Bab 67

30.8K 698 5
                                    

Wajah Huzair yang kelihatan tenang itu dipandang Hanis, sebentar sahaja lagi Huzair akan dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Tapi sebelum itu dia akan dibius.

Tangannya yang dari tadi menggenggam tangan Huzair dieratkan lagi. Walaupun Huzair kelihatan tenang, tapi Hanis dapat rasakan tangan Huzair yang sejuk.

Siapa je yang tak takut? Ini soal hidup dan mati.

Sesekali Hanis mengusap usap rambut suaminya itu. Hatinya berdebar debar. Dia takut untuk melepaskan Huzair pergi.

Semua ahli keluarga yang lain sudah ada di luar, masing masing duduk menunggu. Hanya seorang yang dibenarkan masuk ke dalam untuk menemani pesakit buat seketika.

Huzair banyak kali mencium tangan Hanis, kemudian menghadiahkan senyuman. Dia tahu pasti isterinya itu sangat bimbang ketika itu.

"Sayang okay?", Tanya Huzair.

"Okay..", tipu Hanis. Padahal dalam hatinya perasaan bimbangnya sudah berkocak habis.

"Sayang teman abang kat dalam nanti boleh?"

"Abang.. mana boleh Hanis masuk. Doktor tak kasi. Hanis tunggu kat luar je, okay?", Huzair mengangguk cuma. Hanya Allah je yang tahu betapa risaunya dia ketika itu. Hanya melihat wajah Hanis, dia akan mendapat sedikit ketenangan.

Tadi pun sewaktu mereka sekeluarga masuk ke dalam, Firdaus telah membuat pengakuan yang dia orang yang perangkap Hanis dan Huzair sampai kena tangkap khalwat. Tapi Huzair tenang, dia memang sudah dapat agak adiknya itulah punca segalanya.

Dato Jalal pula sudah memberikan sebuah penampar kepada Firdaus, tidak sangka perbuatannya itu telah memalukan dia sekeluarga. Tapi Firdaus tidak pula melawan, sebaliknya dia hanya diam. Itu saja yang dia mampu.

Datin Yasmin dan Rasya apa lagi, setelah mendengar pengakuan Firdaus lagi lah mereka diserang rasa serba salah. Datin Yasmin yang selalu membela anaknya daripada dikasari Dato Jalal kini tidak. Dia hanya membiarkan Firdaus dimarahi oleh bapanya itu.

"Sayang..", Hanis menoleh ke arah Huzair.

"Abang nak minta satu permintaan boleh?", Tanya Huzair. Dia kelihatan sangat lemah ketika itu.

"Untuk abang.. semuanya boleh. Cakaplah apa dia? Insha Allah Hanis boleh tunaikan.", Huzair tersenyum kecil mendengarnya. Rasa terharu apabila Hanis sudi buat apa sahaja untuk dia.

"Tolong bacakan apa apa surah yang dapat tenangkan hati abang.", Hanis terdiam seketika. Tahulah dia yang suaminya itu dilanda kegelisahan.

Dia membelai belai dahi Huzair dengan lembut. Lalu dibacakan surah seperti yang dipinta lelaki itu. Ketika mulutnya terkumat kamit mengalunkan ayat ayat suci itu, terlihat wajah Huzair yang tadi kelihatan gusar kembali tenang.

Hati Hanis serta merta sebak. Tak tahu dia nak menggambarkan perasaannya ketika itu.

"Terima kasih sayang.. alhamdulilah abang dah tenang sikit.", Ucap Huzair. Dia mencium lagi tangan Hanis yang digenggamnya itu.

"Abang banyakkan berselawat dalam hati, berzikir kepada Allah. Insha Allah urusan abang akan dipermudahkan. Abang jangan lemah, abang kena kuat. Lawan sakit abang tu, jangan biarkan sakit tu kuasai diri abang.", Ujar Hanis. Dia mahu menyuntik semangat dalam diri Huzair.

"Insha Allah abang.. abang boleh sembuh.", Huzair hanya memandang Hanis yang tidak putus putus menenangkan hatinya itu.

"Sayang doakan abang.."

"Abang sentiasa dalam doa Hanis.", Balas Hanis.

Kelihatan Doktor Ilya bersama beberapa jururawat masuk ke dalam wad untuk memberikan bius kepada Huzair sebelum menjalani pembedahan.

Rahsia Takdir Antara Kita Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt