Part 1

2.3K 171 11
                                    

SELESAI sahaja menghidangkan makanan diatas meja, Ixuna melabuh duduk dikerusi sambil menunggu Taehyung.

Ixuna mengusap kedua telapak tangan, berdoa dalam hati agar suaminya berlembut hati untuk makan sarapan pagi bersama dengannya.

"Oppa!"

Taehyung yang baru sahaja turun dari bilik, mengerling Ixuna yang duduk di meja makan sambil melambai kecil kearahnya agar dia datang mendekat. Dia merengus, akan tetapi dia tetap melangkah ke ruang makan.

Ixuna tersenyum lebar bila melihat Taehyung datang menghampiri.

"Oppa, jom makan sekali. Saya ada mas.." belum sempat Ixuna habiskan ayatnya, Taehyung sudah memintas dengan kata-kata yang agak hina.

"Apa yang kau masak ni? Aku tengok macam sampah sarap je? Macam dah basi pun ada? Yang bila? 2 tahun lepas ke? Jijik je aku tengok, nak muntah rasanya." kata Taehyung dengan suara yang agak sinis.

Ixuna tersenyum kecil, cuba menghalang perasaan sakit hati yang datang menyinggah. Agak terasa, namun dia diam. Dia pandang ke wajah kacak suaminya, wajah yang tidak punya riak hanya dingin dan datar tanpa ekspresi.

"Saya lah masak. Betul ke oppa tengok makanan yang saya hidang ni macam sampah? Saya tengok tak pun, maybe mata oppa yang bermasalah kut? Makanan yang saya masak ni masih panas dan sihat, belum basi lagi sebab ianya baru dimasak. Oppa nampak jijik ke? Tapi, saya nampak makanan ni sedap je. Kalau makan mesti bertambah dua pinggan." kata Ixuna membidas halus kata-kata Taehyung.

Dia tersenyum sumbing bila melihat wajah lelaki itu berubah riak. Seakan menahan amarah.

"Dah pandai kan kau, menjawab sekarang?" kata Taehyung geram. Tangannya terkepal kemas. Matanya menyerlung tajam kearah Ixuna.

"Well. Kalau kita hanya diam dan tidak pandai berkata-kata. Kita tidak akan maju dan sentiasa kalah sebelum berjuang kan? Hidup ni kena pandai berkata-kata dan harus berwaspada, kalau tak nak mudah dipengaruhi dan ditipu oleh orang sekeliling." kata Ixuna tenang, tiada niat untuk perli.

"Jom lah makan, ke awak nak saya tolong suapkan?" sambungnya tatkala tidak mendapat respon dari suaminya. Dia tatap mata tajam Taehyung, senyum nakal bermain dibibir.

Senyuman herot tersungging sinis dibibir Taehyung.

"Sebelum kau nak suap aku guna tangan busuk kau, biar aku dulu suapkan kau."

Taehyung meraih sup sayur yang masih panas lantas disiram keatas kepala Ixuna, membuatkan gadis itu terjerit seraya bangun dengan tergesa-gesa. Dia kaget. Kulit kepalanya terasa pedih dan melencun. Pipinya berbahang dan pedih.

"Best mandi sup sayur?" Taehyung gelak sinis. Ixuna menahan tangis yang hendak keluar. Kepala dan kedua pipinya diusap perlahan.

"Kenapa awak buat macam ni? Awak tau kan, sup tu panas?" kata Ixuna, nada suara dikawal sebaik mungkin.

"Saja, sekadar untuk suka-suka? Panas eh? Kesian engkau, by the way aku pergi dulu." senyuman sinis dihadiahkan kepada isterinya, lalu dia beredar keluar dari rumah.

Hilang sahaja kelibat suaminya, Ixuna rebah ke lantai. Tangisnya yang ditahan, kini pecah. Sisa sayur yang melekat pada rambut dan pipi disingkirkan.

"Kejam."




******
Tbc

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now