Part 52

888 74 1
                                    

SENYUMAN Jungkook melebar apabila melihat kelopak mata Ixuna terbuka dengan perlahan. Gadis itu memandang ke arahnya sambil tersenyum kecil.

"Ye! Akak Xuna dah bangun!" jerit Jungkook menggema segenap ruangan wad tersebut.

Kepala Jungkook dilempang Puan Han, terdiam terus si anak Jeon pembuat onar itu.

"Sakitlah!" rengek Jungkook sambil mengusap kepalanya.

"Padan muka. Yang kamu terjerit tu kenapa? Kalau anak makcik kena serangan jantung macam mana?" kata Puan Han tidak berpuas hati.

Bibir Jungkook termuncung sedepa dengan mata kuyu. Ixuna, Puan Kim, Tuan Han dan Tuan Kim tersenyum kecil melihat wajah cemberut lelaki itu.

"Dah tak payah buat muka macam tu. Dah tak comel adik akak ni." kata Ixuna dengan suara serak basah, kerana baru sahaja sedar daripada tidur panjangnya.

Jungkook mula ukirkan senyuman, tubuh Ixuna dipeluknya kejap.

"Syukurlah akak baik-baik aje." bisik Jungkook perlahan di tepi telinga Ixuna.

"Ya. Akak pun bersyukur yang adik akak ni baik-baik juga." Ixuna mengusap kepala Jungkook dengan senyuman manis.

Jungkook membalas senyuman tersebut lalu dia membantu Ixuna untuk bersandar pada kepala katil.

"Omma, appa.."

"Ye sayang." sahut mereka berempat.

Ixuna pegang perutnya yang ditutupi oleh baju hospital itu. Tuan Kim, Tuan Han, Puan Han dan Puan Kim mula faham apa yang hendak dikatakan Ixuna itu.

"Omma, appa apakah anak Xuna selamat? Dia.. Dia masih ada kan dalam perut Xuna kan?" Ixuna menyoal, mata dia sudah berlinangan.

Mereka berempat tersenyum termasuk Jungkook. Dia mencubit pipi Ixuna perlahan, buatkan gadis itu menoleh ke arahnya. Dia tersenyum lembut.

"Akak jangan sedih. Anak akak masih ada kat dalam ni, dia selamat." kata Jungkook sambil mencuit lembut perut Ixuna.

Ixuna memandang ke arah keluarganya, meminta kepastian daripada mereka bahawa yang dikatakan oleh Jungkook itu adalah fakta bukan hanya auta semata-mata. Melihat anggukkan daripada ahli keluarganya, Ixuna tersenyum dengan air mata jatuh membasahi pipinya.

"Tapi.."

"Kenapa?"

Tuan Kim dan Tuan Han berpandangan lalu kepala mereka teranngguk perlahan.

"Ini tentang suami kamu, Taehyung." Tuan Han bersuara.

Mata Jungkook dan Ixuna tertuju pada mereka berempat. Puan Han dan Puan Kim hanya berdiam diri sahaja, memberikan peluang kepada suami mereka untuk menjelaskan segalanya pada Ixuna.

"Taehyung oppa kenapa? Kenapa dia tak datang jenguk Xuna? Dia ke mana?"  bertubi-tubi Ixuna menyoal. Tiba-tiba sahaja hatinya berasa gelisah.

"A'ah lah. Saya pun tak ada nampak lagi Taehyung hyung, dia pergi mana?"

Soalan demi soalan yang dilontarkan oleh mereka berdua, hanya helaan nafas panjang yang menjawab semua pertanyaan mereka.

"Omma, appa? Taehyung dia ke mana?"

"Sebenarnya..."

•••••

JUNGKOOK menangis tersengguk-sengguk, hingus yang meleleh keluar dari hidung. Dia kesat dengan menggunakan lengan baju Ixuna.

Ixuna hanya mampu memandang lengan bajunya yang menjadi mangsa hingus budak sebelahnya itu. Ingin menangis pun ada, ingin marah pun ada pada Jungkook. Sudahlah hingus berwarna hijau, geli-geliman Ixuna dibuatnya.

"Malang sungguh." bisik Ixuna perlahan. Kepalanya didongak, memandang keadaan Taehyung melalui cermin.

Dia menyentuh permukaan cermin yang memisahkan mereka, dia berharap sangat yang dia dapat menyentuh wajah suaminya. Air matanya berderu-deru keluar mengalir ke pipi, apabila melihat keadaan Taehyung itu.

"Taehyung hyung, asal kau jahat hm? Jahat gila. Sampai aku nak tumbuk kau punya muka yang tak berapa nak kacak tu. Bangunlah wei! Aku tak suka tengok kau terbaring lemah macam mayat hidup tu, hyung bangunlah."

Ixuna melirik ke arah Jungkook dengan hujung mata. Dia tersenyum hambar.

"Hyung bangunlah, kau tak kesian ke kat bini kau hyung? Kalau kau tak kesian kau bini kau, bini kau ni aku punya lah. Okey hyung?"

Mahu sedih namun ada juga rasa mahu gelak dengan celoteh Jungkook tersebut. Ada-ada sahaja si anak Jeon itu.

"Kookie."

Jungkook berpaling ke sebelah.

"Ya sayang?"

"Sayang abah kau!"

"Saya memang sayang abah saya. Kenapa?"

Ixuna menggulingkan biji matanya.

"Boleh minta tolong tak?"

"Boleh, tolong apa?"

"Tolong senyap."

Jungkook terus membuat gaya menzipkan mulutnya, apabila melihat wajah kelat Ixuna.

"Okey, kookie diam akak."

Ixuna hanya mengendahkan Jungkook, dia kembali memandang ke arah Taehyung yang masih belum sedarkan diri itu. Entah bila lelaki itu mahu celikkan mata dan melihat dunia kembali.

"Abang, bangunlah. Xuna rindukan awak abang. Rindu sangat. Bangunlah abang. Jangan.. Jangan tinggalkan Xuna, Xuna tak boleh hidup tanpa abang."

Suara Ixuna yang amat memilukan itu, menyentuh ke dasar hati Jungkook yang mendengar. Dia merenung Ixuna yang sudah menangis teresak-esak itu. Tubuh gadis itu, Jungkook tarik masuk ke dalam pelukannya. Dia mengusap belakang tubuh Ixuna.

"Shh, janganlah fikir macam tu. Suami akak pasti bangun, cuma kita perlu tunggu dan berdoa untuk suami akak. Berdoa dan pintalah padaNya agar suami akak akan baik-baik saja."

Tangis Ixuna makin kuat kedengaran, Ixuna mencengkam baju yang dikenakan Jungkook, wajahnya di sembam ke dada Jungkook. Dia menangis semahu-mahunya.

Jungkook hanya mampu tersenyum sahaja sambil menepuk-nepuk belakang tubuh Ixuna, berusaha menenangkan gadis itu. Anak mata Jungkook memandang ke arah Taehyung.

Please wake up hyung. Semua orang tunggu hyung sedar, jadi bangunlah. Apa kau suka, tengok orang yang kau sayang menangis dan risau? Kalau kau tak suka tengok mereka bersedih, jadi bangunlah.

Kata-kata itu, Jungkook hanya mampu luahkan di dalam hati.

*****
Tbc

*****Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now