Part 49

849 68 0
                                    

Beberapa hari kemudian..

SUDAH beberapa hari, Taehyung dan Ixuna tidak bertegur sapa semenjak kejadian itu. Di rumah mereka hanya membuat kerja masing-masing demi mengelak daripada bertembung. Mereka berdua seolah orang asing yang duduk satu rumah.

Ixuna mengeluh lemah, tasik buatan yang berada dihadapan dia pandang kosong. Otaknya sudah lelah dan letih kerana memikirkan masalah rumah tangganya dengan Taehyung dan pasal Yoongi yang sampai ke hari ini belum dapat di hubungi. Lelaki itu hilang bagaikan ditelan bumi sahaja, tidak dapat dia kesan.

"Ish Yoongi hyung ni, susah betul nak boleh jawab call. Mungkir janji dasar hyung!"

Suara yang kedengaran amat familiar di cuping telinganya, menyentakkan Ixuna daripada lamunan.

"Tu bukan ke suara Jungkook?" kepala Ixuna berpaling ke sebelah, dia mendapati Jungkook sedang bersantai di bangku bersebelahan dengan bangkunya.

Senyuman Ixuna terbit pada wajah, seakan menjumpai permata yang berharga sahaja lagaknya. Lantas Ixuna beranjak ke tempat Jungkook.

"Hai Jungkook, lama tak jumpa?"

Jungkook mendongakkan kepala memandang ke arah empunya suara yang berdiri dihadapannya. Matanya membulat.

"Akak.. Akak Xuna? Akak buat apa kat sini?" soal Jungkook gugup. Dia memandang ke kiri dan ke kanannya lalu dikalih semula pada Ixuna.

Ixuna tersenyum lalu dia melabuhkan punggungnya disebelah Jungkook.

"Saja nak rehatkan minda," jawab Ixuna. Jungkook hanya menganggukkan kepala.

"Jungkook, boleh saya tanya sesuatu?"

Jungkook tolehkan wajah ke arah Ixuna.

"Apa?"

Please lah jangan tanya pasal Yoongi hyung, aku tak bersedia lagi. Desis hati Jungkook cemas.

"Yoongi, dia ada kat mana sekarang? Kenapa dia tak nak angkat call saya?"

Terhembus sudah nafas Jungkook apabila mendengar soalan yang hendak sangat dia lari, namun nasib dia tidak membelahinya.

"Kook tak tau, Kook call dia pun tak pernah dapat." bohong Jungkook.

Maaf akak Xuna, Kook terpaksa berbohong. Bisik hati Jungkook yang rasa bersalah.

Wajah Ixuna berubah murung.

"Oh, yeke? Awak tak tipukan Kook?"

"Betullah akak, Kook tak tipu."

"Tak kan lah dia tak cakap kat awak dia ke mana? Awak kan sepupu yang dia paling sayang?"

Jungkook terdiam, dia tundukkan kepala dan merenung kasutnya.

"Walaupun kami saling menyayangi, tidak semestinya semua hal peribadi dan masalah diceritakan. Adakala juga kami pendam." kata Jungkook perlahan. Jujur.

Ixuna mengeluh perlahan, dia pandang Jungkook lalu tersenyum kecil.

"Tak apalah kalau macam tu, boleh tak awak berjanji dengan saya?"

Jungkook mengedip-ngedipkan matanya bingung dengan permintaan Ixuna itu.

"Janji? Janji apa?"

"Janji dengan saya, kalau awak dah dapat info dari Yoongi. Boleh tak awak beritahu saya?"

Jungkook terdiam seakan kelu lidahnya apabila mendengarkan itu. Bibirnya dikemam. Jungkook menunduk.

"Maaf."

Dahi Ixuna bertaut hairan.

"Kenapa awak minta maaf?"

Jungkook mengangkat wajahnya dan merenung Ixuna dengan pandangan mata yang bersalah.

"Saya tak dapat janji."

"Kenapa pula?"

"Walaupun saya dah dapat info Yoongi hyung, saya tak boleh bagitau akak."

"Tapi kenapa?"

"Sebab itu janji saya pada Yoongi hyung, dia tak nak saya bagi tau akak yang dia ada di mana."

Mendengarkan itu, buatkan hati Ixuna retak seribu.

"Sampai macam tu sekali ke.." bisik Ixuna perlahan.

"Maaf."

"Bukan salah awak Kook, saya faham." kata Ixuna.

"Akak boleh Kook tanya sesuatu?"

"Apa?"

"Apakah Yoongi hyung sangat bermakna untuk akak?"

Ixuna tersentak lalu kepalanya di toleh ke sebelah, membalas pandangan mata Jungkook.

"Ya. Dia sangat bermakna untuk saya."

"Habistu, suami akak tak bermakna lah untuk akak?"

Soalan kedua daripada Jungkook, sedikit sebanyak menghunuskan pisau ke dasar jantungnya. Ixuna terkesima.

"Itu.." Ixuna terdiam, dia bingung mahu menjawab apa.

Jungkook hanya memandang gelagat Ixuna, dia hela nafas sejenak.

"Kook tau, mesti akak bingung nak jawab apa. Kook juga tau, yang mereka berdua pasti bermakna untuk akak kan? Tapi, Kook nak tegur sikit aje. Tapi, akak jangan ambil hati ye?"

"Apa?"

"Kalau akak sayangkan Yoongi hyung, please lepaskan dia. Jangan bagi dia berharap lagi, dia sudah cukup terseksa dengan perasaan dia sendiri. Cukuplah akak, bagilah dia pergi buat seketika untuk bertenang." Jungkook berjeda seketika.

Ixuna diam sambil itu dia tekun mendengar tutur kata Jungkook yang sangat mendalam itu.

"Buat sekarang ni, akak fokuskan pada suami akak. Kalau akak macam ni terus dan sibuk pasal lelaki lain, apa perasaan dia kalau dia tau? Mesti terluka kan? So sekarang, akak cuma perlu fokuskan diri akak pada suami akak."

"Akak tau tak, kat luar sana tu. Ramai lagi pompuan nak kan suami macam akak tu. Dahlah pakej lengkap, siapa je tak nak kan? Sebelum ada duri-duri yang datang mahu cucuk hubungan akak dengan Taehyung hyung, baik akak bertindak cepat."

Jungkook tersenyum apabila Ixuna memandang ke arahnya. Dia menyapu pipi Ixuna yang sudah dibasahi oleh air mata.

"Lupakan dulu Yoongi hyung buat seketika dan pergilah kat suami akak tu. Kook tau walaupun Taehyung hyung kasar dan tak ada perasaan, tapi Kook tau yang hati dia lembut bila kita sentuh dan belai ia dengan cara yang betul. Dia akan luluh juga."

Ixuna membalas senyuman Jungkook,  lalu dia memeluk tubuh lelaki itu.

"Thanks Kookie."

Jungkook menepuk belakang tubuh Ixuna. Dia tersenyum.

"Sama-sama kasih akak."

******
Tbc

******Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now