Bab 34

17.6K 587 27
                                    

Memandangkan hari ni hari sabtu, Hanis bercadang mahu ke rumah Encik Samad. Rindunya pada mereka membuak buak walaupun baru hari tu berjumpa.

Dia sudah meminta izin pada Huzair untuk ke sana, nasib baik suaminya bagi.

Huzair pula tak dapat pergi sekali sebab katanya ada hal lain yang nak kena selesaikan.

Cuti cuti macam ni pun masih lagi ada kerja di luar ke? Haih, sibuk betul suami aku ni.

Terpaksa la dia pergi ke rumah keluarganya seorang diri.

Kunci kereta yang tergantung diambil lalu dia menunduk untuk menyarung kasutnya yang berada di rak kasut.

Tak perlu dia tergesa gesa kerana jarak rumahnya dengan rumah Encik Samad taklah jauh mana. Dalam setengah jam sampailah.

Pintu rumah ditutup dan ketika itu Huzair baru sahaja turun dari atas.

Kalau ikutkan, dia mahu mengikut isterinya namun rakannya menelefonnya untuk memberitahu pil yang Huzair minta untuk kenal pasti itu sudah mendapat jawapannya.

Dia mahu tahu Hanis sebenarnya sakit apa sampai makan pil macam tu. Risau jugak dia kalau dia terlepas pandang dengan kesihatan isterinya.

Hanis pula jenis pemendam rahsia, susahlah kalau dia mahu mengorek tentang pil tersebut.

Huzair berlalu ke atas untuk mandi dan menyiapkan diri.

***

Tiara berjalan ke hulu ke hilir sambil memikirkan sesuatu. Dia sesekali melihat pintu biliknya, takut jururawat masuk.

Dia kemudian duduk berteleku di atas katil. Dia buntu bagaimana mahu keluar daripada situ.

Kukunya digigit kasar sambil memerhatikan sekeliling. Dia berusaha mencari cara untuk keluar dari tempat neraka ni. Benci dia mahu tinggal di situ.

Matanya tertangkap pada tingkap kecil di bahagian atas dinding biliknya.

Pantas dia bangun memanjat di atas kerusi untuk memeriksa tingkap tersebut.

Ah! Berkunci mangga pulak!

Dia turun semula dari kerusi dan mencekak pinggang.

Laci di sebelah katil dibukanya untuk mencari jika ada alat untuk membuka mangga kunci tersebut.

Laci pertama kosong, dia membuka laci kedua pula. Kosong juga!

Dia duduk berlutut sambil menggenggam rambutnya. Dia nak keluar juga dari situ!

Kemudian, matanya melihat ada klip kertas yang terselit di celah bawah laci. Mungkin ada doktor yang tercicir klip ni sewaktu menulis laporan pesakit.

Dia mengambil lalu membengkokkan klip tersebut sehingga terbuka. Dia ingin mencuba untuk membuka kunci mangga di tingkap itu dengan klip kertas yang dijumpainya.

Tapi perbuatannya terhenti apabila dia mendengar bunyi suara di luar pintu.

Pantas dia baring semula di atas katil, klip kertas di tangan digenggamnya.

Doktor dan jururawat masuk untuk melihat progres dirinya.

Malam ni, dia harus keluar juga!

***

Lemah lutut Huzair mendengar penjelasan rakannya itu. Dia berjalan keluar kembali ke keretanya dengan langkah perlahan.

Dia sungguh tak percaya dengan apa yang didengarinya. Takkanlah..

Huzair bersandar pada keretanya sambil memicit perlahan dahinya.
Pil di tangan direnungnya.

"Apa semua ni sayang.." bisiknya perlahan.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now