Bab 46

25.6K 635 21
                                    

Sudah lama dia menyimpan rasa sakitnya itu, sampai sekarang tak pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Bukan apa, dia risau juga kalau dia ada sakit teruk, takut dia mahu ke klinik.

Tapi malam tadi, makin teruk. Dia selalu rasa mual dan muntah, dan makin lama makin menjadi jadi. Sampaikan satu tahap dia rasa tak berdaya dah.

Jadi dia membuat keputusan untuk ke klinik tengah hari nanti, tak larat dia hendak menanggung lagi.

***

Huzair memandu kereta dengan perasaan hairan, dadanya berdebar debar. Tadi dia sudah ke klinik, selepas memberi tahu tentang gejala yang dialaminya pada doktor tadi, dia disuruh untuk ke hospital terus. Bertemu pakar katanya.

Dalam hati dia sudah berdoa minta dijauhkan daripada penyakit penyakit yang berbahaya.

Kereta terus meluncur laju menuju ke hospital yang berdekatan.

Selang satu jam kamudian, tiba dia di hospital yang doktor di klinik tadi menyuruhnya pergi. Kereta diparkir di tempat yang disediakan, laju langkahnya masuk ke dalam.

Surat ditangannya dipegang, dibawa bersama. Tak tahulah dia apa yang tertulis dalam surat itu, dia hanya menurut saja kata kata Doktor tadi.

Selesai urusannya mendaftar nama dan alamat rumah, dia terus mengambil tempat di ruangan menunggu. Dadanya yang berdegup kencang dipegangnya, seram sejuk dia waktu itu.

Dia mula berfikir, bahayakah sakit kepalanya itu? Seumur hidupnya, tak pernah kepalanya sakit sebegitu teruk. Dia pun tak larat nak buat kerja banyak banyak, kadang kadang tu berjalan pun rasa payah, badannya lemah semacam.

Kedengaran namanya dipanggil oleh seorang wanita berkot putih, mungkin itu pakarnya. Dia terus bangun bersama surat di tangan masuk ke dalam bilik tersebut.

***

"Assalamualaikum.", Kedengaran suara memberi salam dari luar. Puan Rozi bergegas menyarung tudungnya lalu mengatur langkah ke pintu. Dia melihat Firdaus sedang berdiri di depan pintu rumahnya.

"Laa Firdaus rupanya. Jemput masuk, macam tak biasa pulak.", Masuk kali ni entah kali ke berapa Firdaus datang ke rumahnya.

Di tangan Firdaus terdapat plastik yang berisi kuih muih, dia kalau datang ke sini, tangannya tak pernah kosong. Mesti ada je buah tangan.

Firdaus membuka kasut lalu masuk ke dalam. Dia terus menghulurkan plastik kuih pada Puan Rozi.

"Haih Daus ni. Selalu je datang sini bagi makcik kuih kuih macam ni. Susah susah je.", Puan Rozi mencapai plastik tersebut lalu dibawa ke dapur.

Firdaus duduk di ruang tamu, matanya melihat ke arah tv yang terpasang itu. Matanya melilau mencari Hanis, dalam bilik ke?

Encik Samad yang kebetulan lalu di situ terkejut melihat kewujudan Firdaus.

"Ha, bila kamu sampai?", Soal Encik Samad.

"Baru je pakcik.", Dia menyalam tangan orang tua itu.

Encik Samad mengambil tempat di kerusi kayu berhadapan dengan Firdaus.

"Hanis tahu tak kamu datang sini?", Soal Encik Samad. Dia menoleh memandang ke arah Puan Rozi yang menghampiri sambil membawa dulang yang berisi dua cawan teh dan sepinggan kuih yang dibawa Firdaus tadi.

"Tak, Pakcik. Saya datang sini saja menziarah. Yelah pakcik kan Ayah mentua abang saya, apa salahnya saya selalu jenguk Pakcik. Dah alang alang duduk sekampung.", Ujar Firdaus.

Encik Samad mengangguk, suka dia Firdaus datang menjenguk. Bagus budaknya. Kalaulah dia yang jadi menantu aku, tentu seronok.

Angan angannya itu ditolak jauh, Hanis masih isteri Huzair. Tak baik dia berkata begitu.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now