Part 82

663 49 0
                                    

MUKA Taehyung masam mencuka, dia menjeling Ixuna yang sedang bergurau senda dengan Yoongi di ruang tamu. Jungkook yang duduk di sebelah Taehyung, sudah panas punggung disebabkan hawa hangat yang menyengat daripada Taehyung.

Jungkook tahu yang Taehyung sedang cemburu. Dia tersenyum senget, telefon bimbitnya di keluarkan dari saku baju Melayunya. Dalam diam, Jungkook mengambil gambar Taehyung yang cemberut itu.

Taehyung menoleh ke arah sebelahnya, tatkala mendengar suara gelak seseorang.

"Asal kau gelak sesorang ni? Sewel ke?" kata Taehyung datar berbaur kesal yang masih belum hilang.

Kening Jungkook bertaut sempurna, geram apabila dia dipanggil 'sewel' oleh lelaki itu.

"Woi bahasa tu molek sikit eh? Aku clorox satgi mulut tu, kasi bersih baru tau. Tak adalah busuk sangat." Jungkook berkata sinis. Savage.

Taehyung hanya mengerling Jungkook sekilas, bibir dijuih kebawah.

Tak guna. Bisik hati Taehyung kesal, apabila dia kalah bermain kata dengan budak sebelahnya itu.

Senyuman Jungkook terukir lebar, apabila melihat Taehyung tidak membalas kata-katanya. Terasa kut. Perasaan bangga singgah di hati Jungkook, kerana berjaya buat Taehyung diam tidak berkutik.

"Hyung, kau tak payah risau lah. Yoongi hyung dan akak Xuna dah berbaik. Diorang dah jadi kawan, sudah tak lebih dari kawan dah. Lagipun, hujung tahun ni Yoongi hyung akan kahwin."

Mendengarkan itu, buatkan Taehyung berpaling ke arah Jungkook. Keningnya bertaut sempurna.

"Betul ke dia dah nak kahwin? Cepat betul dia move on. Tapi okeylah, aku dah tak ada saingan. Lagipun, macam mana dia boleh move on? Siap nak kahwin lagi." kata Taehyung.

Jungkook tersenyum kecil.

"Ya. Tapi, Yoongi hyung sebenarnya belum sepenuhnya move on lagi. Pasal perkahwinan yang aku cakap tadi, tu semua orang tua Yoongi hyung yang aturkan. Diorang tak nak Yoongi hyung sedih dan teringat akan kisah cinta dia yang tak kesampaian tu."

Jungkook berjeda seketika, dia menarik nafas lalu dihembuskan perlahan. Dia membalas pandangan mata Taehyung, lalu dia ukirkan senyuman nipis.

"Yoongi hyung terima dengan lapang dada, apa yang orang tuanya aturkan. Sebab dia tau, pilihan orang tua adalah yang terbaik daripada yang terbaik. Pilihan daripada kedua orang tua kita tidak pernah salah.

Walaupun Yoongi hyung tidak cintakan bahkan belum kenal perempuan yang akan dia nikahi tu. Tapi, bagi Yoongi hyung lah. Dia pernah kata, tak kenal maka tak cinta. Bagi dia bercinta selepas kahwin lebih manis daripada bercinta sebelum kahwin."

Taehyung hanya mendiamkan diri sambil memandang Jungkook lama. Kata-kata Jungkook barusan terngiang-ngiang di mindanya.

"Hyung."

Mata Taehyung terkerdip perlahan.

"Ya?"

"Apa hyung bencikan Yoongi hyung, sebab pernah ada hati dekat isteri hyung?"

Soalan daripada Jungkook buatkan Taehyung terkedu. Dia terdiam cukup lama sebelum membuka mulut.

"Tidak. Aku tak pernah bencikan dia. Kita hanya manusia biasa, tidak boleh saling membenci. Perasaan cinta yang hadir begitu saja di setiap hati manusia, kita tak boleh nak halang bahkan menolak."

Jungkook tersenyum apabila mendengar kata-kata Taehyung sebentar tadi. Syukur jikalau Taehyung tidak menyimpan dendam terhadap sepupunya itu. Jungkook ingin membuka suara, namun terbantut apabila Taehyung kembali bersuara.

"Aku tau apa yang Yoongi hyung rasa, sebab aku pernah rasa sebelum ni. Ia amat menyakitkan. Aku harap, aku dapat berkawan dengan Yoongi hyung seperti mana Ixuna berkawan dengan dia. Aku harap dia dapat terima aku sebagai kawan."

"Hyung jangan risau okey. Yoongi hyung ni, dia seorang yang mudah bergaul dengan orang walaupun dia nampak aje macam tu. Tak peduli, kasar dan whatever lah. Tapi dia sebenarnya seorang yang penyayang dan caring."

Jungkook dan Taehyung berbalas senyuman.

"Aku tau, sebab aku dah nampak dalam diri Yoongi hyung dengan melalui mata dia aje. Dia memang seorang yang perhatian."

•••••

SENYUMAN terguras dibibir mungilnya, dia memandang Yoongi di sebelahnya. Lelaki itu turut tersenyum padanya.

"Thanks sebab masih sudi jadi kawan saya lagi Yoonyoon." kata Ixuna.

Yoongi hanya tersenyum nipis.

"Its okay. Walau apa-apa pun terjadi, kita tetap menjadi kawan sehinggalah ajal yang memisahkan kita." balas Yoongi lembut. Anak mata Yoongi jatuh pada pergelangan tangan Ixuna, dia tersenyum.

"Kau masih pakai gelang yang aku bagi?" soal Yoongi.

Ixuna mengerling ke arah pergelangan tangannya. Dia tersenyum.

"Kenapa? Awak tak suka saya pakai gelang ni ke?" kini Ixuna pula menyoal Yoongi.

Wajahnya dibuat-buat cemberut, dia tahu yang lelaki itu tidak membawa maksud begitu. Dia sengaja ingin menyakat Yoongi.

Kepala Yoongi tergeleng-geleng laju.

"Bukan macam tu lah. Aku tak kisah pun kalau kau nak pakai. Anggap ajelah tu gelang pemberian dari sorang abang untuk adiknya. Tapi Taehyung, dia tak marah ke?" kata Yoongi.

Kepala Ixuna tergeleng perlahan dengan senyuman manis.

"Dia tak marah, sebab saya dah ceritakan semuanya pada Taehyung." kata Ixuna.

Yoongi menganggukkan kepalanya dengan senyuman manis merekah di bibirnya.

"Baguslah dia tak marah, aku takut dia salah faham pasal gelang yang aku bagi tu aje. Thanks so much, sebab masih setia pakai gelang tu dan jaga dengan baik sampai ke hari ni."

Mereka berdua berbalas senyum.

"Sama-sama Yoonyoon."

****
Tbc. Sorry if chapt ni down plus hambar. But, enjoy.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now