Bab 3

28.4K 880 94
                                    

Wanita itu terus melangkah masuk ke dalam pejabat Firdaus. Tetapi alangkah terkejutnya dia dengan apa yang dilihatnya.

Wanita itu terus menapak sambil menepuk tangannya berulang kali dengan kuat.

Firdaus yang terkejut dengan bunyi tepukan itu menoleh ke arah gerangan yang menepuk tangan itu.

Dan alangkah terkejutnya lelaki itu melihat wanita di hadapannya ketika ini.

"Me- Melissa.."

Pantas dia menolak tubuh Zara yang berada di ribanya ketika itu. Zara juga melopong melihat wanita itu ketika ini. How?

"What a suprise Daus. Patutla tergerak hati aku nak datang sini. Rupanya.." kata kata Lisa itu bersambung dengan senyuman sinis.

"Macam mana kau tahu office aku?" Soal Firdaus yang sekarang ini kelihatan gelabah. Setahu dia, dia tak pernah pun bagitahu di mana tempat dia bekerja.

"Along yang bagitahu"

Firdaus tergamam. Berani kau bagitahu dia,Huzair.

"Mulanya aku datang sini sebab nak tanya kau pasal kenapa kau dah lama tak jenguk Hanis. Call pun taknak. Tanya khabar pun takde langsung.. tak payah susah aku nak membazir air liur aku nak tanya semua tu,sebab now dah terjawab semua ni" kata Lisa kepada Firdaus.

"Apa masalah kau eh Daus? Sampai hati kau buat semua ni kat Kawan aku. Kau tahu tak? Hanis tu setiap hari dok tanya pasal kau sampai rimas aku dibuatnya." Mata Lisa tajam memandang Firdaus yang seperti kecil sahaja dimatanya.

"Lisa,better kau balik sekarang. Hal aku dengan Hanis tak de kena mengena dengan kau" kata Firdaus sambil menunding jari ke arah Lisa.

"Hei!" Lisa menapak mendekati Firdaus lalu menepis jarinya yang sedang menunding ke arahnya.

"Ini ada kene mengena dengan aku sebab Hanis tu kawan aku. Aku dah anggap Hanis tu macam darah daging aku. So,semua masalah dia,masalah aku juga" kata Lisa dengan nada yang sudah meninggi.

Lisa menahan geram melihat Firdaus. Kalau ikutkan hatinya,nak je dia menumbuk jantan tak guna tu.

"Baik kau keluar dari bilik aku sebelum aku call security! Keluar!" Jerkah Firdaus. Rahangnya diketap kuat kerana marah sangat pada Lisa.

"Kalau kau hanya bagi harapan palsu dekat Hanis. Aku minta kau lepaskan dia. Kau datang jumpa dia and then kau jelaskan kat dia. Jangan sampai Hanis tu jadi gila dek rindukan kau" kata Lisa sebelum dia melangkah keluar dari office busuk ni.

Firdaus merengus kasar sambil menghentak meja. Dasar perempuan tak guna.

Zara di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Takut dia mahu menegur Firdaus.

Paling Firdaus sakit hati apabila abangnya sesuka hati bagitahu alamat office aku ni.

Padahal dia sudah memesan pada abangnya kalau Hanis atau sesiapa yang berkaitan dengan Hanis bertanya,jangan bagitahu.

"Zara,kita teruskan rancangan you.."

Nur Hanis terjaga dari tidurnya apabila mendengar bunyi bising di tingkat bawah. Terus sahaja dia bangkit dari katil dan turun ke tingkat bawah dengan senyap.

Manalah tahu kalau ada perompak,boleh dia bersedia.

Tetapi Nur Hanis hanya melihat temannya yang sedang duduk sambil menekup muka.

Lantas dia menapaki turun lalu mendekati Lisa.

"Lisa?"

Lisa mendongak memandang Nur Hanis dengan mata berkaca.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now