Part 89

603 48 9
                                    

IXUNA memandang sekeliling pantai yang selalu didatangi oleh mereka sekeluarga. Pantai Pamyeondan pada petang itu sedikit lenggang.

Anak mata Ixuna terpaku pada sebuah bangku yang dihiasi kain putih dan bunga mawar pelbagai warna yang segar ditabur sekeliling bangku tersebut.

Ixuna tersentak apabila bahunya ditepuk perlahan daripada belakang. Dengan teragak-agak dia berpaling, satu senyuman terlakar diwajah Ixuna tatkala mendapati Taehyung di sebelahnya.

"Ingat sayang tak datang." Taehyung mengerling Ixuna sekilas.

Ixuna hanya tersenyum, dia memandang Taehyung hairan apabila perasan yang Taehyung seperti menyembunyikan sesuatu di belakang tubuhnya.

"Mestilah datang, kalau sayang tak datang kang. Adalah juga orang tu merajuk tak cukup tanah." bidas Ixuna sinis. 

Bebola mata Taehyung terguling ke atas.

"Whatever. Jom duduk kat sana." kata Taehyung sambil menautkan jari jemarinya pada Ixuna.

Tangan isterinya ditarik kedepan bibir, lalu sebuah kucupan hinggap di tangan Ixuna.

Ixuna hanya memandang gelagat Taehyung dengan wajah berona merah.

"Jom sayang." ajak Taehyung. Ixuna menganggukkan kepala sambil membalas genggaman tangan Taehyung erat. Dia tersenyum manis.

"Oh ya! Abang sembunyikan apa kat belakang abang tu?" soal Ixuna.

"Adalah, nanti sayang akan tau juga." kata Taehyung.

Ixuna berdeham malas. Mereka berdua melabuhkan duduk di bangku yang menarik minat Ixuna sebentar tadi.

"Abang ke yang buat ni semua? Siap hias bangku ni lagi." omel Ixuna, dia mengusap sejenak bangku tersebut sambil merenung Taehyung.

Taehyung tersengih, pipinya samar-samar berona merah. Malu.

"Over sangat ke? Abang rasa biasa aje, tak over mana pun." kata Taehyung bersahaja.

Kening dijongket, dia memandang Taehyung dengan senyuman manis.

"Tak adalah over sangat. Okey ajelah." kata Ixuna lembut agar suaminya tidak terasa hati dengan kata-katanya itu.

"Baguslah. Hmm, nah!"

Taehyung mengeluarkan sejambak bunga mawar yang sedari tadi dia sembunyikan di belakang tubuhnya lalu bunga tersebut disuakan pada Ixuna dengan senyuman manis merekah lebar dibibirnya.

Dengan perasaan girang, Ixuna meraih bunga tersebut. Dia membalas senyuman Taehyung.

"Thanks abang, happy anniversary." kata Ixuna. Taehyung hanya tersenyum sahaja.

"You're welcome dear, happy anniversary too sayang. But, cuba sayang tengok kat bunga tu ada apa?" ucap Taehyung sambil menjuihkan bibirnya kearah bunga tersebut.

Ixuna hanya menurut apa yang dikatakan oleh Taehyung. Dia memandang bunga pemberian Taehyung dengan teliti, sehingga dia menemukan sesuatu benda yang berkilau melingkar di sekeliling batang bunga mawar tersebut.

Ixuna mengambil benda yang berkilau itu dengan berhati-hati, setelah berjaya mengeluarkan benda tersebut. Sekali lagi Ixuna terkedu dengan apa yang dia lihat. Dia merenung seutas rantai emas yang berada di tangannya itu.

"Are you like it?" soal Taehyung perlahan. Dia memandang gelagat Ixuna.

Ixuna mengangkatkan kepalanya dan memandang Taehyung dalam-dalam. Dia tersenyum manis seraya menganggukkan kepalanya dengan laju.

"I like it abang, thanks again abang." kata Ixuna terharu, dia mencium pipi suaminya sekilas dengan senyuman lebar.

"Baguslah kalau sayang suka, meh abang tolong pakaikan."

Ixuna menyebak rambutnya ke kiri lalu dia duduk membelakangi Taehyung, agar suaminya dapat memakaikan rantai tersebut dilehernya dengan mudah.

Taehyung dengan cermat, memakaikan rantai tersebut dileher isterinya. Setelah selesai, bahu Ixuna dikucup perlahan. Dia memeluk tubuh Ixuna daripada belakang, dagu ditongkat pada bahu Ixuna.

"I love you." bisik Taehyung di cuping telinga isterinya. Senyuman manis terukir dibibir Ixuna tatkala mendengar kata-kata indah itu.

"I love you too. But, I want to say something special for you."

"What?"

Ixuna meleraikan pelukan tersebut, lantas berpaling menghadap ke arah Taehyung semula. Dia tersenyum.

"I actually..."

"You what?" soal Taehyung tidak sabar.

Ixuna tersenyum senget, lalu dia mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Taehyung. Satu bisikan dia lafazkan. Mata Taehyung membulat lebar apabila mendengarkan bisikan tersebut. Dia memandang Ixuna dengan pandangan kaget dan tidak percaya.

"Seriously? Are you not kidding me?" Taehyung bertanya seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar barusan.

"I'm serious okay, I not kidding you okay? I'm positive pregnant." jawab Ixuna tegas. Dia merenung anak mata Taehyung lembut dengan senyuman manis.

Melihat Taehyung yang mendiamkan diri, buatkan Ixuna hairan. Perasaan takut dan risau akan penerimaan Taehyung terhadap berita yang diberitahu barusan.

Taehyung menundukkan kepalanya, dia merenung rumput dengan pelbagai perasaan yang hinggap didada.

"Bala datang."

*******
Tbc. Sorry if chapt ni kurang memuaskan hati korang. Idea down betul untuk minggu ni. Sorry tau. 😣

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now