Part 29

1.1K 92 1
                                    

JUNGKOOK memerhatikan Yoongi yang duduk bersantai dekat wakaf dihalaman rumah mereka. Dia perasan yang Yoongi sejak akhir-akhir ini, asyik termenung sambil memandang langit pada malam hari mahupun waktu petang. Entah apa yang difikirkan oleh sepupunya itu.

"Nampaknya, ada yang belum dapat move on lah. Kesian pula aku tengok." omel Jungkook sambil mengorak langkah menghampiri Yoongi yang sedang termenung itu.

"Jauh termenung. Ingat kat siapa? Orang tua hyung or orang yang istimewa?" sapa Jungkook basa basi sambil melabuh duduk disebelah Yoongi.

Yoongi menoleh kesebelahnya, lalu dia kembali memandang ke arah langit malam yang indah ditemani pula oleh bintang-bintang berkelipan. Dalam hati, dia mengagumi ciptaan Tuhan yang maha kuasa dan maha penyayang.

"Hyung, are you okay? Kook tengok hyung semenjak dua menjak ni, asyik mengelamun aje. Dahlah, layan perasaan kat sini sambil tengok langit dimalam or petang hari. Kenapa? Re.."

Kata-kata Jungkook dipotong Yoongi.

"Perlu ke aku move on?"

"Hyung.."

Tiba-tiba Yoongi berpaling dan mencengkam kedua bahu Jungkook kuat, buatkan Jungkook tersentak dan meringis sakit.

"Hyung sakitlah. Kenapa ni?" soal Jungkook bingung dengan kening bertaut, sesekali dia menolak tangan Yoongi daripada bahunya. Sakit kerana dicengkam begitu kuat.

"Aku tanya kau, patut ke aku move on?" bentak Yoongi. Wajahnya bengis dengan sinar mata yang redup.

"Hyung aku.."

"Patut ke aku move on kook? Move on daripada mengharap lebih kat dia? Salah ke aku cintakan isteri orang? Salah ke?"

Suara Yoongi mengendur dan sayu sahaja diperdengaran Jungkook. Terbit pula rasa simpati akan sepupunya itu.

Yoongi melepaskan cengkamannya pada bahu Jungkook, lalu dia mendongak memandang ke arah langit semula. Tubir matanya bergenang, namun dia tahan agar tidak menitis dihadapan Jungkook.

"Hyung, sebenarnya tak salah kalau nak cintakan seseorang tu. Perasaan suka or cinta, kita tidak boleh nak lawan atau halang rasa suka kita pada seseorang. Tak kiralah siapapun dia. Tapi, kalau hyung suka dan cintakan dia." Jungkook berjeda.

"Hyung perlu doakan kebahagiaan dia, agar rumah tangga serta kehidupannya selamat sejahtera dan bahagia daripada ganggu bala bencana yang suka menghancurkan rumah tangga diorang or hubungan diorang. Tu sudah memandai hyung. Asalkan niat hyung baik."

Yoongi diam sambil mendengar bait-bait kata Jungkook yang amat mendalam maksudnya itu. Yoongi memejamkan mata sejurus menundukkan kepalanya.

Jungkook mengeluh kecil. Dia tahu, apa yang dirasakan oleh sepupunya itu.

"Hyung pandang aku sat." kata Jungkook seraya meraih dagu Yoongi, lalu dihalakan kearahnya agar dia dapat bertatap mata dengan Yoongi.

"Hyung aku kata pandang aku kan. Please." pinta Jungkook, tatkala melihat Yoongi melarikan matanya kearah lain. Dia tahu yang lelaki itu tidak mahu memandang dirinya ini.

Yoongi mengeluh lalu dengan terpaksanya dia memandang tepat ke anak mata Jungkook.

"Aku dah pandang kan? So, apa?" kata Yoongi datar namun suaranya terdengar bergetar dan lirih.

Jungkook tersenyum manis, dia melarikan tangannya dari dagu Yoongi lalu beralih ke pipi lelaki itu. Dia menekup kedua belah pipi Yoongi, seraya diusap perlahan.

"Tangis lah. Aku tau kau nak nangis hyung, jadi luahkan saja. Tak payah nak malu-malu, aku tau perasaan kau. So, nangislah. Jangan ditahan, jikalau tidak kuat." kata Jungkook sambil memandang Yoongi lembut.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Jungkook, Yoongi terus meletakkan kepalanya diatas bahu Jungkook lalu dia menghamburkan tangisannya yang dia tahan sedari tadi disitu. Bahu Jungkook dijadikan sandarannya. Dia menangis semahu-mahunya.

Jungkook turut menitiskan air matanya bila mendengar suara Yoongi yang penuh kesayuan itu. Tangannya menepuk-nepuk belakang tubuh Yoongi, mencuba untuk menenangkan sepupunya itu.

"Keluarkan semuanya hyung, jangan ditahan. Nanti ia akan menjadi lebih menyakitkan." bisik Jungkook dicuping telinga Yoongi. Ubun-ubun lelaki itu dikucup bertalu-talu.

"Aku sayang kau hyung."

******
Tbc

******Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now