hati Hanis ni, kena redha dengan apa yang terjadi. Kena selalu maafkan orang lain, umi kan selalu pesan.. jangan sesekali biarkan syaitan berjaya perdaya kita.", Kata Puan Rozi. Dia pun bercakap berdasarkan pengalaman, sejujurnya dia betul betul menyesal sewaktu dia menghalau Hanis dari rumahnya. Padahal, dia tak tahu cerita yang sebenar.

Hanis menunduk memandang tanah, kakinya dimainkan sesama sendiri.

"Jangan marah lama lama ye, nak. Tak baik untuk jiwa kita.. tak tenang nanti. Cuba Hanis cuba maafkan dia, Insha Allah Hanis akan rasa tenang dalam hati.", Nasihat Puan Rozi diterima Hanis tanpa bantahan lagi.

"Tengoklah..", balas Hanis.

***

Firdaus teragak agak untuk masuk ke dalam, Encik Samad tadi sudah mempelawanya masuk tapi hatinya takut. Dia melihat sekeliling mencari Hanis, tapi tidak kelihatan.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now