Bab 2

30.9K 992 53
                                    


  Masuk kali ni dah 3 kali Nur Hanis muntah. Dia dapat rasakan perutnya sakit sampaikan tak boleh nak berdiri. Sudahnya dia hanya terlantar di atas katil.

Lisa masuk bilik Nur Hanis sambil membawa bubur nasi dan air kosong. Dia berasa sedih melihat kondisi Nur Hanis sekarang.

"Nis,sini makan sikit. Lepastu boleh makan ubat" kata Lisa dengan penuh lembut.

Nur Hanis menggeleng. Dia tersangatlah tidak berselera untuk menjamah apa apa makanan. Saat ini,perutnya tidak mahu menerima tetamu.

Lisa berdecit. Dia tak tahu bagaimana lagi mahu memujuk temannya itu. Pagi tadi Lisa melihat Nur Hanis termuntah muntah sehingga badannya tidak bermaya. Terus sahaja Lisa membawa Nur Hanis ke klinik.

Doktor kata Nur Hanis kena gastrik. Ini semua berpunca daripada Nur Hanis yang sudah 3 hari tak menjamah apa apa makanan.

"Macam mana kau nak sihat kalau kau tak nak makan ubat? Kalau tahu diri tu ada gastrik,jangan memandai tak nak makan. Tolonglah jaga kesihatan kau,Hanis" Lisa cuba menggunakan kaedah tegas.

"Aku tak larat la nak jamah apa apa. Aku nak jumpa Firdaus. Kenapa dia dah lama tak jenguk aku?" Sedih Nur Hanis mengadu pada Lisa.

Lisa menghempas mangkuk plastik berisi bubur itu ke atas meja. Nasib baik tak tumpah.

"Firdaus,Firdaus,Firdaus..tak habis habis lah. Kau sakit macam ni pun asyik fikirkan Firdaus tu. Sedangkan dia? Entah entah tengah sibuk enjoy" kata Lisa dengan nada marah.

Cukup sakit hati dia mengenangkan apa yang lelaki tak guna tu lakukan pada temannya. Kejam!

"Lisa..tolonglah. Call la Firdaus. Cakap kat dia yang aku tengah sakit. Aku rindu sangat kat dia" Nur Hanis sudah mengalirkan air mata. Dia sudah tak tahan menanggung rindu pada Firdaus.

Lisa mengeluh halus sambil mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Firdaus.

Seperti yang dijangka,Firdaus tak akan jawab panggilan dari orang yang ada kaitan dengan Nur Hanis.

"See? Dia tak nak pun ingatkan kau. Aku rasa dia dah pun lupakan kau. So,sekarang ni aku minta kau makan bubur ni and then makan ubat. Lepastu rehat" arah Lisa kepada Nur Hanis.

"Jangan fikirkan pasal Firdaus lagi.." sambung Lisa.

Nur Hanis terpaksa akur dengan arahan Lisa. Dia tahu Lisa sekarang sedang marahkan Firdaus.

Setelah licin mangkuk itu barulah Nur Hanis diberi makan ubat. Perlahan lahan dia cuba telan 2 biji pil itu.

Lisa membiarkan Nur Hanis berehat sehingga dia betul betul sihat.

Lisa kemudiannya membawa mangkuk dan cawan yang digunakan tadi ke sinki dapur. Dia membasuh mangkuk dan cawan dan membilasnya.

Usai membereskan semua itu. Dia mencapai tudung dan kunci kereta yang berada di atas meja kopi lalu keluar dari rumah.

Dia mahu berjumpa dengan lelaki itu.

Perlahan lahan Zara menapak kaki menuju ke tempat Firdaus duduk. Kelihatan Firdaus sedang termenung ke arah jendela.

"Sayang!" Jerit Zara ke arah Firdaus. Firdaus sudah terkejut berul dek jeritan Zara.

Firdaus melihat Zara sudah mengekek ketawa kerana berjaya mengenakan dia.

Dia membulatkan mata. "Kenapa naughty sangat ni ha.."

Zara yang masih dengan sisa ketawa menunjukkan gaya peace ke arah Firdaus.

Firdaus hanya menggeleng melihat telatah buah hatinya. Nakal sungguh!

"Nasib baik i tak kena serangan jantung. Kalau i mati macam mana?" Sengaja Firdaus kata begitu ingin melihat reaksi Zara.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now