Bab 16

26.3K 750 55
                                    

Derapan kaki kedengaran membuatkan Tiara menolehkan kepala ke arah individu tersebut. Dia langsung merengus.

" Kenapa Pak Hassan lambat sangat!? Pak Hassan tahu tak saya dah tunggu berapa lama?" Marah Tiara kerana kelewatan pemandunya itu. Dia baru sahaja tiba di Malaysia kira kira setengah jam yang lalu.

"Maaf cik Tiara. Pak Hassan sakit perut tadi. Tak tahan sangat dah. Tu yang lambat sampai nak ambik Tiara pasal Pak Hassan singgah tandas tadi." Sungguh sungguh Pak Hassan memberitahu gadis itu.

Tiara menjeling Pak Hassan. Dia mengibas rambut panjangnya sambil bangun dari duduknya.

" Menyusahkan la Pak Hassan ni. Malas saya nak layan. Ni tolong angkat semua barang barang saya sebagai denda sebab Pak Hassan lambat." Arah Tiara dengan angkuh. Laju dia melangkah keluar dari bangunan besar itu.

Dia membuka pintu penumpang belakang lalu memboloskan diri ke dalam. Pak Hassan yang baru sahaja menyimpan barang barang Tiara segera masuk ke tempat memandu lalu memulakan perjalanan.

Tiara bermain dengan telefonnya sewaktu perjalanan pulang. Dia tersenyum sahaja melihat gambar gambarnya bersama seseorang. Sudah lama dia tidak bertemu dengan bekas kekasihnya itu.

"Cik Tiara ada nak singgah mana mana tak? Atau terus balik ke rumah?" Soal Pak Hassan dengan sopan.

Tiara berfikir sejenak. " Saya nak balik terus la Pak Hassan. Lagipun ayah ada kan?"

"Err Tuan Marzuki takde cik Tiara. Puan Rina ada la."

"Ayah takde? Dia pergi mana?" Soal Tiara,kecewa. Dia sudahlah lama tak berjumpa dengan ayahnya itu.

"Tuan Marzuki outstation. 6 hari lagi baru dia balik." Jawab Pak Hassan. Dia bukannya tak tahu yang Tiara hanya rapat dengan ayahnya sahaja. Puan Rina? Tiara langsung tak suka dengan wanita itu.

Tiara merengus kasar. Dia langsung tak gemar bila pulang ke Malaysia. Beginilah jadinya. Ayahnya asyik tiada di rumah. Dan paling dia tak suka adalah apabila dia perlu berjumpa dengan wanita yang paling dia benci sekali. Huh!

***

Ligat tangan Huzair menyelak helaian kertas yang diberikan oleh pekerjanya. Dia mengangguk angguk tanda berpuas hati dengan kerja pekerjanya.

"Bagus. Sekarang saya nak awak print kertas tu lepastu bagi saya yang original and awak ambil yang print punya sebab saya nak hantar kepada pengurus atasan. Saya gerenti diaorang puas hati dengan kerja awak ni", ujar Huzair sambil tersenyum.

"Terima kasih Encik Huzair. Saya hanya buat yang termampu saje", Azilah menunduk hormat sambil tersenyum. Yes , bos puji aku!

"Okay, awak boleh pergi."

Azilah melangkah keluar dari pejabat Huzair dan ketika itu dia terserempak dengan Amy yang sedang membawa cawan.

Amy menarik kasar tangan Azilah.

"Apa ni Amy , sakitlah!" Marah Azilah. Bingung dia dengan sikap Amy yang terlampau agresif.

"Kau buat ha dalam bilik bos? Menggatal kan?" Amy menuduh Azilah tanpa soal selidik.

"Menggatal apa nya? Aku pergi hantar kerja aku la. Nampak fail ni?", Azilah menyua fail di tangannya ke muka Amy.

Amy menepis fail Azilah sambil merenung Azilah atas bawah. Dia mengibas rambutnya dan berlalu pergi.

Azilah merengus. "Gila punya perempuan"

Amy mengetuk 3 Kali pintu pejabat Huzair. Sambil itu dia membetulkan kemeja yang dipakainya.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now