Part 95

641 41 2
                                    

SUASANA di rumah Taehyung dan Ixuna pada malam itu, agak meriah dengan kedatangan sanak saudara dan kawan-kawan mereka.

Nana tersenyum lebar apabila melihat keriuhan yang berlaku di parti ulang tahunnya itu. Matanya memandang sekeliling halaman rumahnya, dia berdecit perlahan tatkala tidak menemui seseorang yang dia cari.

Kaki kecilnya dihentak-hentak, lantas dia mengorak langkah menuju ke arah ayahnya yang sedang bergurau senda dengan kawan dan sepupunya di tepi wakaf.

"Daddy!" panggil Nana sambil menarik hujung baju kemeja merah Taehyung. Kepalanya mendongak memandang ayahnya dengan muka cemberut.

Taehyung menundukkan kepalanya, dia tersenyum kecil tatkala terpandang wajah Nana yang cemberut itu.

"Oh Nana, kenapa sayang?" Taehyung mengangkat Nana ke dalam dukungannya. Rambut ikal anaknya dielus perlahan.

Nana tidak menjawab pertanyaan Taehyung, dia memandang ke arah keenam lelaki yang berada di hadapannya.

"Nana kenapa?"

Belum sempat Taehyung mahu buka mulut untuk bertanya lagi, kawan karibnya Kim Mingyu sudah memintasnya terlebih dahulu dengan selamba.

Taehyung hanya menjeling sahaja, manakala Mingyu tersengih-sengih mengejek.

"Tak ada apa, cuma.."

"Cuma?" soal mereka semua serentak dengan wajah ingin tahu.

"Nana sebenarnya.." Nana berjeda, apabila wajah mereka mendekat ke arahnya. Dia memandang mereka bertujuh kesal.

"Okey, Nana nak apa sebenarnya?" soal Yoongi yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Tangannya terangkat untuk mengusap rambut Nana dengan seulas senyuman tipis.

"Nana nak Kookie oppa, tapi dia pergi mana? Sedari tadi Nana cari tak jumpa, oppa dan daddy tau ke mana Kookie oppa pergi?" kata Nana. Dia memandang wajah mereka bertujuh silih berganti.

Taehyung, Seokjin, Namjoon, Jimin, Hoseok, Mingyu dan Yoongi berpandangan seketika dengan kening dijongket tinggi.

"Kenapa Nana cari Kookie?" Namjoon bertanya. Bingung. Mereka semua menganggukkan kepala dengan pertanyaan Namjoon tersebut.

Wajah mereka bertujuh berkerut hairan, apabila melihat wajah Nana yang berona merah.

"Nana sebenarnya nak tuntut hadiah dengan Kookie oppa, dia ada janji nak kasi Nana hadiah special sempena hari jadi Nana. Tapi Nana ada tengok kat meja hadiah tu, tak ada pun hadiah daripada Kookie oppa." kata Nana dengan panjang lebar.

Mereka bertujuh menganggukkan kepala dengan gelak kecil tercetus dibibir mereka apabila mendengarkan kata-kata Nana tersebut.

"Ish, kamu ni. Daddy ingat apalah tadi."

Taehyung mencubit pipi Nana geram. Nana hanya mencebikkan bibirnya sahaja.

"Kookie oppa mana?" getus Nana kesal, apabila tiada daripada mereka mahu memberitahunya tentang keberadaan Jeon Jungkook.

Seokjin mengusap kepala Nana, lalu dia berkata.

"Kookie si oppa Nana tu pergi tandas tadi, kejap lagi dia datanglah tu." Kata Seokjin sambil tersenyum manis.

Mulut Nana membulat dengan kepala diangguk kecil.

"Oh Nana! Tu prince charming Nana dah datang daripada melepas hajat di tandas." kata Hoseok berjenaka sambil menunjukkan ke arah Jungkook yang sedang berjalan menuju ke arah mereka, kepala Hoseok dilempang oleh Jimin secara tiba-tiba.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now