Bab 44

25.2K 644 18
                                    

Seminggu berlalu, Hanis telah menyesuaikan diri apabila sudah menetap di tempat tinggal lamanya dulu. Dia mengerling jam di dinding, hampir menunjukkan pukul 11 pagi. Dia yang sedang bersantai di buaian rumah bangun untuk bergerak mendapatkan Puan Rozi di dapur.

Dia melihat Puan Rozi yang terbongkok bongkok di peti ais sambil mencari sesuatu.

"Cari apa tu umi?", Puan Rozi memandang Hanis yang baru masuk ke dapur.

"Ni ha, cili, bawang semua dah habis. Stok haritu sikit je kan kita bawa balik? Kita pulak sibuk dok kemas rumah, sampai terlupa nak beli barang dapur.", Puan Rozi menutup pintu peti sejuknya.

"Nak suruh abah kamu beli, tapi sampai sekarang tak balik balik lagi. Entah ke manalah dia pergi, umi pun tak tahu.", Bebel Puan Rozi.

Hanis berfikir sejenak.

"Takpelah umi. Biar Hanis pergi beli", Hanis mempelawa dirinya untuk ke pasar.

"Kamu tahu ke nak beli apa? Biasanya abah kamu je yang beli semua benda.", Hanis tergelak. Lawak betul umi ni.

"Setakat barang dapur, Hanis pun tahu. Umi duduk je rumah, biar Hanis pergi pasar. Lagipun dekat je kan pasarnya?", Puan Rozi mengangguk. Dia mengeluarkan beberapa not duit dari dalam bajunya. Hanis berkerut, kenapalah orang selalu simpan duit dalam baju?

"Nah ambil duit ni, beli apa yang patut. Sikit lagi umi nak masak tengah hari ni, nanti abah kamu balik bising pulak mulut dia tengok tak ada makanan lagi.", Hanis mengambil duit tersebut sebelum berlalu ke bilik untuk menyiapkan diri.

"Hati hati bawak kereta tu! Lepas beli, terus balik. Jangan melencong tempat lain pulak!", Jerit Puan Rozi daripada dapur. Harap haraplah anaknya itu dengar.

***

Enjin kereta dimatikan, dia melihat ke arah keadaan pasar tersebut yang agak ramai didatangi orang. Dia kemudian keluar dari kereta, sempat dia membelek wajahnya pada cermin kereta abahnya itu. Kunci pula disimpan di dalam bag tangan silangnya.

Dia mengatur langkah masuk ke dalam pintu utama pasar tersebut, itu dia.. penuh dengan manusia yang sakan membeli barang dapur.

Yelah, hari ni pun hari ahad, memang hari yang dijadikan orang ramai untuk membeli keperluan rumah.

Dia terus mencapai bakul kecil, lalu dibawa bersama ke tempat yang menempatkan bawang, cili dan lain lain.

Semasa dia sedang memilih bawang yang elok, telinganya menangkap bisikan kecil dari arah tepinya. Dia hanya memandang dari ekor mata.

"Eh kiah, aku macam pernah nampaklah muka budak perempuan sebelah ni."

Hanis hanya buat tidak endah, mungkin jiran jauh lama, mereka dah lama pun tak berjumpa dengan dia dan keluarga. Lupa barangkali.

"Yeke? Aku tak pernah nampak pun, mana kamu tengok?", Soal kawannya di sebelah.

"Kau bukannya main Facebook pun. Aku ni setiap hari belek, aku tahulah. Aku nampak gambar dia dengan laki dia tular dekat Facebook, Kiah.", Terhenti pergerakan Hanis. Tular? Facebook?

Dia bergerak mendekatkan diri lagi ke arah dua orang makcik bawang itu. Telinga dipasang untuk mendengar perbualan mereka.

"Gambar apa pulak?"

Wanita tua itu terus mengeluarkan telefon pintarnya, lama dia mencari apa yang hendak ditunjukkan padanya.

"Tajuk dia, menantu kepada pengusaha syarikat terbesar di KL kantoi main kayu tiga belakang suaminya."

Berderau darah Hanis mendengarnya, dadanya berasa sesak untuk bernafas. Siapa yang sanggup bukak aib aku ni?

Dia mempercepatkan pergerakannya memilih bawang tadi, dia main ambil je mana mana bawang yang dia nampak. Terus dia bergerak meninggalkan makcik makcik tadi.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now