Bab 5

28K 914 219
                                    

Pang!

Nur Hanis tergamam. Umi baru sahaja menamparnya.

"U-umi.."

"Kau jangan panggil aku umi! Dasar anak tak tahu malu. Sanggup kau malukan aku sekeluarga ya!?" Tengking Puan Rozi dengan matanya yang membulat.

"Umi..tolong Hanis umi, Hanis teraniaya umi. Hanis tak salah umi" rintih Hanis sambil memeluk kaki Puan Rozi.

Laju sahaja Puan Rozi menendang Hanis tanpa belas kasihan.

"Kau jangan panggil aku umi! Kau bukan anak aku lagi! Dasar perempuan tak guna!" Kata Puan Rozi membuatkan Hanis terkaku.

Hanis menggeleng. "Abah.."

Dia ingin meraih simpati Encik Samad. Tapi bapanya itu hanya memandang ke arah lain tanpa melihat ke arah Hanis.

"Abah,tolong Hanis..abah" teresak esak  Hanis memanggil Encik Samad.

Tetap begitu juga,Encik Samad langsung tidak menoleh ke arah anak gadisnya itu. Baginya anak gadisnya sudah lama mati.

Deruman enjin kereta kedengaran di luar. Abang Luqman.

"Abang.." dia mahu berjumpa dengan abangnya itu. Hanis tahu hanya abangnya yang percaya dan lindunginya saat ini.

Melihat Luqman menuju ke arahnya terus sahaja Hanis berdiri lalu menerpa ke arah abangnya.

Pang!

Hanis jatuh terjelepok di atas lantai. "Abang!"

"Kau nak jadi apa ni Hanis!?"

Hanis menggeleng. Allah..

"Bukan..bukan salah Hanis" tergeleng geleng kepalanya.

Huzair di hujung dinding hanya memerhati Hanis yang teruk dimarahi keluarganya.

"Sampai hati Hanis buat kami macam ni ya? Tergamak kau malukan umi dengan abah?" Kata Luqman dalam bisik sambil meramas rambut dengan kasar.

"Tak abang..Hanis tak ada niat nak malukan umi dengan abah,bang" perlahan lahan Hanis mengesot ke arah Luqman.

Luqman hanya menunduk menahan amarah yang memenuhi dada. Dia menggenggam penumbuknya.

"Abang..tolong percayakan Hanis. Hanis tak bodoh lagi nak buat benda terkutuk tu" meraung Hanis meminta simpati abangnya.

Hanis memeluk kaki Luqman.

Luqman yang dari tadi menahan marah,terus menolak Hanis lalu menamparnya bertubi tubi.

Huzair yang melihat Hanis ditampar dengan teruk terus melulu ke arah mereka lalu menarik Hanis dari dibelasah oleh abangnya.

"Bro,marah marah jugak tapi jangan lupa hukum kasar dengan  perempuan." Huzair berkata dengan sinis sambil menarik Hanis kebelakangnya.

Luqman merenung tajam Huzair.

"Kau jangan nak jadi alim sangat la jantan! Kau dengan aku tak ada beza pun Huzair" Luqman ketawa sinis.

Huzair mengangkat sebelah kening.

"Sejahat jahat aku,aku tak ada pukul perempuan macam orang tak ada iman" kata Huzair sambil membalas renungan tajam si Luqman.

Encik Samad yang dari tadi hanya mendiamkan diri terus bangun meluru ke arah Huzair lalu menamparnya.

Luqman tersenyum sinis.

"Tak pukul perempuan la konon. Kau rosakkan si Hanis ni nak panggil apa?" Sinis sekali kata kata Encik Samad.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now