Bab 17

24.5K 721 24
                                    

Hujung minggu waktu yang paling sesuai nak luangkan masa dengan yang tersayang. Eceh..

Huzair dan Hanis yang berada di atas sofa ralit menonton televisyen yang sedang memaparkan movie English. Hanis memeluk erat pinggang Huzair dan kepalanya dilentokkan atas dada Huzair. Manakala tangan Huzair melingkari pinggang Hanis.

"Sayang.", Panggil Huzair lembut.

Hanis memejam mata sambil menggigit bibir. Malu pulak bila kena panggil macam tu.

"Sayang, abang panggil ni", pelik Huzair, isterinya tidak menyahut. Dia rasa senang apabila memanggil isterinya dengan panggilan sayang.

"Hmm"

"Sayang bosan tak duduk rumah?", Soal Huzair membuatkan Hanis berkerut. Kenapa tiba tiba tanya pulak laki aku ni.

"Bosan la jugak. Kenapa?", Soal Hanis sambil tangannya ligat memintal hujung seluar pendek Huzair.

"Abang rasa macam nak bawak Hanis pergi honeymoon la", ujar Huzair. Hanis yang mendengar terus bangun menghadap Huzair. Aku tak salahkan dengarkan?

"Honeymoon?", Huzair mengangguk. Hanis sudah menunjukkan muka terujanya. Yelah, sudah 2 bulan lebih dia tidak berjalan jalan makan angin.

"Kat mana?bila?", Huzair tersengih melihat wajah teruja isterinya. Sukalah tu!

"Sayang nak luar negara ke dalam negara?", Soal Huzair sambil tangannya mengusap tangan Hanis. Lembut betul nak dibandingkan dengan tangannya yang kasar berurat.

"Hanis tak kisah,abang. Janji dapat pergi jalan jalan", tersengih lebar Hanis. Yeay dapat jalan jalan.

"Okay kalau macam tu nanti abang fikirkan nak honeymoon kat mana.", Hanis hanya mengangguk. Dia menongkat dagu dengan tangannya.

"Hanis suka ke nak pergi honeymoon?", Soal Huzair. Dia dapat lihat cahaya kegembiraan yang terpancar di wajah wanita itu.

"Mestilah suka. Dapat bercuti Sekali sekala, hirup udara segar. Best kan? Daripada terperap je kat rumah ni, baik pergi bercuti.", Kata Hanis dengan nada gembira. Seronok betul dia bila kata nak pergi bercuti.

Huzair tersengih. Dia mencubit pipi Hanis. "Ouch abang!", Adu Hanis sakit. Tiba tiba sahaja lelaki itu mencubit pipinya.

"Hehehe sorry. Abang geram dengan pipi tu. Sakit ke sayang?", Hanis menunduk malu. Mukanya terasa bahang.

Huzair melihat Hanis yang malu malu itu rasa geli hati pulak.

"Sayang malu ke abang panggil sayang sayang?", Sengaja dia mendekatkan muka dengan muka Hanis. Hanis berdecit sambil menolak dada Huzair.

"Mana ada maluuu"

"Yekeee"

Hanis menekup muka Huzair dengan tangannya sehingga kepalanya tersandar pada sofa. Hanis gelak apabila menutup hidung Huzair dengan tangannya. Rasakan tak boleh bernafas. Tapi Huzair menangkap tangannya lalu dia menggunakan tangan sebelahnya untuk menggeletek perut isterinya. Hanis sudah ketawa kegelian ,merayu minta berhenti. Dia senang merasa kegelian.

Huzair ketawa besar. Dia tahu sangat kelemahan isterinya itu.

Sungguh mereka merasa sangat bahagia sekarang ini. Dan berharap kebahagiaan itu berkekalan lama.

***

Jam menunjukkan pukul 11 pagi menandakan waktu makan tengah hari semakin hampir. Mak Munah mengeluarkan bahan bahan untuk dimasak daripada peti ais. Memang sudah jadi rutin Mak Munah menyediakan makanan tengah hari sebelum jam 1 tengah hari.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now