Bab 64

29K 643 1
                                    

Pintu almari yang terbuka itu direnungnya lama. Sejak malam tadi dia membiarkan pintu almari itu terbuka. Tidak ada rasa untuk menutupnya.

Bangun pagi tadi dia terus mencapai telefonnya untuk menelefon Huzair, tetapi tidak dapat. Telefonnya tutup. Berkali kali juga dia cuba untuk call lelaki itu tapi masih tak dapat.

Hatinya diserang hiba, dia tidak menyangka suaminya itu dalam dia menyimpan penyakit kanser.

Patutlah selama ini dia perasan Huzair selalu sakit kepala dan muntah muntah. Malah wajahnya juga turut pucat.

Perasaannya yang sedih dan bercampur marah sebelum ini automatik hilang dan diganti dengan perasaan takut dan risau dalam hatinya apabila dia mendapat tahu tentang sakit Huzair.

Dia terus melupakan tentang kejadian lepas, dia juga turut melupakan marahnya pada Huzair.

Dia menyesal kerana mengusir Huzair keluar dari rumah dalam keadaan dia yang tidak sihat itu. Dia rasa dirinya tidak berguna. Sepatutnya sebagai isteri, dia seharusnya sentiasa berada di sisi suami yang sedang berlawan dengan sakit. Tapi tidak, sebaliknya dia selalu marah marah dan tidak mempedulikan Huzair.

Rambutnya yang dibiar tidak berikat itu dicengkam perlahan. Dia risau akan suaminya itu. Entah di manalah lelaki itu berada.

Janganlah apa apa berlaku pada dia..

"Hanis minta maaf abang. Hanis tak patut buat abang macam tu..", wajahnya jelas menzahirkan rasa kesal dalam hatinya.

Berjuraian air matanya mengalir dibiarkan tidak berlap. Menangis teresak esak dia.

"Cepatlah balik abang..", bisiknya sambil matanya mengerling ke arah jam di dinding.

Bunyi ketukan di pintu mematikan tangisan Hanis, segera dia mengelap air matanya dengan tapak tangannya. Dia menoleh ke arah pintu.

"Umi? Macam mana umi? Abah dah jumpa ke dengan abang?", Puan Rozi menggeleng lemah. Sudah puas Encik Samad mencari keberadaan Huzair tapi sampai sekarang tidak jumpa jumpa lagi.

"Macam mana boleh tak jumpa umi.. kampung kita ni kecik aje", Hanis kembali teresak esak.

Pantas Puan Rozi menghampiri Hanis lansung dipeluk bahu anaknya itu.

"Sabarlah nak.. Insha Allah nanti dia balik la tu. Dia dah janji kan nak pujuk Hanis sampai Hanis baik semula dengan dia.", Tangisan Hanis semakin menjadi jadi. Tak usahlah abang nak pujuk Hanis lagi.. Hanis dah maafkan abang dah pun.

"Hanis dah maafkan abang dah, umi.. tolonglah bawak abang balik sini. Hanis banyak salah dengan suami Hanis, umi.", Ujar Hanis. Dia menggoncang goncangkan tangan Puan Rozi.

"Ye umi tahu. Tapi mana lagi abah kamu tu nak cari Huzair? Merata dah dia cari, tapi tak jumpa jumpa. Hanis sabar lah kejap. Mesti Huzair balik nanti.", Berusaha dia memujuk anaknya itu.

Ke manalah menantunya yang satu itu pergi. Harap haraplah dia baik baik saja. Getus hatinya.

Hanis masih lagi menangis teresak esak, kalau ikutkan hatinya. Mahu saja dia keluar malam tadi untuk mencari Huzair memandangkan lelaki itu tidak menjawab panggilannya. Tapi dilarang oleh Encik Samad.

"Hanis takut.. Hanis takut kalau Hanis tak sempat nak minta maaf pada abang.", Hanis sudah mula berfikiran negatif.

"Hisy! Nauzubilahiminzalik! Jangan cakap bukan bukan Hanis. Insha Allah Huzair pandai jaga diri dia. Tak usahlah kamu bimbangkan dia.", Kata Puan Rozi. Tapi hakikatnya dia juga turut risau.

"Macam mana Hanis tak risaukan dia umi? Kalau tiba tiba dia sakit, lepastu takde siapa nak tolong macam mana?", Hanis sudah memandang Puan Rozi di sebelahnya.

Rahsia Takdir Antara Kita Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt