Part 51

951 72 5
                                    

BUNYI lampu di bilik pembedahan telah di matikan, pintu bilik itu terbuka dari dalam. Seorang doktor wanita dalam lingkungan 30-an keluar dari bilik tersebut. Mask putih yang menutupi separuh wajahnya itu, dia tarik sehingga ke bawah dagu.

Kedua belah keluarga yang sedari tadi menunggu, terus bangun daripada duduk dan menerpa ke arah doktor wanita itu.

"Macam mana dengan anak dan menantu kami dok?"

"Macam mana dengan kawan anak saya juga dok? Dia okey kan?"

Doktor Choi menghela nafas sejenak dan dia tersenyum kecil buat mereka.

"Encik Kim Taehyung, mengalami hentakan yang kuat dan membuat tubuhnya sedikit retak. Dia juga sudah melewati masa kritikal. Dia juga akan lumpuh buat sementara waktu, sekarang dia dalam fasal koma." jelas doktor Choi itu.

Kedua ahli keluarga Taehyung dan Ixuna menghela nafas lega, mendengar berita itu. Mereka mengucapkan rasa syukur.

"Untuk Puan Ixuna Han dan Encik Jeon Jungkook, mereka berdua dalam keadaan yang baik-baik.." Kata-kata doktor wanita itu dipotong oleh Puan Han.

"Macam mana dengan kandungan anak kami dok? Apa.. Apa dia keguguran?"

Doktor Choi tersenyum kecil apabila semua mata tertuju padanya.

"Everything is alright. Syukur kepada Tuhan, kandungan Puan Ixuna Han masih dalam keadaan baik walaupun dia sempat bleeding di dalam tadi. Kami juga sudah alihkan Puan Ixuna Han dan Encik Jeon Jungkook ke wad biasa."

"Manakala untuk Encik Kim Taehyung, kami terpaksa tahan dia di wad ICU untuk sementara waktu kerana kami ingin menjalani pemeriksaan terhadap Encik Taehyung. Buat masa ini, kami tidak dapat membenarkan ahli keluarganya  untuk melawat. Itu saja."

"Terima kasih dok."

Doktor Choi tersenyum manis tatkala terpandang wajah penuh kelegaan daripada mereka semua.

"Sama-sama. Itu memang dah jadi tanggungjawab saya. Kalau macam tu, saya minta diri dulu."

Selepas perginya doktor wanita itu, Tuan Han memandang ke arah mereka semua.

"Korang semua pergi jenguk Ixuna dulu, aku nak pergi tengok budak yang ada dengan Ixuna tu. Kim kau ikut aku." kata Tuan Han datar, dia menarik lengan Tuan Kim kasar untuk berlalu dari situ.

"Aku tau yang kau bukan je nak jenguk budak tu kan? Tapi kau nak soal dia tentang kejadian tadi kan?"

Tuan Han menggulingkan bebola matanya ke atas.

"Yeah. That's right, old boy." kata Tuan Han dengan nada suara yang amat datar dan dingin.

Tuan kim hanya tersenyum sumbing sahaja dengan gelagat besannya itu.

•••••

JUNGKOOK tersenyum lemah dan agak canggung apabila ditenung oleh Tuan Kim dan Tuan Han. Dia mengaru pipinya yang sudah berona merah, dia seorang yang tidak boleh ditenung kerana dia agak pemalu orangnya.

"Err.. Kenapa ya pakcik dan pakcik tengok saya macam tu? Muka saya ni hodoh sangat ke?"

Soalan yang agak dungu keluar dari mulut Jungkook, Tuan Kim dan Tuan Han simpan senyum yang hendak terukir. Comel aje budak di depan mereka ini, tidaklah hodoh mana.

Jungkook tersentak apabila pipinya dicubit oleh Tuan Kim dan Tuan Han. Kening dia terangkat sebelah, hairan. Muka serius, tapi nak cubit-cubit pipi dia pula? Dah kenapa?

"Kamu ni, comel aje. Perut kamu yang kena tikam tu dah okey ke? Tak rasa sakit or kebas?" soal Tuan Han. Jungkook menganggukkan kepala dengan senyuman manis.

"Dah okey sikit, cuma adalah rasa sengal-sengal kat tempat kena jahit tu." kata Jungkook jujur.

Spontan Tuan Han dan Tuan Kim mengusap kepala Jungkook. Jungkook hanya tersenyum sahaja.

"Hmm. Boleh tak kamu, cerita serba sedikit pasal kejadian tikam menikam itu?" pinta Tuan Kim. Matanya galak memandang wajah polos Jungkook yang sedikit pucat dan tidak bermaya.

Jungkook tersentak apabila mendengar soalan daripada Tuan Kim tersebut. Dia pandang wajah Tuan Kim dan Tuan Han sejenak, lantas keluhan keluar dari mulutnya.

"Kami tak paksa kamu pun, kalau kamu belum sedia. Kami akan tunggu, lagipun hanya kamu saja yang boleh cerita tentang kejadian itu sebab Ixuna belum sedarkan diri."

Mata Jungkook membulat, dia merenung Tuan Kim tajam.

"Akak Xuna belum sedar ke? Keadaan akak Xuna macam mana? Anak yang dia kandung tu macam mana?"

"Woi macam mana kau tau, yang Xuna tak sedarkan diri lagi?"

Jungkook dan Tuan Han berkata dengan serentak, lantas mereka berdua berbalas pandangan.

"Oh yang tu, bini aku ada Whatsapp tadi. Dia kata Xuna belum sedar lagi. Dan untuk soalan kamu pula, Xuna dan kandungannya baik-baik saja." jelas Tuan Kim mendatar.

Mulut Jungkook dan Tuan Han membulat kecil dengan kepala terangguk-angguk.

"Syukurlah." bisik Jungkook perlahan.

"Kenapa?" soal Tuan Han tatkala mendengar Jungkook yang mengeluh itu.

"Nothing. Pakcik berdua nak tau ke, pasal kejadian itu?"

"Boleh ke?"

"Boleh! Siapa kata tak boleh?"

"Pakcik takut kamu yang kata tak boleh." Tuan Han dan Tuan Kim berujar serentak.

"Pula." Jungkook tepuk dahi dengan kepala digeleng perlahan.

"Okey dah. Sekarang cengciter apa yang jadi."

Jungkook berdeham dan membasahkan bibirnya terlebih dahulu.

"Sebenarnya macam ni.."

Ambil masa 2 jam setengah jugalah, Jungkook bercerita Al-kisah yang berlaku pada dia dan juga Ixuna. Daripada awal kisah sampailah pengakhirannya.  Tuan Kim dan Tuan Han diam tidak berkata apa, mereka berdua fokus dan mendengar dengan teliti apa yang diceritakan Jungkook itu.

"Tak guna punya jantan keparat, aku akan cari kau sampai ke gunung Everest. Berani betullah!" ucap Tuan Han marah, kedua tangannya digenggam kemas.

"Sabar, kan sabar itu adalah separuh daripada iman. Kalau tak boleh sabar juga, sila bertendang-tendang dahulu."

"Hai bossku! Bukan bertendang-tendang lah, bertenang-tenang dahulu bersama sekeping kitkat."

"Diamlah!"

*****
Tbc.

Sorry if chapt ni kurang memuaskan hati korang, but I hope you like it. Thanks support me!

 Thanks support me!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now